Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 2 Disember 2010

PENDEDAHAN WikiLeaks:PROPAGANDA TERBESAR DUNIA

salam kepada semua...

Penulis Smart Generation ingin membuat ulasan berkaitan satu pendedahan Laman Web yang paling popular sekarang ini iaitu WikiLeaks kerana telah mendedahkan banyak dokumen-dokumen rahsia dan kerajaan di seluruh dunia pada masa kini. Penulis Smart Generation melihat isu ini sebagai satu Propaganda baru dan terbesar yang bakal merubah Geopolitik Dunia yang mana banyak pendedahan sulit dan dokumen penting yang telah disiarkan di dalam laman web ini.Sudah tentu segala pendedahan yang dikeluarkan daripada Sumber Wikileaks ini akan mendapat perhatian umum dan dunia,Malahan dikatakan ramai pemimpin-pemimpin dunia yang terkejut dan takut dengan pendedahan yang telah dikeluarkan oleh Wikileaks ini.Penulis Smart Generation berpandangan bahawa terdapat dalang di sebalik pendedahan-pendedahan yang telah dikeluarkan oleh Laman Web rahsia ini yang mana tujuan utama mereka adalah menimbulkan kekecohan dan perbalahan antara negara-negara besar dunia dengan negara yang lain.

SINGAPURA:

Singapura juga melahirkan rasa kebimbangan yang amat sangat berhubung pendedahan dokumen sulit diplomatik Amerika Syarikat kepada umum oleh laman web WikiLeaks, dengan menyifatkan tindakan itu sebagai 'merosakkan'.Kementerian Luar dalam kenyataan semalam berkata adalah kritikal untuk melindungi dokumen rasmi dan surat-menyurat diplomatik sulit dan sebab itu Singapura mempunyai Akta Rahsia Rasmi lapor Bernama."Khususnya pendedahan dokumen secara pilihan khususnya apabila ditafsir diluar konteks, hanya akan menyemai kekeliruan dan gagal memberi gambaran menyeluruh mengenai isu-isu penting yang sedang dibincangkan pada tahap kerahsiaan yang tinggi di kalangan pemimpin," katanya.Kementerian itu mengulas pertanyaan media berhubung laporan media asing mengenai pendedahan saluran diplomatik Amerika Syarikat oleh WikiLeaks yang menyebut bapa pengasas Singapura, Lee Kuan Yew mengelar rakyat Korea Utara sebagai 'psikopat' dan pemimpinnya Kim Jong-II sebagai 'orang tua yang lembik' yang dahagakan pujaan orang awam.Dalam dokumen memperincikan perbualan antara Lee dan Timbalan Setiausaha Negara James B.Steinberg pada Mei tahun lepas, Lee berkata beliau akan terkejut sekiranya Korea Utara bersetuju melepaskan senjata nuklearnya."Mereka ini jenis psikopat dengan orang tua lembik sebagai pemimpin yangmelompat-lompat di sekitar stadium mencari pemujian," menurut dokumen yang diklasifikasikan sebagai rahsia, yang dipetik oleh laporan akhbar.Dokumen itu menyebut Lee membandingkan nasib rakyat Korea Utara dengan pengalamannya semasa penjajahan Jepun di negaranya semasa Perang Dunia Kedua."MM (Menteri Mentor) Lee sebut beliau telah mempelajari hidup selama tiga setengah tahun di bawah penjajahan Jepun di Singapura yang rakyat akan mematuhi pihak berkuasa yang boleh menafikan mereka makanan, pakaian dan ubat-ubatan,"menurut dokumen yang dibongkarkan itu."Korea Utara mungkin juga menyerahkan 'kapasiti serangan pertama' tetapi akan menyimpan senjata atom 'sekiranya USG (kerajaan Amerika Syarikat) mengambil keputusan untuk mengubah rejim," mengikut dokumen sulit itu.Lee juga berkata beliau percaya Jepun mungkin beralih kepada nuklear sebagai tindak balas terhadap tindakan Korea itu.

MALAYSIA:

Malaysia juga turut terbabit sama dalam pendedahan yang telah dikeluarkan oleh WikiLeaks ini yang mana menyatakan bahawa terdapat 2 syarikt Malaysia yang terlibat dalam penjualan senjata di Iran.Wikileaks memuatkan beberapa dokumen mendedahkan bahawa tindakan syarikat berkenaan mencabuli perjanjian perdagangan antarabangsa dan sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan ke atas Iran.Menurut kabel surat menyurat yang dihantar pada 3 Februari tahun ini dari pejabat Setiausaha Negera Amerika Syarikat kepada kedutaannya di Beijing, dua syarikat berpangkalan di Malaysia dikenalpasti sebagai dalang berkenaan.Syarikat Electronics Component Limited, (ECL), bersama satu lagi syarikat Malaysia, Skylife Worldwide Sdn Bhd, dilaporkan sebahagian daripada rangkaian syarikat hadapan Iran yang digunakan bagi mendapatkan 'barangan sensitif' bagi pihak 'entiti Iran bagi pembikinan senjata nuklear”.

MAKLUMAT LENGKAP BERKAITAN WIKILEAKS:
Sumber:Wikipedia

1.WikiLeaks ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang bertapak di Sweden yang menerbitkan dokumen-dokumen sulit hasil serahan sumber yang tidak diketahui dan kebocoran internet  sambil merahsiakan sumber-sumbernya.
2.Tapak webnya dilancarkan pada tahun 2006 dan dikendali oleh The Sunshine Press.Pertubuhan ini mengakui dirinya diasaskan oleh penentang politik China, di samping wartawan, ahli matematik dan ahli teknologi syarikat permulaan dari Amerika Syarikat,Taiwan,Eropah,Australia dan Afrika Selatan.
3.Menurut rencana akhbar dan majalah The New Yorker (7 Jun 2010), seorang wartawan dan aktivis Internet berbangsa Australi bernama Julian Assange  adalah pengarahnya
4.Setahun selepas dilancarkan, tapak ini mengaku menyimpan pangkalan data sebesar lebih 1.2 juta dokumen.
5.Pada April 2010, WikiLeaks menghantar video serangan helikopter 2007 di mana orang awam Iraq dan kakitangan Reuters  dibunuh oleh tentera A.S., di sebuah tapak web yang dipanggil Collateral Murder.
6.Pada Julai pula, WikiLeaks mengeluarkan Diari perang Afghanistan, susunan lebih 76,900 dokumen risikan A.S. mengenai Perang Afghanistan.
7.Pada Oktober tahun yang sama, tapak web ini mengeluarkan pula hampir 400,000 dokumen yang dipanggil Log Perang Iraq dengan kerjasama pertubuhan media komersil utama. 
8.Seterusnya pada November ia mula membocorkan lebih 250,000 kawat diplomatik A.S., sekali lagi dengan kerjasama beberapa pertubuhan akhbar komersil utama. Sekitar 100,000 dilabel "sulit" manakala ~15,000 dokumen lagi dilabel "rahsia".

MAKLUMAT WIKILEAKS DALAM UTUSAN MALAYSIA:-

WIKILEAKS ketika ini menjadi laman sesawang yang paling popular dalam mana-mana enjin carian di Internet. Laman sesawang ini hampir sama dengan laman sesawang Wikipedia yang sinonim di kalangan pengguna Internet bagi mendapatkan maklumat mengenai pelbagai perkara.Bezanya, WikiLeaks memilih untuk memaparkan maklumat-maklumat yang diklasifikasikan sulit dan rahsia besar sesebuah negara atau organisasi.Meskipun turut membuka sumber maklumat kepada orang awam, namun WikiLeaks mempunyai saringan yang sangat ketat ke atas bahan yang diterima. Tidak semua maklumat yang diperoleh didedahkan dengan segera melainkan dengan penyiasatan rapi. Ia dilakukan dengan bantuan beberapa pihak seperti wartawan dan pendukung hak asasi manusia.Dengan sifatnya yang memaparkan rahsia-rahsia sulit kerajaan dan organisasi, WikiLeaks menjadi tumpuan di kalangan individu yang mempunyai maklumat rahsia tetapi tidak berkemampuan mendedahkannya kerana tekanan pihak tertentu.Di Sweden iaitu negara di mana laman sesawang itu dibangunkan, adalah menjadi kesalahan untuk melakukan siasatan terhadap sumber-sumber berita dalam bidang kewartawanan. Malah, negara itu juga mempunyai undang-undang untuk menghukum mana-mana badan berita yang mendedahkan sumber mereka kerana perbuatan itu dianggap sebagai satu jenayah.Perlindungan undang-undang itulah menyebabkan WikiLeaks dibanjiri dengan pelbagai dokumen rahsia dan sulit oleh pelbagai pihak di seluruh dunia. Sehingga kini, WikiLeaks mendakwa memiliki lebih sejuta dokumen rahsia milik kerajaan dan organisasi, yang akan didedahkan pada bila-bila masa.Meskipun kebanyakan pendedahan yang dibuat oleh WikiLeaks berkait dengan rahsia sulit Amerika Syarikat (AS), namun laman sesawang itu turut memaparkan pendedahan-pendedahan lain yang tiada kena mengena dengan kuasa dunia itu. Antaranya isu korupsi di Kenya, penindasan hak asasi di Timor Leste, skandal minyak di Peru, sekatan Internet di China, skandal bank di Sweden dan banyak lagi.WikiLeaks sebenarnya sudah pun berada di Internet sejak 2006 dengan organisasi tidak berasaskan keuntungan, The Sunshine Press yang berpusat di Sweden dinamakan sebagai pemiliknya. Bagaimanapun kewujudannya mula mendapat perhatian ramai pada April 2010 apabila laman sesawang itu memuat naik sebuah video serangan tentera AS ke atas 12 orang penduduk awam di Iraq.Video yang dinamakan Collateral Murder itu memaparkan dengan jelas kejadian tembakan yang berlaku pada 2007 yang turut membunuh dua orang wartawan Reuters yang sebelumnya dilaporkan hilang.Video dan dokumen rahsia itu diterima oleh WikiLeaks daripada seorang tentera AS yang pernah berkhidmat di Iraq iaitu Bradley Manning. Ia diikuti dengan pendedahan kira-kira 90,000 laporan perang membabitkan askar NATO dan AS di Afghanistan dalam tempoh enam tahun terakhir.Laporan-laporan perang itu turut disiarkan oleh akhbar utama di tiga buah negara iaitu Guardian (Britain), New York Times (AS) dan Der Spiegel (Jerman). 

Pada Oktober lalu, WikiLeaks sekali lagi mencemaskan AS apabila menyiarkan 400,000 laporan perang di Iraq. Begitu pun pendedahan terbaru pada 28 November lalu dilihat lebih berbahaya dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik banyak negara terutamanya dengan AS.Ia merupakan dokumen komunikasi antara Washington dengan 274 buah kedutaan besar dan konsulat jeneral AS di seluruh dunia. Ia juga merupakan dokumen yang lebih lama iaitu bermula pada 1966 hingga Februari tahun ini. Daripada kira-kira 250,000 dokumen yang didedahkan itu, lebih 15,000 daripadanya diklasifikasikan sulit oleh AS.Antara dokumen yang didedahkan ialah tindakan AS untuk mengintip kepimpinan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dakwaan korupsi Timbalan Presiden Afghanistan, Zia Massoud yang cuba membawa keluar wang tunai berjumlah AS$52 juta.AS menanggapi pendedahan terbaru WikiLeaks ini lebih keras kerana ia disifatkan pendedahan dokumen sulit terbesar selepas Perang Vietnam. Malah, Washington juga mengingatkan masyarakat dunia bahawa pendedahan WikiLeaks itu boleh mengancam keselamatan banyak pihak terutamanya diplomat-diplomat mereka serta anggota tentera yang bertugas di Iraq dan Afghanistan ketika ini.
Namun ketakutan sebenar AS ialah hakikat sebenar amalan hak asasi manusia oleh negara itu yang selama ini mendakwa paling adil dan saksama di dunia.Pendedahan WikiLeaks itu menggambarkan bahawa AS sebenarnya bersifat diktator dan cuba mengawal serta memanipulasi isu-isu yang tidak berkaitan dengan negara itu.Begitu pun, siapa di sebalik WikiLeaks masih menjadi satu persoalan yang besar. Begitu juga dengan maksud dan tujuan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh laman sesawang itu.Setakat yang diketahui dunia, WikiLeaks banyak terarah kepada kelibat seorang lelaki warga Australia yang dikenali Julian Assange, 39. Pemegang Doktor Falsafah dalam bidang Fizik dan pakar penggodam komputer ini dikatakan menyelenggara laman sesawang itu dengan bantuan kira-kira 10 orang sukarelawan.Pada permulaannya, Assange mengendalikan laman sesawang itu dari rumahnya berdekatan dengan Universiti Melbourne. Namun Assange kini tidak lagi mempunyai kediaman tetap dan sering berpindah-randah selepas laman sesawangnya itu menjadi perhatian dunia.Terbaru Assange dikatakan cuba mendapatkan suaka politik dari Sweden selepas AS memberi amaran akan membawa beliau ke muka pengadilan kerana kesalahan mendedahkan rahsia sulit kerajaan.Sebuah laporan dari Australia menyebut Assange adalah individu yang bermasalah sejak dari kecil. Dia pernah belajar di 136 buah sekolah berbeza dan pernah ditahan beberapa kali kerana kesalahan menggodam komputer.Kerana tumpuannya yang lebih kepada keburukan dan kejahatan AS, ramai yang mendakwa WikiLeaks ditaja oleh pihak-pihak yang cuba menjatuhkan imej negara kuasa besar dunia itu.
Parti Republikan dan ejen Rusia disebut-sebut sebagai dalang utama. Tidak kurang juga yang beranggapan WikiLeaks adalah ciptaan AS sendiri sebagai salah satu alat propaganda untuk menjejaskan hubungan diplomatik di kalangan negara yang menjadi mangsanya.Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad adalah antara individu yang paling yakin dengan teori konspirasi itu berdasarkan pendedahan WikiLeaks bahawa negara-negara Arab bersetuju supaya AS menyerang Iran.Namun Assange menegaskan, WikiLeaks tidak berjuang untuk kepentingan mana-mana pihak jauh sekali untuk memastikan kelangsungan kuasa pihak-pihak tertentu.




1 ulasan:

Anonymous ® berkata...

berani betul buat mcm tu..kalo owner website tu x dikenakan apa2 pertuduhan nmpk sngt ianya 'ditaja' oleh satu 'pihak' yang ada tujuan serta strategi tertentu..

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse