Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 15 Disember 2010

PROFESOR ULUNG 2010


salam kepada semua...

Penulis Smart Generation mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada 3 orang Profesor yang telah di nobatkan sebagai Progesor Ulung 2010 oleh Kementerian Pengajian Tinggi bertempat di Hotel Equatorial  di Bangi hari ini.Penulis Smart Generation turut serta dalam majlis yang gilang gemilang diadakan ini bagi mengiktiraf warga akademik sebagai penyumbang modal insan yang paling utama di negara ini.


3 orang Profesor iaitu Prof Datuk Shamsul Amri Baharuddin, Tan Sri Dr Kamal Hassan dan Prof Dr Looi Lai Meng hari ini diumumkan sebagai penerima anugerah Profesor Ulung.setiap penerima diberi elaun tambahan RM10,000 selain gaji bulanan gred tertinggi turus dan geran penyelidikan sebanyak RM 300,000.00.Sememangnya penilaian untuk Profesor Ulung negara ini di lihat daripada segenap aspek dan sudut terutama dari segi pencapaian dan sumbangan kepada negara dan masyarakat.

Sumbangan Profesor ulung ini mesti merentasi IPT atau Universiti yang diwakilinya.Pendek kata,mereka adalah MILIK NEGARA yang perlu dikongsi bersama kepakarannya.Seharusnya kita perlu bersama-sama mengangkat keilmuan sebagai asas dan teras utama dalam memacu pembangunan negara.Penulis Smart Generation tertarik dengan ucapan daripada ketiga-tiga Penerima anugerah ini yang mempunyai falsafah yang tinggi dalam lapangan yang mereka ceburi.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse