Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 17 Disember 2010

PARLIMEN MALAYSIA BERTARAF DUNIA?


Penulis Smart Generation mahu membuat ulasan dan pandangan berkenaan dengan isu yang hangat di Parlimen apabila 4 orang MP PAKATAN RAKYAT telah di gantung selama 6 bulan oleh Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul penggantungan selama enam bulan ke atas Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR- Gombak).Sebelum itu, usul penggantungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diundi tanpa dibahaskan.

Persoalan yang Penulis mahu timbulkan di sini kenapa Tan Sri Speaker tidak membenarkan tertuduh iaitu Anwar Ibrahim membela diri?
Dengan kuasa yang ada pada Tan Sri Speaker adalah patut untuk beliau memberikan sedikit ruang untuk Anwar Ibrahim membela diri di atas penyataannya sebelum ini yang mengaitkan 1Malaysia=1 Israel dan mengenai APCO yang telah beliau dedahkan.Namun yang menjadi kekecohan dan ketidak puashatian MP Pakatan rakyat apabila hak untuk mereka yang di gantung untuk membela diri tidak diendahkan oleh Speaker Dewan.

Penafian hak ke atas Dato’ Seri Anwar untuk membela diri dalam isu ini, merupakan satu kesilapan besar dan menyerlahkan kepada umum kejahilan yang memalukan pihak yang terlibat dalam proses menjatuhkan hukuman. Apa yang berlaku hingga kini ialah bukan sahaja pihak kerajaan yang ingin menghukum itu gagal
dalam memberikan hujah balas kepada isu yang diperkatakan, tetapi juga gagal mengemukakan apa-apa jawapan yang meyakinkan. Sikap hanya bergantung kepada sekeping surat dari pihak yang berkepentingan tentunya bukan satu tindakan yang adil.

 Islam mengajar kita bahawa setiap pihak yang dituduh dengan sebarang dakwaan mestilah dibicarakan dengan adil dan diberi hak untuk membela diri. Apabila tertuduh tidak diberi hak membela diri, ia bukan sekadar melanggar demokrasi, tetapi melanggar lunas hukum agama dalam Islam. Malah di zaman Rasulullah SAW sudah adanya pemisahan kuasa diantara eksekutif, legaslatif dan kehakiman.
Apabila suatu peristiwa yang melibatkan Rasulullah SAW sendiri, penyelesaian kes masih diserahkan kepada hakim untuk dibicarakan dengan adil, walaupun Rasulullah
SAW adalah pemimpin ulung ummah.

Bagaimana kita mahu mengangkat Parlimen kita ke peringkat antarabangsa dan World Class jika inilah situasi yang berlaku dalam Parlimen kita hari ini?Penulis yakin bahawa orang yang benar-benar mahu menjadikan Parlimen Malaysia ini bertaraf dunia adalah Tan Sri Pandikar Amin sendiri.

Namun Penulis Juga tidak menyalahkan seratus peratus kepada Tan Sri Pandikar Amin kerana beliau sudah tentu cuba untuk melakukan dan mengawasi perjalanan Dewan Rakyat ini dengan terbaik.Beliau sudah tentu seorang manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan apabila kedudukan beliau di pertikaikan.Siapa pun yang duduk di Kerusi Speaker Dewan ini akan mengalami nasib yang sama kerana kekuatan Kerajaan dan Pembangkang di Dewan Rakyat adalah tidak jauh bezanya kerana Kerajaan tidak mempunyai majoriti 2/3 Dewan Rakyat ini.
Penulis pasti bahawa Pakatan Rakyat akan memandang isu ini sebagai isu politik kerana perkara ini di lakukan semata-mata kerana kerajaan mahu mencapai majoriti 2/3 di Dewan Rakyat ini.Kelakuan yang ditunjukkan oleh MP Pakatan Rakyat juga sudah tentu punca utama berlaku kekecehon di Parlimen ini iaitu sepatutnya menjadi intitusi yang harus dihormati.Namun,Penulis tahu bahawa mereka lakukan semua ini semata-mata mahu mendapatkan keadilan dan memperjuangkan hak dalam demokrasi.Apa pun Penulis Smart Generation mengharapkan bahawa Ahli Parlimen seharusnya bersikap matang dan menunjukkan contoh yang baik kepada Masyarakat.Budaya Demontrasi seolah-olah sudah menjadi barah dan perkara yang sentiasa berlaku apabila timbul rasa tidak puas hati?adakah ini merupakan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah?

 














1 ulasan:

asri tamizi berkata...

nampak sangat parlimen malaysia dah berundur kebelakang..fokus utama berada di parlimen untuk menjadi suara rakyat dan membantu pembangunan malaysia yang maju sudah bukan menjadi agenda mereka..sebaliknya lantang menyuarakan isu yang tidak sepatutnya dibahas atau diusulkan.."lebih cakap dari kerja"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut