Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 6 Disember 2010

SAMY VELLU BERUNDUR DARIPADA MIC


Salam kepada semua...

Penulis Smart Generation mengucapkan Terima Kasih kepada Datuk Seri Samy Vellu kerana bersedia berundur secara terhormat daripada jawatan Presiden MIC yang telah disandang beliau lebih daripada 30 tahun dan merupakan seorang Presiden MIC yang paling lama mengekalkan jawatan itu.Semoga Kepimpinan baru MIC di bawah G. Palnivel dan S.Subramaniam akan memberikan nafas baru dalam Parti MIC ini setelah mendapat kekalahan paling teruk pada Pilihan Raya Umum yang lalu.
Berikut merupakan Berita Penuh mengenai Perletakan jawatan Presiden MIC itu dan menyerahkan jawatan Presiden kepada Timbalannya yang juga merupakan orang kuat beliau:-

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berundur dan menyerahkan jawatan yang telah dipegangnya selama 31 tahun, kepada timbalannya Datuk G. Palanivel.Bekas Menteri Kerja Raya berusia 74 tahun itu memberitahu sidang akhbar selepas mempengerusikan buat kali terakhir mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti bahawa naib-presiden dan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam telah dilantik sebagai timbalan presiden.Beliau berkata keputusan melantik Palanivel presiden kelapan parti dan Dr Subramaniam sebagai timbalannya dibuat oleh CWC mengikut Artikel 63 perlembagaan parti itu.
Artikel itu menyebut, "Timbalan presiden boleh, semasa ketiadaan presiden, bertindak bagi pihak presiden dan menjalankan tugas seperti yang biasa dilakukan presiden.Beliau akan mempengerusikan mesyuarat CWC semasa ketiadaan presiden."Samy Vellu mengambil alih pucuk pimpinan parti pada 1979 selepas kematian presiden keenam Tan Sri V. Manickavasagam.Palanivel, 61, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, adalah bekas setiausaha akhbar Samy Vellu.Samy Vellu berkata keputusannya itu untuk memberi laluan kepada penggantinya melakukan persediaan yang mencukupi, khususnya bagi menghadapi pilihan raya umumke-13, walaupun tempoh jawatan beliau hanya akan berakhir pada Mac 2012."Saya telahpun mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Presiden MIC kepada CWC pada hari ini, peletakan jawatan saya berkuat kuasa pada hari ini iaitu 6 Disember," katanya dengan tenang.Samy Vellu berkata walaupun beliau telah meletakkan jawatan sebagai presiden MIC, beliau masih lagi menjadi anggota parti itu dan akan tetap meneruskan sumbangan bakti dan khidmat kepada masyarakat India dan negara.
"Saya yakin bahawa gandingan kepimpinan Palanivel dan Subramaniam dapat memimpin MIC dengan baik demi kebaikan dan kesejahteraan anggota-anggota MIC khasnya dan masyarakat India umumnya," katanya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua anggota CWC, ketua-ketua bahagian dan cawangan dan anggota-anggota MIC yang telah memberi kerjasama dan sokongan padu untuk memimpin parti itu selama hampir 31 tahun."Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) di atas segala bantuan, sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada saya dalam memimpin parti MIC," katanya.Samy Vellu turut merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia serta media massa yang telah memberi semangat dan sokongan kepadanya dalam menjalankan tugas.Ditanya tentang perasaannya meninggalkan kepimpinan parti, dengan senyum beliau berkata beliau amat gembira menyerahkan jawatannya kepada Palanivel.
"Tidak sukar bagi saya (melepaskan kuasa), saya cukup gembira kerana menyerahkan kuasa kepada Palanivel. Saya telah mengosongkan fikiran saya selama 10 hari lalu kerana saya tahu masanya sudah tiba perlu ada perubahan pucuk pimpinan."Saya tidak fikir kehidupan sudah berakhir kerana terlalu banyak perkara hendak dilakukan."Bagi saya keluar dari MIC sebagai presiden tidak bererti saya tidak boleh menolong masyarakat India, saya akan bantu jika ada pilihan raya, membantu parti menentukan yang kami mencapai matlamat untuk memenangi kerusi yang diperuntukkan kepada masyarakat India," kata beliau.
Ditanya mengenai rancangannya selepas ini dan sama ada beliau akan memegang tugas seorang duta, Samy Vellu berkata Perdana Menteri yang harus putuskan apa yang wajar beliau lakukan."Saya tidak bermain golf tetapi saya akan duduk dan mengemas pejabat MIED saya kerana saya masih pengerusi MIED. Bila Palanivel atau Subramaniam minta bantuan, saya akan membantu," ujarnya.Beliau menasihatkan anggota CWC mematuhi presiden baru dan segera meluluskan sebarang cadangan yang baik dibawa oleh Palanivel, agar beliau dapat menjalankantugas tanpa sebarang halangan. - BERNAMA


Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse