Selamat datang ke blog Smart Generation dan dapatkan segala maklumat dan informasi terkini berkaitan isu-isu semasa dan terkini.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Saturday, December 18, 2010

PROJEK MRT UNTUK KEMUDAHAN RAKYAT:TAHNIAH KERAJAAN MALAYSIA


salam kepada semua...

Penulis Smart Generation mengucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana akan melaksanakan satu lagi Projek yang akan memberikan kemudahan kepada rakyat terutama yang berada di Ibu Kota.Dengan kemudahan pengangkutan awam yang sedia ada sekarang ini masih lagi belum dapat menampung sepenuhnya lagi kepadatan penduduk di Bandaraya dan sekitar Lembah Klang ini terutama pada waktu Puncak.projek aliran transit massa (MRT) di Lembah Klang ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah ini.Projek MRT yang merupakan projek infrastruktur yang terbesar di Malaysia adalah satu projek kemasukan ekonomi (EPP) untuk NKEA (Bidang Ekonomi Utama Negara) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Laluan pertama projek MRT ini akan menghubungkan Sungai Buloh dengan Kajang dan akan melalui pusat bandaraya Kuala Lumpur sejauh 60 km dan 35 stesen.

Berikut merupakan kenyataan penuh mengenai perkara ini:-

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata perlaksanaan projek aliran transit massa (MRT) di Lembah Klang dijangka menjana Pendapatan Negara Kasar (GNI) antara RM3 bilion dan RM4 bilion setiap tahun dari tahun hadapan hingga 2020, hasil daripada pembinaan dan operasi.

najib pc 091210 01
Najib berkata antara RM8 bilion dan RM12 bilion akan dijana melalui limpahan dari kerja-kerja pembinaan.

"Sebanyak RM21 bilion impak peningkatan GNI setiap tahun akan dijana pada tahun 2020 dari penambahan nilai hartanah dan penambahan kadar produktiviti," katanya selepas mengumumkan bahawa Jemaah Menteri pada mesyuarat mingguannya semalam telah meluluskan perlaksanaan projek MRT berkenaan di Petaling Jaya.

Projek MRT yang merupakan projek infrastruktur yang terbesar di Malaysia adalah satu projek kemasukan ekonomi (EPP) untuk NKEA (Bidang Ekonomi Utama Negara) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Beliau juga berkata projek MRT ini akan menjana 130,000 peluang pekerjaan dalam tempoh masa pembangunannya.

Katanya kerja pembangunan projek tersebut dijangka bermula Julai tahun depan dan akan mengambil masa lima atau enam tahun.

Stesen integrasi

Najib berkata laluan pertama projek MRT ini akan menghubungkan Sungai Buloh dengan Kajang dan akan melalui pusat bandaraya Kuala Lumpur.

NONE"Jarak laluan ini adalah lebih kurang 60km dan 35 stesen akan dibangunkan sepanjang laluan ini. Stesen-stesen integrasi akan dibangunkan di lokasi di mana laluan MRT bersilang dengan laluan KTM Komuter, laluan transit aliran ringan atau light rail transit (LRT) Kelana Jaya dan laluan LRT Ampang," katanya.

Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang ini akan memberi perkhidmatan tren yang efisyen kepada kira-kira 1.2 juta penduduk, katanya, sambil menyatakan bahawa MRT itu akan melalui kawasan padat penduduk seperti Kota Damansara, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Bukit Damansara, Cheras, Bandar Tun Hussein Onn dan Balakong.

Katanya lebih daripada 400,000 orang dijangka menggunakan perkhidmatan MRT tersebut setiap hari.

Najib berkata laluan muktamad MRT tersebut serta lokasi stesen masih belum ditetapkan dan kajian pengurusan nilai akan dijalankan untuk menentukan laluan yang muktamad dengan mengambil kira kadar penggunaan yang optima serta pengrealisasian nilai hartanah yang maksima.

Oleh kerana itu, katanya kos projek yang tepat hanya akan dapat ditetapkan setelah kajian tersebut diselesaikan.

NONE"Harga keseluruhan projek ini masih lagi dalam peringkat dihalusi, anggaran awal projek ini dalam tahun 2009 dalam lingkungan RM36 bilion tetapi ini akan tertakluk kepada perubahan apabila sampai pada masanya," katanya.

Beliau berkata harga terakhir projek tersebut bergantung kepada faktor seperti kontrak-kontrak yang akan ditawarkan melalui tender terbuka, kenaikan harga barangan dan sebagainya.



Rel tidak mencukupi

Najib berkata kerajaan telah memilih laluan Sungai Buloh-Kajang untuk memulakan projek MRT di Lembah Klang kerana koridor ini tidak mempunyai perkhidmatan pengangkutan awam rel yang mencukupi.

Pada masa yang sama, kajian terperinci atas laluan ini telah pun dijalankan kerana laluan ini telah dicadang oleh Syarikat Prasarana Negara Bhd pada tahun 2008 dan juga oleh MMC-Gamuda Joint Venture Sdn Bhd baru-baru ini.

public transportation 260706 star lrtLaluan MRT Sungai Buloh-Kajang adalah fasa pertama dalam pembangunan jaringan MRT di Lembah Klang.

Laluan-laluan yang akan dibangunkan pada masa hadapan telah dicadangkan dan kini sedang dikaji di bawah skop Pelan Induk Pengangkutan Awam Bandar yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.

Pembangunan laluan yang lain itu akan dilaksanakan dalam beberapa fasa, katanya.

Ditanya mengenai sama ada kerajaan akan mengumumkan projek baru di bawah EPP, Najib berkata terdapat beberapa projek baru yang akan diumumkan Januari tahun depan.

- Bernama



2 comments:

Pena said...

Semoga semakin banyak tanah orang Melayu diambil atas nama pembagunan dan pampasan tidak diberikan atas nama SEDEKAH.
Kesian Melayu kena tekan ngan Melayu.
Melayu tipu Melayu.

Anonymous said...

mmg banga dngan kerajaan malaysia sbb buat pembangunan tuk rakyat... tp bg sy projek mrt nie melibatkan kwasan tmpat keje sy skrng.. kemungkinan tmpt keje sy skrng atau tanah tmpt keje sy diambil... maka apabila projek bermula berakhir la kerjaya sy... munkin sy perlu mencari kerja... huhuhu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse