Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 9 Disember 2010

PENGODAM SELURUH DUNIA ISYTIHAR PERANG SIBER SOKONG WIKILEAKS

salam kepada semua...

Penulis Smart Generation sekali lagi membawakan berita terkini mengenai Laman Web WikiLeaks yang semakin hangat dibincangkan di seluruh dunia sekarang ini.Terbaru,Pengodam Komputer daripada seluruh Dunia dikatakan Berikrar untuk mengadakan perang siber dan menyokong sepenuhnya Laman Web Wikileaks ini.Mereka telah memulakan serangan dengan mengodam syarikat kad kredit gergasi terbesar iaitu Mastercard dan juga Visa.Sememangnya tindakan ini sebagai satu reaksi dan tindakan tindak balas mereka apabila Syarikat itu menyekat semua Kad Kredit yang berkaitan dengan WikiLeaks itu.
Berikut merupakan Berita penuh mengenai kejadian ini:-

Para pengodam komputer yang marah dengan tindakan syarikat gergasi kad kredit menghentikan urusniaga mereka dengan laman web kontroversi WikiLeaks telah mengodam laman web Mastercard dan Visa semalam.Ia adalah tindakan membalas dendam dengan kedua-dua syarikat berkenaan.Kumpulan “tanpa nama” itu mendakwa bertanggungjawab “menyerang” dan mengodam laman web kedua-dua syarikat kad kredit itu sehingga laman web itu “lumpuh” demikian menurut laporan AFP.

Malah mereka mendakwa, kini lebih 4,000 pengodam di seluruh dunia sedang menumpukan tenaga dan perhatian untuk menyerang dan mengodam secara kordinasi mana-mana pihak yang mengisytiharkan anti agenda WikiLeaks.Kumpulan itu juga mendakwa telah mengodam laman web sebuah bank pos Swiss kerana menutup akaun pengasas WikiLeaks Julian Assange."Pengodam dari seluruh dunia telah mengodam Visa.com atas nama WikiLeaks...," kata satu mesej daripada kumpulan itu dalam laman Twitter.

WikiLeaks bagaimanapun dengan segera melalui jurucakapnya, Kristinn Hrafnsson memberitahu AFP bahawa mereka tiada kena mengena dengan tindakan para pengodam itu.WikiLeaks telah menimbulkan kemarahan kerajaan di seluruh dunia dengan menyiarkan beratus ribu data/maklumat hasil kutipan dan komentar para diplomat Amerika di kedutaan-kedutaan mereka berkaitan kerajaan dan para pemimpin di negara mereka berada.

Selepas WikiLeaks merayu sumbangan daripada orang ramai yang bersimpati dengan “perjuangannya” , Mastercard dan Visa terus mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah membekukan semua urusniaga dan transisi wang yang melibatkan WikiLeaks.Mastercard mendakwa serangan para pengodam itu tidak memberi kesan besar ke atas perkhidmatannya.

Dalam kenyataannya kepada BBC, Mastercard berkata: "Sementara kita menyaksikan terdapat sedikit gangguan kepada beberapa perkhidmatan yang berasaskan internet tetapi secara keseluruhannya, para pemegang kad masih boleh terus menggunakan kad mereka untuk sebarang urus niaga selamat."
Dalam pada itu, peguam terkenal Britain, Geoffrey Robertson, yang memiliki reputasi sebagai pembela kepada mereka yang dinafikan hak-hak asasi, berkata beliau akan membawa kes Assange ke mahkamah sekiranya Kerajaan Britain bercadang untuk mengekstradisi pengasas WikiLeaks itu ke Sweden untuk berhadapan dengan dakwaan mencabul kehormatan dan juga merogol.Assange pada Selasa, menyerahkan dirinya di sebuah balai polis metropolitan London dan kemudian didakwa di mahkamah dan dinafikan jaminan.Dia kini dalam tahanan reman polis dan akan dihadapkan semula di mahkamah pada 14 Disember.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse