Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 29 Mac 2011

KES ROGOL GADIS BAWAH UMUR MELIBATKAN RAHIM THAMBY CHIK TAHUN 1994 DIBONGKAR..!!!!!!!!!



Mungkin ada di antara kita yang masih ingat tetapi semakin lupa akan penderitaan yang ditanggung oleh nenek bernama Pendek binti Ahmad yang mengetahui akhirnya cucu perempuannya, Noryati binti Mohamad Yusop yang ketika itu berumur 14 tahun dirogol oleh Ketua Menteri Melaka waktu itu, RAHIM TAMBY CHIK! Dibawah dipaparkan kembali apa yang sebenarnya berlaku, 18 tahun lalu!


Perbicaraan Lim Guan Eng, 1997 adalah perbicaraan mengenai kes rogol gadis bawah umur oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Lim Guan Eng merupakan ahli politik pembangkang di Malaysia serta Setiausaha Agung bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Sebaliknya, Tan Sri dikatakan merogol seorang murid sekolah berumur 15 tahun. Disebabkan tuduhan ini serta tuduhan-tuduhan rasuah, beliau terpaksa meletakkan jawatannya walaupun beliau tidak dituduh secara rasmi bagi kes rogol dan tuduhan-tuduhan rasuah telah digugurkan.

Dalam perbicaraannya, murid itu telah memberi bukti bahawa dia melakukan hubungan seks dengan menteri tersebut. Di bawah undang-undang Malaysia yang berdasarkan undang-undang British, hubungan seks dengan gadis bawah umur dianggapi sebagai rogol tanpa mengira adakah gadis itu bersetuju dengan perlakuan atau tidak.

Murid perempuan itu kemudian dihukum tiga tahun jagaan perlindungan di pusat pemulihan. Lim mengemukakan anomali-anomali kes tersebut selepas penjaga murid itu, yakni neneknya yang tinggal di Kawasan Parlimen Lim, telah meminta pertolongan.

Pada 28 Februari 1995, Lim didakwa di bawah Akta Hasutan, 1948 kerana menyebabkan "perasaan tidak puas hati akan pelaksanaan keadilan di Malaysia". Pada 17 Mac 1995, satu tuduhan tambahan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan dikenakan kepadanya kerana 'mencetak dengan niat jahat' risalah yang mengandungi 'maklumat palsu', khususnya kerana beliau telah menggunakan perkataan 'mangsa terpenjara' untuk menggambarkan murid sekolah itu.

Dalam perbicaraan pertama pada tahun 1997, Lim telah disabitkan bersalah dalam kedua-dua tuduhan dan didenda sebanyak RM15,000. Kerajaan merayu ke atas hukuman yang dianggapi terlalu ringan dan pada perbicaraan yang berikutan, hukuman dinaikkan kepada pemenjaraan tiga tahun.

Disebabkan hukuman ini, Lim dilarang menjadi ahli parliamen secara automatik. Lim berkata: "... saya tidak menyesal. Saya tidak berasa sesal kerana gagal dalam perjuangan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan. Serta perjuangan hak asasi manusia, khususnya hak asasi wanita.

Tidak akan terdapatnya hak asasi wanita sekiranya mangsa rogol dianggapi sebagai pihak yang perlu bertanggungjawab bersama-bersama dan ditahan juga, sedangkan orang yang dituduh masih bebas."

Amnesty Antarabangsa telah menerima Lim sebagai "Banduan Hati Nurani". Marina Mahathir, anak perempuan kepada Perdana Menteri ketika itu berkata: "Terdapat ketidakadilan dalam undang-undang yang amat membingungkan... Pengajaran adalah jelas — pilihlah perogol anda dengan teliti...

Sebagai seorang wanita, khususnya wanita Muslim, saya berasa marah, meluat dan malu... Sebagai seorang ibu, kini saya mengalami ketakutan yang benar terhadap anak perempuan saya. Apakah perlindungan yang kami dapat berharap bagi anak-anak perempuan kami sekiranya, dalam kepentingan politik, seorang gadis bawah umur boleh dikorbankan dengan amat mudah?"


Berikut disiarkan semula kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin bagi pihak ibunya Pendek binti Ahmad, nenek kepada Noryati binti Mohamad Yusop, mangsa rogol yang terlibat dengan kekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik di Hotel Belmount, Melaka pada 3hb November 1999:

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Cucu saya, telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.

Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.

Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan.

Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995. Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya.

Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen. Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.

Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya. Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya.

Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-

Ahli Parlimen Kota Melaka waktu itu, Lim Guan Eng dipenjara
kerana mempertahankan gadis Melayu yang dirogol
oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik
“Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB.

Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu.”

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.

Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik. Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.

Lim Guan Eng ditangkap kerana membantu mangsa yang dirogol oleh Rahim Thamby Chik. Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara.

Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan. Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN.

Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami. Semoga Allah S.W.T boleh memaafkan cucu saya.

Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana gambar atau video sebagai bukti. kalau setakat cakap kosong tak main la kawan. aku tak kenal pun si dia ni tapi tuduhan mesti ada asas.

Tanpa Nama berkata...

woiii anonymous 12/4 8:27PM
time kes ni dulu hang ada mana??
aku agak time tu hang baru sekolah rendah kut, tak pun baru tadika... time kes ni meletup dulu bukan rahsia daaa... suma org UMNO tau daaa... apa la bodo hang ni..
thn 1994 dlu tu PAS & DAP xkuat pun.. PKR pun xdak lagi.. PAS dianggap parti extremis & DAP dianggap parti komunis... aku pun masih UMNO.... anwar pun masih UMNO.. time tu pemuda anggap RAHIM TAMBI ni akan jd duri dlm daging sbb tu cantas dia awai.. tp dlm masa yg sama kenalah bela agar nama BN xbusuk sebab BERUK seko ni...
HANG SAJA YG XTAU.. SBB HANG BUDAK2 LAGI..
XPUN SB HANG BUTA PERUT XDAK AKAI..

piiiirah.. xdak video konon..
saiful jubori pun xdak video.. jubo pun dara lagi (bukan aku ckp, tp doktor PUSRAWI & PPUM yg check jubo dia yg ckp) hangpa canai sana-sini fitnah kunon kena celup jubo.. last2 pakai sumpah laknat jer... hahk tuiiii... piiiirah.

kes yg terbaru ni ada video, tapi gambar kabur MACAM SIAL.. zaman ni hang nk cari mana cctv kabur? kt lelong.com atau mana2 kedai komputer koman-koman pun cctv 720p 30fps.. mana ada dah cctv 128p 15fps...
dah konon nk rakam bukti, kan lebih baik rakam video color yg HD????? biar jelas muka dia, biar jelas rupa dia.. baru la xda sapa nk prsoal dah.. anak bini dia pun xpersoal daah.. penyokong pun angkat kakiii...

ini tidak, guna video kembang, kabur, xjelas... takat nk tipu UMNGOK mcm hang bole laaaaa... hahk tuiii...

aku seronok betui bila tgk org2 NGOK mcm hang subur dlm UMNGOK... kahkahkah..
UMNGOK sbnrnya bukan tipu kami, tapi tipu ahli dia sendiri.. sbb cuma ahli UMNGOK jer yg NGOK trmasuklah hang... kahkahkah...

Tanpa Nama berkata...

rahim thamby chik make a big mistake
konon kuarkan video sex anwar tp skrg ni kes dia plak timbul
i think, kalau dia remain anon kes ni pun xkan timbul balik

btw, to d owner of this blog
thanx for the info
i know this case from my mum so tringin nak tau more about that
even my mum, time tu still under umno
i on the other hand baru 6 tahun

yat berkata...

cam ni la, ada 4 saksi x? yg menuduh xdak pun buat sumpah laknat etc, dan Rahim pun x sumpah balik....tertuduh sendiri yg cakap dia x dirogol (kalau dia dibeli atau apa pun, tu antara dia ngan tuhan la)...la ni nak tuduh rogol ka apa kena mai bukti bukan rumours brother...

yat berkata...

anon 3.52 PM, have u see the original one? tau video compression? yg masuk youtube maybe la kabur, tapi ori ada dekat polis...yg xdak colour sebab dalam gelap, and dia infrared...apa2 pun, rumours xleh pakai brother, bukti kena kukuh..

shahril berkata...

yat, by all means, keluarkan segala jenis bukti yang ko atau umngok ada utk 2-2 kes anwar..saifool dan dato'Tongong tu..kes saifool kenapa tak dimasukkan dalam mahkamah syariah? kes dato'T kenapa polis berhari2 nak sabitkan sapa penyebar nya tu?

btw, kalau yat muslim, i feel deeply sorry for u..both cases should have been judge in islamic law..

kol berkata...

Yat...Its not INFRARED...it just NIGHT MODE...ye ke yg ori tu xkabur?hmmmmm...whatever is,for me, it stills a propagate...

mykhalis berkata...

thanx 4 da info.masa kes ni sayapun sekolah rendah lg.nnt mohon share ek

Kenapa tak mau PAS memerintah malaysia

kenapa bantah email 1Malaysia


Ada apa dengan dara

Tanpa Nama berkata...

kalo yg ori ada pd polis..mcm mane leh tersebar kat utube..huhuhu..xkn leh terlepas pandang kot?xkn nk sabit org yg sebarkan dlm utube jer..org yg pamer kn tayangan tu kat wartawan xnk kena sabit kn skali ke?
huhuhu..

Tanpa Nama berkata...

yg nyata tauke2 vcd&dvd cetak rompak skang nih ada byk alasan supaya tk ditangkap & ditahan kerana menjual cetak rompak + video lucah coz si thambi chik & da geng tkda kena tindakan..arahan utk memecat & buang rahim dr kerajaan+parti waktu tu pun dtg dr mahathir...lgpun thun 94-95 wktu kes tu terjadi tkda vcd atau alat rakam yg canggih kt m'sia nih mcm skang..hanya vcr/video tape jerr..so pd puak2 umngok yg byk soal tp masih 'knk2 ribena' wktu tu jgn nk byk songeh!..RTC mmg "child molestor"!!!..moga Allah SWT membuka mata,hati dan minda para umatnya yg tidak mengetahui...Amin...

Tanpa Nama berkata...

ntah la.. ni lah dunia politik, akhirat masing 2 jawab, kalau di dunia ni boleh terlepas dengan undang 2 manusia.

Tanpa Nama berkata...

Kes ni masih segar dlm ingatan aku. Akibatnya RTC kena letak smua jawatan dlm UMNO & K Menteri. Tengok muka RTC pun dah tau gila seks..

Tanpa Nama berkata...

RTC mmg gila seks.. hanya org bodo jer tak tau.. kaki betina & suka bdk bawah umor.. tp tu la, coz dia org UMNO, terlepas camtu jer la.. time tu semua org tau.. termasuk la org UMNO, semua kondem dia.. kes dia semua org dlm malaysia tau & aku dr hr tu sampai hr ni pn pelik, apasal dia lepas.. pada aku sesapa yg pertahan dia mmg laknat, moga2 ALLAH balas keburukan RTC & org2 yg support dia kt dunia ni cepat2 sikit.. konon2 dia nk cameback la skrg ni.. bagus jgk boleh kuar balik kes rogol bdk bawah umor RTC.. gud comeback RTC..!!

Tanpa Nama berkata...

DNA anak pempuan yg lahir pada 1995 tu mesti sama ngan dgn thambi... mane pergi pergi anak die... itu la persoalannyer... kalo ia same, terbukti la thambi wat benda tu....

Tanpa Nama berkata...

sakit mata la

Tanpa Nama berkata...

tgk.. RTC walaupun tak settle kes mahkamah dia dah letak semua jawatan. Nak jaga semua pihak.. anwar ada letak jawatan ke? lagi nak ajak peyokong fanatik mcm korang semua buat huru hara kat bumi malaysia ni.Dia sabar tunggu trial. bila dah tak salah baru dia join politik balik. Anwar??? jgn harap laa braderrr.. selfish.. malaysia lingkup pun dia peduli hape.. jalan2 makan angin kat oversea menghabiskan duit yuran PKR.. haha

Tanpa Nama berkata...

klu dah dasar umngok,mmg selamanye bangang..dah terbukti budak tu sumpah laknak..nape rtc tak kena apepe tindakan??sbb mahkamah dah kena cucuk idung!!! lagi pulak budak tu dah di byr....senyap ler kes..........

Tanpa Nama berkata...

masalahnye... nape LGE masok lokap.. tp RTC duk luar senang lenang.xde naik turun court.. xmo didakwa just letak jawatan.kira lepas semua pertuduhan. senang camtu jer.bodo ape..dah RTC ade anak hasil hubungan ngan dak tu.... budak tadika pon bleh fikir... sedih aku budak tu digula2kan.xpon diugut masa dlm tahanan.setle masalah RTC...

Tanpa Nama berkata...

Tak yah la korang nak sibuk2... kokrang tgk diri sendiri dulu, betulkan mana yg patut. MACAM BAGUS!!

Tanpa Nama berkata...

orang bodoh saja yang percaya cakap orang jahat macam rahim tamby chik.dia ni umno dah reject dah dulu....mahathir amik dia semula sebab orang yg termakan budi senang nak di kontrol.

Tanpa Nama berkata...

Memang dasar UMPORNO.. pemimpin dia memang semua korup, kaki betina, arak, dan maksiat. Budak bawah umur pun nak disapunya juga. Aku agak-agakla kan, Rahim thamby ni ada buat ugutan keatas perempuan yang dirogol ini supaya tukar pengakuan. Kat dunia ko boleh lepas, kat akhirat ko jawab ngan tuhan nanti,

Aku tak heran pemimpin UMPORNO macamni, tengok attitude depa ni saja pun memang tak bleh pakai. Orang kampung aku dulu punya main kuat pegang UMNO..tapi selepas berpuluhan tahun, belia muda makin bijak, kami tahu UMPORNO ni banyak auta daripada fakta. Dasar feudal, jahil, dan gila dunia.

EX-PENYOKONG UMNO YANG KECEWA.

Tanpa Nama berkata...

apa la yg nak digaduh2 kan....ada sesiapa tgok gamba Noryati binti Mohamad Yusop ? MANTOP juga budak nih...hahahaha....

Tanpa Nama berkata...

Orang yang pertahan kejahatan RTC ada lah spesis jenis :

1. Buta Maksiat - kerana JAHIL sebab mereka suka maksiat...
2. Buta Maksiat - kerana JAHIL sebab mereka masih tak tahu di mana mereka dikala itu
3. Buta Maksiat - kerana JAHIL AGAMA dan taksub BANGSA yang diwarwarkan oleh UMNO LAKNATULLAH....

realman berkata...

pempuan wat sex dgn 14 lelaki org cam tu nak bela,konon umur 15 tahun tak tahu sex tu apa, sedap tahu,bangang betul,konon ada anak perempuan,adik,nenek habis dia takada anak lelaki ke,apa punya manusia

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse