Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 10 Disember 2010

RASUAH SEMAKIN BERLELUASA


Penulis Smart Generation sekadar berkongsi satu berita hari ini yang mana satu kajian yang telah dijalankan mengenai gejala rasuah di negara ini menunjukkan bahawa jenayah kolar putih itu semakin berleluasa di Malaysia.Malahan hampir separuh iaitu 50%  rakyat negara ini mempercayai bahawa rasuah berleluasa.Nampaknya kerajaan harus mengambil serius isu ini kerana ramai bapak-bapak jerung yang masih lagi tidak dikenakan tindakan dan sentiasa mengamalkan rasuah terutama yang melibatkan jumlah yang begitu besar....

Berikut merupakan Petikan dalam Laporan itu:-

Hampir separuh daripada rakyat di negara ini yang dibanci dalam kajian mengenai rasuah antarabangsa berpendapat gejala rasuah semakin berleluasa di negara ini.

Mengikut Barometer Antarabangsa Rasuah 2010 oleh Transparency International, 46 peratus percaya amalan rasuah tahun ini adalah lebih tinggi daripada tahun lalu manakala 19 peratus berpendapat ia telah berkurangan dan 35 peratus lagi pula berkata keadaan tidak berubah.

Namun daripada 1,000 orang yang dibanci oleh agensi pasaran TNS Malaysia dalam wawancara secara langsung dari 28 Jun hingga 26 Julai tahun ini, hanya 9 peratus atau 90 orang mengakui telah memberi rasuah sepanjang 12 bulan lalu.

transparency international global corruption barometer 101210Mereka mendakwa telah memberi rasuah kepada anggota polis atau mereka yang bekerja di tempat pemprosesan permit, tanah, perubatan, jabatan pendidikan negari, perundangan dan kastam.

Ini meletakkan Malaysia di tangga ketujuh daripada 22 negara Asia Pasifik yang dikaji dengan Korea Selatan mendahului senarai itu - hanya dua peratus rakyatnya yang diwawancara mengakui pernah memberi rasuah sepanjang setahun lalu.

Sebahagian besar rakyat Malaysia berkata pasukan polis paling terjejas dengan gejala rasuah dan diikuti dengan parti politik, badan perundangan dan parlimen.

Mereka mencatatkan mata 4.1, 4.0 dan 3.4 masing-masing pada skala 1 hingga 5, dengan 5 sebagai yang paling terjejas akibat rasuah.Kaji selidik itu juga menunjukkan 48 peratus responden percaya bahawa tindakan kerajaan memerangi rasuah sangat berkesan berbanding 28 peratus tahun lalu.

"Ini merupakan perubahan drastik dari tahun sebelum ini di mana 67 peratus berpendapat tindakan kerajaan tidak berkesan berbanding tahun ini dengan hanya 20 peratus responden berpendapat bahawa tindakan kerajaan perlu ditingkatkan,” petik laporan itu.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse