Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 21 Disember 2010

PKR SABAH BERGOLAK KERANA MAHUKAN JAWATAN?


salam kepada semua...

SIAPAKAH YANG AKAN MENGEPALAI PKR DI SABAH?

SABAH MERUPAKAN SALAH SATU KUBU TERKUAT BARISAN NASIONAL YANG HARUS DITAWAN OLEH PAKATAN UNTUK MENANG PRU-KE13 NANTI...
KETUA PKR SABAH INI AKAN MEMASTIKAN KEMENANGAN PKR DAN PAKATAN DI SABAH..


NAMUN,APA SUDAH JADI?....

BAKAL BERLAKU PERTEMBUNGAN SENGIT UNTUK JAWATAN KETUA PKR SABAH...


CALON-CALON YANG RASAKAN DIRI MEREKA LAYAK SUDAH MULAKAN KEMPEN...


KETUA PKR SABAH MUNGKIN JAWATAN YANG SANGAT PENTING DAN DIIDAMKAN JIKA MAHU MENJADI KETUA MENTERI SABAH YANG BARU JIKA PAKATAN RAKYAT MENANG DI SABAH....

ADAKAH AKAN BERLAKU SATU LAGI PERGOLAKAN PKR DI SABAH?

SUDAH RAMAI KETUA CABANG PKR YANG MENINGGALKAN PARTI SETAKAT INI...


PEMIMPIN KUAT PKR DI SABAH IAITU JEFFRY KITINGAN JUGA DIJANGKA AKAN MENINGGALKAN PARTI INI?


SEMUA MASIH MENJADI TANDA TANYA......


Berikut merupakan berita penuh mengenai perkara ini:-

 PKR Sabah kembali mengingati peristiwa pertarungan sengit merebut jawatan ketua parti di negeri itu dan kini sudah tiba masanya untuk mencalonkan seseorang untuk jawatan itu.Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dijangka terbang ke Sabah minggu depan untuk memainkan peranan sebagai orang tengah dalam pelantikan Ketua PKR Sabah.

Sumber dalaman parti memberitahu bahawa mesyuarat kedua dijangka bertukar menjadi rumit kerana seorang lagi ahli politik telah memulakan kempennya.Buat masa sekarang selain penjawatnya, Ahmad Thamrin Jaini, calon Batu Sapi yang tewas, Ansari Abdullah turut bersaing.

FMT diberitahu bahawa ahli politik veteran, Karim Ghani yang menyertai PKR seminggu yang lalu memberitahu sebilangan pemimpin PKR bahawa beliau berupaya menyatukan puak-puak bertentangan di dalam parti sekiranya dilantik sebagai pengerusi perhubungan negeri.Beliau yang meninggalkan Umno dan BN tiga bulan yang lalu, dilaporkan cuba memperoleh sokongan daripada ketua-ketua cabang PKR Sabah menerusi panggilan telefon.

Karim baru seminggu dalam parti 

"Tapi mereka berkata Karim hanya berada dalam parti selama satu minggu…..apa yang membuatkan beliau begitu yakin akan dapat sokongan pemimpin PKR Sabah?" soal sumber dalaman parti.Ketika sidang akhbar pengumuman kemasukannya ke dalam PKR, Karim yang merupakan antara pengasas Umno Sabah dan Parti Usno ditemani Halik Zaman dan bekas senator, Kalakau Untol.

Menurut sumber, kepimpinan pusat PKR teah mengarahkan Saifuddin untuk kembali ke Sabah kerana mereka mahu mendapatkan pandangan timbalan pengerusi PKR Sabah, Christina Liew yang berada di Singapura ketika mesyuarat kali pertama diadakan.Menurutnya, perkara ini akan diselesaikan sekiranya Ansari mengundurkan diri dari pertandingan jawatan ketua.

"Beliau tewas teruk di dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat…..dari sejumlah 132 calon, beliau mendapat tempat yang lebih baik sedikit dari tempat terakhir.Ketika beliau menjadi ketua PKR Sabah PKR kalah teruk namun masih mahu menjadi ketua…..apa jenis ketua ini?" soal ahli parti," kata sumber tersebut.Beliau turut menyatakan bahawa ia adalah sangat penting untuk PKR Sabah melantik pemimpin yang mendapat sokongan dari kesemua 25 cabang agar parti dapat memberi impak dalam pilihanraya umum ke -13.




Sekurang-kurangnya tiga ketua cabang PKR Sabah dijangka akan mengumumkan perletakan jawatan mereka dari parti hari ini.Menurut sumber dalaman, satu sidang akhbar akan dibuat oleh ketua cabang PKR Putatan Awang Ahmad Sah Awang Sahari, yang merupakan penyokong kuat pemimpin PKR Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

FMT dimaklumkan bahawa Awang Ahmad Sah dan sekurang-kurangnya dua ketua cabang lain akan menerangkan sebab-sebab mereka keluar parti.Menurut mereka, Jeffrey mungkin akan turut serta untuk menerangkan kedudukan beliau sendiri.Satu sumber dalaman lain menyatakan pemimpin PKR Sabah akan meletakkan jawatan secara berperingkat mulai esok sehingga awal tahun depan.

"Ia akan berakhir dengan pengumuman bahawa Jeffrey sendiri keluar parti pada satu tarikh sesuai. Jeffrey, jika berada di sini pada Selasa pasti dia akan menerangkan kedudukannya……" tambah sumber tersebut.
Jeffrey, Awang Ahmad Sah bersama Daniel John Jambun dan Mozes Iking difahamkan telah mengadakan pertemuan bersama empat orang pemimpin Parti Nasional Sarawak (SNAP) di Miri pada hari Ahad.

Meninggalkan PKR secara berperingkat 

Pemerhati politik menjangka pemimpin politik Sabah, Jeffrey Kitingan akan menyerahkan surat perletakan jawatannya sekarang namun sumber dalaman mendakwa bahawa beliau dihalang dari berbuat demikian oleh para penyokongnya yang mahu kumpulan penyokong beliau meninggalkan PKR secara berperingkat.
Ahmad Sah ketika dihubungi melalui telefon menegaskan bahawa beliau akan mempengerusikan satu sidang akhbar penting hari ini di Tambunan Golf and Country Clubhouse di Beverly Hills, Penampang.

"Saya akan memberitahu segalanya yang mahu dikatakan oleh saya dan rakan-rakan di sidang akhbar tersebut," kata pemimpin akar umbi kelahiran Bajau-Dusun-Brunei ketika ditanya sama ada beliau akan keluar parti.Ahmad Sah merupakan antara sebahagian kecil pemimpin Muslim PKR Sabah yang memberikan sokongan kuat secara berterusan kepada Jeffrey dalam perjuangan untuk memperoleh kembali hak dan autonomi negeri Sabah.

Allahyarham bapanya, Awang Sahari Abdul Latiff yang dikenali sebagai pemimpin Sabah yang mahukan autonomi untuk negeri Sabah merupakan antara 20 pemimpin Sabah yang berunding dengan pemimpin Persekutuan Tanah Melayu ketika membentuk Persekutuan Malaysia dalam tahun 1963.
Allahyarham turut ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama setahun dalam era awal 60-an kerana disyaki menjadi agen pemberontak di Brunei, Azahari.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse