Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 19 Disember 2010

SEBELUM PROGRAM 100 HARI,TUNAIKAN DAHULU JANJI MANIFESTO PRU KE-12


salam kepada semua...

Penulis Smart Generation sekadar memberikan sedikit informasi kepada pembaca berkaitan Kovensyen Pakatan Rakyat ke-2 yang telah selesai pada hari ini iaitu 19 Desember 2010 di Dewan Milenium Kepala Batas Pulau Pinang.Sememangnya harapan besar buat semua pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat bagi memastikan legasi kecemerlangan bagi memastikan hasrat mereka menawan Putrajaya pada PRU ke -13 nanti akan tercapai.
Dengan hasrat dan keyakinan itu maka Pakatan Rakyat hari ini telah mengumumkan Program 100 hari .Sekiranya Dasar Bersama Pakatan Rakyat boleh membawa perubahan kepada rakyat Malaysia, maka Program 100 hari menggariskan secara terperinci dan menyeluruh langkah-langkah spesifik secara permulaan untuk menjalankan urustadbir baik demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Program 100 hari ini benar-benar adalah harapan rakyat Malaysia yang dapat melihatkan reformasi kompreshensif yang kian mantap dan mendalam diusahakan oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan.  kesediaan Program 100 Hari ini menerima pakai dua inisiatif i, iaitu program liputan wifi percuma yang akan siap akhir tahun depan di Pulau Pinang dan RM100 setahun kepada warga emas melebihi 60 tahun akan diberikan pula RM1,000 setahun kepada semua warga emas di Malaysia oleh Pakatan Rakyat di peringkat pusat.Akan tetapi Program 100 Hari bukanlah untuk semua orang. Bukan untuk orang yang menentang konsep kerajaan berjiwa rakyat, melawan martabatkan rakyat dan memusuhi ketuanan rakyat. Program 100 Hari ini adalah untuk rakyat Malaysia sebenar, tulin dan watan - the real Malaysians.

Program yang dilancarkan ini merupakan resolusi sepuluh perkara yang menggariskan secara terperinci bagaimana Pakatan akan mentadbir negara untuk kebaikan semua rakyat Malaysia.
Pemimpin Pakatan akan menandatangani dokumen tersebut, yang dijangka akan dijadikan manifesto gabungan itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Penulis Smart Generation melihat bahawa pengumuman Program 100 hari ini menunjukkan keyakinan Pakatan Rakyat bahawa mereka mampu untuk memerintah Malaysia pada masa akan datang dan mereka telah menyiapkan manifesto yang bakal memberikan kebajikan kepada seluruh Rakyat Malaysia.Namun,Apa yang penulis Smart Generation mahu Pakatan Rakyat pastikan adalah mereka seharusnya telah menunaikan segala Manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum yang lalu selepas mereka berjaya merampas 5 buah negeri daripada Kerajaan Barisan Nasional.Jika tidak segala janji dan ungkapan manis Pakatan Rakyat ini tidak akan di terima oleh rakyat Malaysia.Jika kerajaan Pakatan Rakyat tidak dapat menunaikan janji Manifesto mereka sama sahajalah Kerajaan Pakatan Rakyat dengan Kerajaan Barisan Nasional.Rakyat mahukan hak mereka dilindungi dan kebajikan mereka terjamin.
Jika benar mahu jayakan Program 100 hari ini..Tunaikan dahulu Manifesto Pilihan Raya Umum yang lalu!

2 ulasan:

HASRUL NIZAM berkata...

PR kena buktikan yg diorang ni cakap serupa bikin, jangan nanti habuk pon tak dak... he3

Shaheila Malek berkata...

Haha yg penting semua cukup mkn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut