Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 29 Disember 2010

KONSPIRASI PERLANTIKAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR:ISTANA TERLIBAT?


salam kepada semua...

Kerajaan Selangor kini sekali lagi diberikan tumpuan berikutan Perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru iaitu Datuk Mohd Khusrin Munawi bekas  Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).Perlantikan ini menjadi pertikaian kerana tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada Menteri Besar dan Ahli EXCO Kerajaan Negeri yang lain,Malahan di Khabarkan bahawa Mentri Besar telah menghantar senarai 3 nama calon pada 7 Desember(selasa) yang lalu kepada Pejabat Sultan Selangor namun dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri lewat menghantar senarai nama calon dan pengumuman telah di buat pada 10 Desember oleh Sultan Selangor dan perlantikan itu sudah sah.Nampaknya satu lagi konspirasi politik berlaku di sini.Kerajaan Negeri sudah tentu sukar untuk bekerja dengan Setiausaha Kerajaan Negeri yang tidak sehaluan dan sama ideologi dengan mereka,Malahan dikhabarkan bahawa Mohd Kusrin sebagai ejen kerajaan pusat.Sememangnya sukar untuk kerajaan Negeri menghalang perlantikan ini kerana ia terletak di atas kuasa Sultan Selangor dan Mohd Kusrin sudah pun diumumkan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru di Selangor.


Berikut merupakan berita mengenai kenyataan ini:-

Pelantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru adalah muktamad dan tidak boleh diubah walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkesempatan menghadap Sultan Selangor.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, bagaimanapun berkata hasrat Abdul Khalid menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini berhubung perkara itu tidak dapat dilaksanakan kerana baginda bercuti mulai 26 Disember hingga 3 Januari ini.

Katanya, Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah Sultan yang tegas dan tidak akan berganjak daripada keputusan yang sudah dibuat.

Selain itu, katanya, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, tidak dinyatakan Menteri Besar perlu terlebih dulu dimaklum mengenai calon bagi jawatan itu atau mendapat persetujuan Menteri Besar.

Ini bermakna Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan selaku ketua Jabatan Perkhidmatan Awam mempunyai kuasa memilih calon berkelayakan bagi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan mendapat perkenan Sultan Selangor. Sultan memegang kuasa eksekutif pada peringkat negeri dan kerana itu baginda perlu disembah maklum calon bagi jawatan itu untuk diperkenankan," katanya ketika dihubungi semalam.

Mohamad Munir juga berkata, kerajaan negeri lewat menghantar senarai nama untuk jawatan tertinggi penjawat awam itu kepada pihak istana kerana Abdul Khalid menyerahkan tiga nama dalam sepucuk surat bertarikh 7 Disember sedangkan Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan pelantikan Mohd Khusrin pada 10 Disember, dipercayai sebelum surat berkenaan sampai ke istana.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata mengikut Bab 3 Kuasa Eksekutif Fasal 52, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah dilantik oleh Ketua Setiausaha Negara dan mana-mana pegawai yang difikirkan relevan oleh Ketua Setiausaha Negara.

Katanya, seseorang yang dilantik itu hendaklah orang Melayu beragama Islam.

"Menteri Besar tidak ada kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri. Cuma, orang yang dilantik hendaklah mengangkat sumpah menyimpan rahsia kerajaan di hadapan Menteri Besar, " katanya.

1 ulasan:

Top Ranking Online berkata...

Blog anda sudah pun berada dalam Top Ranking Online dan telah tersenarai dalam Top 150. Sila rujuk kepada ranking yang baru dikeluarkan pada 27 Disember.... sekian terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut