Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 19 Disember 2010

PERDANA MENTERI MALAYSIA MENONTON BOLA BERSAMA RAKYAT



salam kepada semua...

Wah..semalam rupa-rupanya Datuk Seri Najib Tun Razak tengok bola bersama rakyat kat Bukit Bintang...Semangat betul Perdana Menteri Malaysia ni nak beri sokongan kepada pasukan Kebangsaan..Inilah uniknya Datuk Seri Najib Tun Razak ni...Berjiwa rakyat dan suka turun ke lapangan rakyat..Kalau kat pekan tu...semua mak cik dan pak cik dan orang-orang tua memuji Datuk Seri Najib ni...sebab memang beliau berjiwa rakyat..Walaupun beliau boleh tengok perlawanan ini di tempat yang lebih selesa dan mewah tetapi beliau memeilih untuk ke kawasan jalanan tempat budak-budak muda melepak..mesti ramai yang teruja kan PM datang tengok bola dengan anda semua kat sana..hehe..

TAHNIAH DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK..!!

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kejayaan pasukan kebangsaan melangkah ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF sebagai isyarat sukan bola sepak di negara ini mula menunjukkan kebangkitan.

Perdana Menteri berkata, semangat yang tinggi di samping disiplin yang mantap menjadi faktor utama kepada pasukan kebangsaan berjaya mengekang serangan bertali arus skuad Vietnam.

''Kejayaan ini merupakan satu titik perubahan buat pasukan Malaysia yang mula menunjukkan kebangkitan dalam sukan bola sepak tanah air yang telah lama diharapkan oleh rakyat.

''Keputusan seri itu tidak penting kerana apa yang paling utama ialah skuad negara telah menunjukkan semangat kerjasama yang kukuh dan mereka juga menerima arahan jurulatih dengan baik untuk mengekalkan corak permainan berdisiplin," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan secara langsung antara Malaysia menentang Vietnam yang ditayangkan di skrin besar di Jalan Bukit Bintang di sini, malam ini.

Pada perlawanan separuh akhir kedua itu, skuad kebangsaan berjaya mengikat pasukan tuan rumah dengan keputusan seri tanpa jaringan pada perlawanan yang berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi dan sekali gus melayakkan Malaysia ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki Cup ini...

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse