Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 8 Disember 2010

Pengasas WikiLeaks serah diri



salam kepada semua...

Akhirnya pengasas Wikileaks iaitu Julian Assange, menyerah diri kepada polis London, semalam sebagai sebahagian daripada siasatan tuduhan jenayah seksual difailkan ke atasnya di Sweden.  Assange dijadual dibawa ke Mahkamah Majistret Westminster hari ini.Jika ekstradisi ke Sweden itu dicabar, Assange mungkin direman di Britain atau dibebaskan dengan jaminan sehingga ada hakim lain memutuskan sama ada dia akan diekstradisi atau tidak.Masalah perundangan menimpa Assange, 39, selepas dua wanita ditemui di Sweden musim panas lalu membuat aduan terhadapnya.Lelaki kelahiran Australia itu dituduh merogol dan mencabul wanita terbabit.Assange menafikan dakwaan itu dan peguamnya, Mark Stephens, berkata hubungan seks berkenaan dilakukan secara rela tetapi timbul pertikaian kerana dilakukan tanpa sebarang langkah perlindungan Assange dan Stephens mengesyaki tuduhan itu dimanipulasi atas faktor politik. Penahanan Assange menambahkan lagi masalah kepada kumpulannya selepas mereka menghadapi masalah perundangan, kewangan dan teknologi kesan pembongkaran pelbagai dokumen sulit Amerika Syarikat.
Sejak minggu lalu, akaun bank WikiLeaks dibatalkan, manakala laman sesawangnya diserang dan AS pula memulakan siasatan jenayah ke atasnya atas dakwaan maklumat didedahkan mengancam keselamatan serta hubungan diplomatik di seluruh dunia. - AP

Penulis Smart Generation pasti selepas ini banyak lagi sandiwara yang akan di tunjukkan kepada dunia oleh Pengasas Laman Web WikiLeaks ini.Nantikan semua pendedahannya...
.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse