Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 13 Disember 2010

MALAYSIAKINI:SATU LAGI SURAT PALSU DIKELUARKAN ATAS NAMA YDP MPMUM


Salam kepada semua...

Penulis Smart Generation pada hari ini ada membaca satu lagi surat yang telah dikeluarkan oleh Malaysiakini iaitu laman web berita yang menyiarkan satu surat yang bertajuk:Lagi pelajar bantah kenaikan harga barang yang dihantar atas nama Khairul Anuar Abu Kassim YDP MPMUM.Tarikh artikel itu disiarkan adalah pada 11 desember 2010 pada jam 10.32 pm mengikut waktu yang tertera dalam ruangan yang telah dikeluarkan itu.Pembaca semua boleh melihat buktinya di sini:http://www.malaysiakini.com/letters/150581 
Perkara yang ingin Penulis Smart Generation mahu dedahkan di sini adalah kerana Surat yang telah dikeluarkan ini bukanlah daripada YDP MPMUM sendiri Penulis Smart Generation telah mendapatkan kepastian daripada YDP MPMUM sendiri iaitu Saudara Khairul Anuar Abu Kassim untuk memastikan keshahihan surat ini dan ternyata bahawa surat ini bukan di tulis oleh beliau.Nampaknya sekali lagi Malaysiakini telah mengeluarkan satu lagi surat palsu yang bukan di tulis oleh Saudara Khairul Anuar Abu Kassim.Sebelum ini beliau juga telah di fitnah kerana menulis surat kepada Malaysiakini menyokong Hub Hiburan dan mendapat kritikan daripada banyak pihak.Berhubung perkara itu beliau telah membuat laporan Polis dan pihak polis masih lagi belum mendapat bukti dan mengesan siapakah dalang di sebalik Surat yang di hantar melalui nama YDP MPMUM ini.Pembaca boleh melihat bukti surat yang menggunakan nama YDP MPMUM berkaitan isu itu di sini:http://www.malaysiakini.com/letters/146967 

Penulis Smart Generation terpanggil untuk mengulas mengenai isu ini kerana dalam surat itu juga ada menyebut mengenai diri penulis iaitu ``Pandangan ini juga telah dinyatakan bersama rakan pimpinan saya dari Universiti Malaya saudara Asri Zulikifli yang juga merupakan aktivis mahasiswa seperti saya. Boleh rujuk artikel beliau di blog. ``

Penulis Smart Generation meminta supaya pihak yang tidak bertanggungjawab ini supaya tidak menggunakan nama orang lain dalam menyatakan pandangan ataupun mengenai sesuatu isu.Surat yang dikeluarkan ini sangat baik dan bagus sekali.Tapi surat ini bukan di tulis oleh YDP MPMUM sendiri.Oleh Sebab itu Penulis Smart Generation merasa kecewa dengan sikap orang yang tidak bertanggungjawab ini menggunakan nama orang lain untuk menghantar artikel/surat untuk dikeluarkan dalam Laman Web Malaysiakini ini.Penulis berharap supaya Laman Web Malaysiakini memastikan keshahihan penulisan surat kepada laman web ini sebelum di siarkan kepada umum,Perkara ini untuk mengelakkan supaya Laman Web ini tidak menjadi medium sewenang-wenangnya untuk menyampaikan Fitnah dan membuat penipuan melalui penulisan.

Berikut merupakan Surat yang telah dikeluarkan dalam Laman Web Malaysiakini ini:


Lagi pelajar bantah kenaikan harga barang
Khairul Anuar Abu Kasim
Dis 11, 10
10:32pm
Kongsi 14
Saya tampil kali ini untuk memberikan beberapa pandangan selaku pimpinan mahasiswa.

Pendirian saya selaku wakil mahasiswa memohon pihak yang bertanggungjawab berkenaan dengan kenaikan harga air di Selangor agar duduk semeja berbincang bersama rakyat dan anak muda seperti saya ini.

Ini adalah kerana kenaikan ini akan menyebabkan sedikit sebanyak struktur ekonomi penduduk negeri Selangor terutamanya dan juga mahasiswa yang kebanyakannya menetap di sekitar Lembah Klang dek kerana kebanyakan kampus IPTA utama terletak dalam kawasan ini.

Pandangan ini juga telah dinyatakan bersama rakan pimpinan saya dari Universiti Malaya saudara Asri Zulikifli yang juga merupakan aktivis mahasiswa seperti saya. Boleh rujuk artikel beliau di blog.

Seiring dengan isu ini juga kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga barang 4 dalam 1 iaitu petrol, diesel, gas dan gula mendapat respon dari pelbagai pihak.

Kesan kenaikan ini turut dirasai oleh rakyat dan mahasiswa di seluruh Malaysia khususnya di kawasan bandar.

Kos sara hidup dan yuran pengajian yang tinggi menyebabkan ramai mahasiswa mencari pekerjaan sampingan bagi menampung duit poket yang tidak mencukupi. Kita tidak mahu mendengar lagi berita ada di kalangan mahasiswa sanggup menjual maruahnya semata-mata untuk menampung perbelanjaan sendiri.

Saya juga agak terkilan baru-baru ini pihak polis sehingga menahan tiga orang mahasiswa yang mengadakan perhimpunan di Putrajaya bagi membantah kenaikan harga barang ini.

Sepatutnya kerajaan mendengar dahulu rintihan dan pandangan mahasiswa dalam isu ini.

Justeru itu saya mewakili suara mahasiswa meminta pihak yang bertanggungjawab dalam hal-hal yang saya sebutkan ini tampil untuk bersama membincangkan penyelesaian isu ini.


Penulis adalah Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa, Universiti Malaya


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut