Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 15 Disember 2010

TUN MAHATHIR:PERDAGANGAN DALAM NILAI EMAS


Salam kepada semua...

Penulis Smart Generation membawakan sekali lagi saranan dan cadangan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir Mohammad berhubung penggunaan Dinar Emas di negara ini.Terbaru beliau menyarankan supaya penggunaan Dinar Emas digunakan dalam perdagangan masa kini kerana nilai Dolar AS yang semakin merosot.Saranan ini atas dasar kerana Nilai emnas tidak pernah turun dan akan stabil dan naik manakala penggunaan Dolar yang mana sentiasa terumbang ambing dan mengalami penurunan.Sebelum ini, US$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan US$1,400. Ini bermakna dolar US sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang fiat...nilainya merosot dengan pantas dan banyak tetapi emas tidak susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai sebenarnya

Berikut merupakan kenyataan penuh berkaitan perkara ini:-

Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar US yang semakin merosot, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding penggunaan dolar Amerika ketika ini.
"Sebelum ini, US$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan US$1,400. Ini bermakna dolar US sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang fiat...nilainya merosot dengan pantas dan banyak tetapi emas tidak susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai sebenarnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi Ke-dua (2LIFE) yang berakhir di sini, Rabu.
"Ini tidak bermakna kita perlu membawa emas dan membuat pembayaran dagangan berasaskan nilai emas yang boleh dilakukan melalui transaksi lain," katanya. Mengenai penggunaan dinar emas di Kelantan, beliau berkata keadaan ketika ini tidak sesuai untuk menggunakan emas sebagai mata wang tetapi lebih sesuai digunakan untuk perdagangan import dan eksport.
Mengenai sistem kewangan Islam, Dr Mahathir berkata ia sepatutnya digunakan untuk membantu negara-negara Islam yang miskin supaya sehingga semua negara tidak lagi miskin.
"Ada negara Islam kaya dan ada yang miskin. Patut ada imbangan. Kita gunakan kewangan Islam kita untuk menabur kepada negara yang miskin. Guna pasaran Islam yang baik...mereka jadi kaya," katanya.
Katanya apa yang penting sistem Islam itu berkembang dengan sendiri dan negara-negara Islam menggunakannya untuk manfaat negara-negara Islam.
"Kewangan Islam akan menjadi (berkesan) bila kita berjaya. Sekarang ini kita lihat orang bukan Islam pun gunakan perbankan Islam...sukuk semua tu. Kewangan Islam ini penting." "Kalau tak faham selok belok bank dan cara nak bayar hutang, kita takkan dapat manfaat sepenuhnya," katanya. - BERNAMA


Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse