Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 20 Disember 2010

KES MATA LEBAM ANWAR IBRAHIM DIBONGKAR!



salam kepada semua...

Penulis Smart Generation membawakan kepada anda satu pendedahan yang telah di lakukan oleh seorang Blogger Terkenal dalam Laman Portalnya iaitu www.malaysia-today.net berkaitan Kes Mata Lebam Anwar Ibrahim yang di dakwa telah di sorok dan tidak di sertakan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja 12 tahun lalu.Menurut beliau Gani Patail telah meminta Pasukan Doktor untuk memalsukan kes Mata Lebam Anwar Ibrahim atas alasan kecederaan Beliau sendiri yang memukul dirinya dan terjatuh.Namun,kebenaran kenyataan yang dikeluarkan oleh Raja Petra ini masih belum dapat di pastikan.Sememangnya Raja Petra memang terkenal dalam mendedahkan skandal utama negara dan meenjadi buruan kerajaan Malaysia atas sebab artikel yang beliau keluarkan mengancam keselamatan negara.

Berikut merupakan kenyataan penuh mengenai perkara ini:-

Portal www.malaysia-today.net hari ini mendedahkan salinan laporan pemeriksaan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa telah disorok dan tidak disertakan di dalam laporan Suruhanjaya Di Raja, 12 tahun lalu.

Di dalam laporan itu, Gani mempertikai dan mempersoalkan pendapat dan penemuan hasil pemeriksaan yang dibuat doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Abdul Rahman Yusof.Pengendali laman tersebut yang juga blogger terkenal, Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK di dalam kolumnya berkata walaupun bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan ditendang keluar daripada jawatannya itu tetapi Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail yang turut terlibat dalam memalsukan laporan tersebut, masih lagi berada di dalam pejabatnya.

“Beliau terlepas dari semua salah laku yang dilakukannya yang mana ketika ini isu tersebut menarik perhatian umum.“Lihat bukti di mana Peguam Negara mengarahkan doktor untuk mereka-reka laporan perubatan untuk mengatakan bahawa kecederaan Anwar pada tahun 1998 adalah disebabkan beliau terjatuh atau pun menumbuk dirinya sendiri.

Laporan itu ujar RPK kemudiannya disembunyikan dan tidak ditunjukkan kepada Suruhanjaya Di Raja.
“Adakah ini jenis Peguam Negara yang kita mahukan,” soal beliau.Sebelum ini, bekas pegawai polis kanan Datuk Mat Zain Ibrahim dalam surat terbukanya yang kedua mendakwa laporan Suruhanjaya Di Raja yang dipersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong telah dimanipulasi.

Beliau turut menegaskan Gani turut terlibat dalam menyorokkan dan memalsukan dokumen perubatan tersebut.Sehingga kini, beliau belum lagi dipanggil oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi memberikan penjelasan berhubung pendedahan yang dibuat itu.

Isnin lalu, Putrajaya telah memutuskan untuk menutup isu insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim 1998 “sama sekali” dengan mengetepikan dakwaan terbaru kononnya wujud unsur pemalsuan bukti oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.Dalam jawapan itu, kerajaan mengambil pendirian mengetepikan dakwaan yang dibuat oleh bekas pegawai siasatan Mat Zain bahawa Abdul Gani telah memalsukan dokumen dalam kes itu — dakwaan yang dibuat menerusi dua surat terbuka.

Sebaliknya, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, tidak perlu bagi Mat Zain membuat aduan bahawa panel bebas yang dibentuk untuk menyiasat dakwaan pemalsuan bukti telah gagal untuk membersihkan nama beliau dalam insiden itu.Ini menurut Nazri, Mat Zain tidak pernah tertakluk kepada siasatan panel dan hanya dipanggil sebagai seorang saksi untuk memberikan keterangan.

7 ulasan:

Unknown berkata...

Setakat lebam mata tu biasa jelah, kalau nk banding dgn dosa meliwat, nabi muhammad S.A.W. tak mengaku umat.. yg tu pun tak reti nk beza. Tu baru sikit tuhan turun bala kepada PELIWAT!

Cikin berkata...

raja petra diburu bkn sbb dia mengancam keslmtn ngra .
tp sbb dia dah bongkar kerja2 bangang yg dilakukan oleh pemimpin harapan bngsa hari ini .

HaN WarreN berkata...

padan muka mata kena tumbuk..elok buang negara orang2 cmni..perosak bangsa sendiri..

3B berkata...

salam.ak bukan pro hal2 politik.tapi buat anda2 yg yg bkn main kutuk anwar ckp beliau bertul2 terlibat dgn liwat,anda ada bukti ke? sedangkan mahkamah belum menentukan bersalah atau tidak. Bukan apa, takut peristiwa sebelum ini berulang. Iaitu peristiwa Anwar dituduh meliwat semasa beliau dipecat drpd jawatan TPM. Ternya Dr M sendiri mengaku mereka-reka cerita liwat. Kepada anda2 semua, jgn cepat buat spekulasi dan menjatuhkan hukum. Bukan apa, takut org lain bc kenyataan anda dan menyebarkannya, x pasal2 kita dapat dosa fitnah. So mari berlapang dada. Jangan menyebelahi mana2 pihak,tapi sebelahilah Allah :-)

p/s : bak kata Maher Zain dlm lagu "Hold My Hand"

"Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love"

mari saling mengasihi kerana Allah. Peace no war, bebaskan sifat fitnah mengfitnah daripada kehidupan kita :-)

Unknown berkata...

Salam... Knapa le bang nuar takut nk bermuhanalah, itupun satu penyelesaian cr islam, Saiful bersumpah ia dianayai dan diliwat, knape bang nuar tkut nk menafikan dgn bermuhabalah.. panjang sangat ke ayat tu. BERANI KERANA BENAR, LIHAT DENGAN MATAHATI. Tak berdosa kita mpercayai apa yg dikatakan itu atas nama Allah. Apa? bang Nuar nak bersumpah atas nama Kapal Singh, mana pegi peguam islam yg lain..Ini bukan soal memfitnah, sejak bila bang Nuar pcaya dng mahkamah?

episodbaru berkata...

kebenaran yang sebenar hanya Allah sahaja yang tahu..jika ada bukti kukuh dan orang yang menganiaya orang lain PASTI akan dibalas Allah..ini kerana Allah yg mengkehendaki samada hambanya akan hidup senang atau susah di muka bumi ini..sesungguhnya, Allah sahaja perancang yang terbaik...apa yang penting, hati kita mesti bersih dan sekiranya bersabar, Allah akan membalas kesabaran tersebut kerana kita sabar menghadapi ujianNya..Harap Malaysia dilindungi Allah begitu juga semua umat muslim sedunia Insyaallah Amin =)

Tanpa Nama berkata...

Untuk Budak Baru Belajar.....

Habis tu yg Anwar & konco2nya beriya2 sgt tuduh Datuk Seri Najib bunuh Altantuya tu ada bukti ke...???

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse