Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 6 Disember 2010

PENARIKAN KEMBALI PINGAT OLEH SULTAN KELANTAN KEPADA TENGKU RAZALEIGH HAMZAH


salam kepada semua..

Penulis Smart Generation tidak mengetahui sebab utama Penarikan semula pingat Oleh Sultan Kelantan yang baru ini iaitu Sultan Muhammad ke- V telah menarik 2 pingat daripada Tengku Razaleigh Hamzah yang juga veteran UMNO ini dan Ahli Parlimen Gua Musang.Penulis yakin sudah tentu ada sebab dan musabab yang jelas daripada Pihak Istana berhubung penarikan kembali pingat yang telah dikurniakan itu.Nampaknya Sultan Melayu benar-benar serius berhubung pemberian pingat darjah kebesaran kepada rakyat di Negara ini walaupun daripada Kerabat di Raja sendiri.Sebelum ini tindakan Penarikan kembali Pingat telah di lakukan Oleh Sultan Negeri Johor kepada beberapa orang tokoh masyarakat.Semoga Sultan yang menjadi lambang Raja Berpelembagaan sentiasa prihatin dengan situasi yang berlaku kepada rakyat kerana Sultan bebas daripada anasir politik...
Berikut merupakan berita mengenai Penarikan Kembali 2 pingat oleh Sultan Kelantan kepada Tengku Razaleigh Hamzah:-

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V perkenan menarik balik dua pingat darjah kebesaran dengan salah satunya Darjah Kerabat (D.K) yang dikurniakan kepada tokoh politik negara, Tengku Razaleigh Hamzah.
Dua pingat kebesaran tersebut ialah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K)(Al-Yunusi) dan tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) Al-Muhammadi I). Pada sidang media di Istana Balai Besar, di sini, Ahad malam,SetiausahaKerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, mengumumkan penarikan balik anugerah itu berkuatkuasa 2 Disember lalu.Darjah Kerabat dikategorikan sebagai pingat tertinggi istana dan dikhaskankepada keluarga diraja.Mohd Aiseri juga mengumumkan penarikan balik tauliah pelantikan Ahli YangKedua (Dato' Paduka) bagi darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Yang Amat Mulia(D.J.M.K.) (Al-Ismaili I) daripada Dr Yaacob Hussain Merican, 72, sertapelantikan Jaksa Pendamai (J.P.), juga berkuatkuasa pada tarikh yang sama. Tengku Razaleigh, 73, Ahli Parlimen Gua Musang, adalah datuk saudara kepadaSultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid."Menjunjung titah perintah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad VAl-Sultan Kelantan, saya memaklumkan bahawa baginda telah mengampuni perkenanmenarik balik darjah kebesaran dan anugerah kedua-dua individu itu," katanya.
Menurut Mohd Aiseri mereka yang terbabit dalam penarikan balik darjahkebesaran itu telah dimaklumkan melalui surat serahan tangan sehari selepas itu.Beliau berkata penarikan balik darjah kebesaran itu adalah hak bagindaSultan yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara baginda.Difahamkan Tengku Razaleigh dikatakan mengeluarkan kenyataan menyinggungperasaan Tuanku melalui siaran akhbar berbahasa Cina pada 14 Septemberlepas kerana meragui pelantikan Tuanku sebagai Pemangku Raja.Manakala Yaacob mewakili anak guamnya dalam mengemukakan saman terhadappelantikan baginda sebagai Sultan Kelantan di Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur pada 25 Oktober lepas.Pada Oktober lepas, Sultan Muhammad ke-V menarik balik anugerah dan darjah  kebesaran daripada empat individu termasuk gelaran 'Datuk' kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Wan Hashim Wan Daud.
Dua lagi individu adalah kerabat Istana Kelantan iaitu Tengku Mohamed ShafieTengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor.Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai SultanKelantan pada 13 September lalu

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse