Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 31 Mac 2012

GAMBAR TERBARU:PROTON PREVE YANG BAKAL MENEMUI ANDA SELEPAS INI


Salam kepada semua..

KALAU DI LIHAT DENGAN MATA KASAR..MEMANG MENARIK DAN SMART PROTON PREVE KELUARAN TERBARU PROTON INI...

BAGI GOLONGAN MUDA..SUDAH PASTI MENJADI KEGILAAN DAN IMPIAN UNTUK MENDAPATKANNYA...

APA YANG PASTI...BAGI SESIAPA YANG BERMINAT DENGAN KELUARAN TERBARU PROTON INI..BOLEH LAH BELINYA SATU KAN....

SEMOGA LEBIH BANYAK MODAL BARU PROTON YANG SETARAF DENGAN KERETA-KERETA LUAR NEGARA BAKAL KELUAR TIDAK LAMA LAGI...

JANGAN DESIGN SAJA YANG NAMPAK GEMPAK..TETAPI DI HARAP AKSESORI DAN KESELESAAN DAN KESELAMATAN PEMANDUAN KERETA INI TERBAIK LAH KAN..:-)





SITI NURHALIZA TELAH DI RABA OLEH INDIVIDU YANG TIDAK DI KENALI:GAMBAR HOT ITU TELAH TERSEBAR!



KECOH DI MEDIA SEKARANG INI PASAL ISU SITI NURHALIZA INI..
KATANYA DIA TELAH DI RABA OLEH INDIVIDU YANG TIDAK DI KENALI..
KES INI TELAH SELESAI KERANA SUSPEK TELAH DIKENAL PASTI..?
GAMBAR SUSPEK YANG TELAH MERABANYA JUGA TELAH TERSEBAR DI INTERNET...
GAMBAR INI DIKATAN TELAH TERSEBAR DI SELURUH MALAYSIA OLEH BLOGGER...

SEMUA RAKYAT MALAYSIA SILA AMBIL TINDAKAN KEPADA SUSPEK INI..!!!!

HAHAHA....

KALAU TARIAN TIANG KENA DENDA RM 25 JE...INDIVIDU YANG TIDAK DIKENALI YANG MERABA SITI NURHALIZA INI HARUS JUGA DI DENDA...HAHAHAHAHA


P/S:ARTIKEL INI SEKADAR MELEPASKAN TENSION..MAAF YE DATO SITI..:-)..GURAU AJE..:-)
 

JAWATAN KOSONG DI BANK SIMPANAN NASIONAL APRIL 2012

With the establishment of Bank Simpanan Nasional, a new chapter is opened in the history of public saving institutions in the country. Bank Simpanan Nasional Act, 1974 provides for the transfer of the powers of management from the Postal Services Department to the Board of Directors which will assume functions and undertake responsibilities in accordance with the objectives of the Act.
BSN has progressed significantly since as a statutory body under the Ministry of Finance in 1974. To date, BSN’s customer base of 9 million is serviced by 5,000 employees in over 383 branches nationwide. In view of our strategic transformation plans to strengthen and propel BSN to greater heights, we seek committed and talented individuals to fill the following position :-

1. Executive, Occupational Safety & Health

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan : 26 April 2012

RANCANG KEWANGAN ANDA DAN PERLU BIJAK DALAM MELABUR


Tambah nilai harta bersih anda, tanam modal dalam pakej terbaik

MEMBINA kekayaan adalah mengenai penambahan nilai harta bersih anda seperti dibincangkan dalam keluaran lalu. Aset tolak liabiliti sama dengan nilai harta bersih anda, yang mungkin positif (merujuk kepada nilai aset melebihi nilai liabiliti) atau negatif (nilai liabiliti melebihi nilai aset).

Dalam perbincangan kali ini, kita akan bertumpu pada peningkatan aset melalui simpanan dan pelaburan. Matlamat pelaburan anda, apabila menabung secara berterusan, anda perlu membuat keputusan penting mengenai cara melabur wang anda.

Bagaimana berbuat demikian? Mudah saja, langkah pertama untuk melabur secara berhemat adalah dengan menetapkan matlamat pelaburan anda.

Bagaimana menetapkan matlamat pelaburan yang sesuai dengan keperluan anda? Ada pelbagai soalan penting yang perlu difikirkan sebelum keputusan pelaburan dibuat.

Mari kita kaji soalan berikut untuk melihat beberapa isu yang selalu difikirkan


  • Apa matlamat kewangan anda? Kenapa perlu menyimpan dan melabur wang?

  • Berapa jumlah wang yang perlu disimpan dan berapa jumlah wang yang perlu dilabur untuk mencapai matlamat anda?

  • Berapa lama wang perlu disimpan atau dilabur untuk mencapai matlamat itu?

  • Berapa banyak risiko yang sanggup anda tanggung?

  • Berapa banyak pulangan yang dijangka daripada simpanan atau pelaburan anda?

  • Apa yang sanggup anda korbankan demi mencapai matlamat ini? Contohnya, menukar gaya hidup atau tabiat perbelanjaan sedia ada.

    Anda hendaklah bersikap realistik apabila menjawab soalan-soalan itu. Ambil kira sumber pendapatan anda dan fikir bagaimana anda boleh menyimpan dan melabur secara konsisten.

    Matlamat kewangan dan pelaburan anda seharusnya munasabah dan boleh dicapai. Ingatlah untuk menjadikan matlamat kewangan dan pelaburan anda munasabah serta boleh dicapai.

    Kisah Adam

    Dalam siri 12 artikel ini, kita berbincang bagaimana perancangan kewangan boleh menjadi amalan harian apabila kita mengharungi liku dan cabaran berbeza dalam kehidupan kita.

    Berikutan perancangan kewangan adalah suatu bahagian yang penting ketika membesar, setiap orang - tidak kira tua atau muda harus mempunyai pengetahuan asas dalam ilmu kewangan.

    ADAM seorang pemuda budiman yang berasal daripada keluarga sederhana dan memilik tiga adik. Bapanya seorang juruteknik di sebuah syarikat tempatan manakala ibunya pula mengajar di sekolah rendah.

    Adam adalah anak sulung dalam keluarga dengan seorang adik lelaki dan dua adik perempuan yang masih di bangku sekolah. Keluarganya bukanlah kaya tetapi mereka mempunyai semua keperluan asas hidup serta sedikit wang sampingan untuk dibelanjakan ketika percutian sekeluarga.

    Adam dan adik-adiknya bukan selalu dapat menikmati permainan serta alatan terkini canggih. Malah, Adam sering ditegur bapa dengan kata-kata - bukan senang hendak cari wang, rezeki tidak jatuh dari langit tahu?

    Adam baru menamatkan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan sementara menunggu keputusannya, Adam mencari kerja sambilan. Beliau berjaya mendapat kerja sebagai juruwang bank dan dibayar gaji RM800.

    Sebaik menerima gaji pertamanya, separuh daripada gajinya dimasukkannya ke dalam akaun bank. Sebenarnya, tabiat menabung ini dipupuk oleh ayahnya sejak Adam kecil lagi.

    Ayahnya pernah berpesan pada Adam dan adik-beradiknya untuk menabung sebaik saja mereka mula bekerja. Dengan gajinya yang selebihnya, sekali-sekala Adam membawa keluarga keluar menikmati makan malam.

    Dari bulan kedua, Adam mula berfikir untuk merancang belanjawannya. Ini kerana sejak Adam mula bekerja, beliau tidak lagi menerima wang saku daripada ibu bapanya.

    Adam tidak mahu terlalu bergantung pada ibu bapanya. Adam juga tidak mahu membazirkan wang yang diperolehnya dengan titik peluhnya sendiri (sekarang Adam sudah mula sedar mengenai nilai wang!)

    Jadi Adam menyediakan belanjawan berikutnya:

    Pendapatan (RM)
    Gaji bulanan 800
    Perbelanjaan (RM)
    - Makanan 250
    - Pengangkutan 150
    - Pakaian dan hiburan 200
    - Hadiah kepada ibu bapa 10
    - Tabungan 100

    Jumlah 800

    (Untuk kiraan mudah, kita membuat andaian bahawa tidak ada apa-apa potongan berkanun ditolak daripada gajinya)

    Adam menganggap perbelanjaan makanan mencakupi bahagian terbesar daripada perbelanjaannya. Lalu Adam memperuntukkan RM10 setiap hari untuk belanja makanan (purata 25 hari kerja dalam sebulan). Ini cuma untuk makan tengah hari dan snek petang.

    Adam bercadang untuk bersarapan pagi dan makan malam di rumah kerana ini bukan saja menjimatkan belanja malah lebih menyihatkan.

    Adam juga membeli kad perjalanan bulanan berbanding pas harian. Ini kerana ia lebih murah sekiranya penumpang selalu menggunakan pengangkutan awam.

    Dengan perbelanjaan RM135 sebulan, Adam dapat menikmati perjalanan dengan bas awam dan LRT. Adam juga memperuntukkan wang sebanyak RM15 sekiranya beliau perlu menggunakan teksi ketika hari hujan.

    Adam juga mengetepikan sehingga RM200 untuk dirinya bagi perbelanjaan pakaian dan hiburan, seperti menonton wayang di hujung minggu dan sekali-sekala keluar bersama kawan dan keluarga.

    Sebagai seorang anak yang baik, Adam memberikan wang sebanyak RM50 pada kepada kedua-dua ibu dan bapanya dan selebihnya sebanyak RM100 ditabungkan. Selepas bekerja di bank selama enam bulan, Adam mendapat berita bahawa keputusan STPM akan diumumkan. Adam kemudian memaklumkan kepada penyelia bahawa beliau akan berhenti kerja tidak lama lagi kerana ingin melanjutkan pelajaran.

    Pengurusnya juga menawarkan untuk mengambil Adam bekerja secara tetap selepas beliau memperoleh ijazah. Sokongan ini membuat Adam berasa bangga dan kini lebih bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh.

    Sepanjang malam Adam berasa gelisah memikirkan keputusan STPM yang bakal diumumkan pada keesokan harinya. Namun, selepas menatap buku tabungannya, Adam tersenyum kerana berjaya menabung wang hampir RM1,000 (wang yang tidak dibelanjakannya disalurkan kepada tabungan) sepanjang enam bulan bekerja.-AKPK

  • AMARAN BUAT SELURUH PENGGUNA KREDIT KAD:10 JUTA BERHADAPAN RISIKO KESELAMATAN DATA


    BUAT SELURUH PENGGUNA KREDIT KAD..SILA BERHATI-HATI...

    VISA,MASTERCARD DAN DISCOVER SUDAH MENGELUARKAN AMARAN MENGENAI MAKLUMAT PERIBADI MELIBATKAN LEBIH 10 JUTA PEMEGANG KAD TELAH DICEROBOHI DAN BERHADAPAN RISIKO KESELAMATAN DATA....

    BERJUTA-JUTA MAKLUMAT PEMEGANG AKAUN KAD KREDIT INI TELAH DI AKSES OLEH PIHAK KETIGA...

    LONDON - Visa, Mastercard dan Discover memberi amaran maklumat peribadi melibatkan lebih 10 juta pemegang kad telah dicerobohi dan berhadapan dengan risiko keselamatan data.

    Bagaimanapun ketiga-tiga firma itu menegaskan bahawa "tiada pelanggaran" ke atas sistem kendalian mereka, sebaliknya pihak ketiga harus dipersalahkan.

    Laporan msnbc.com berkata, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat perkembangan terbaru ini, yang didakwa satu insiden mencuri data terbesar melibatkan pengguna dari negara itu.
    "MasterCard sedang menyiasat kemungkinan situasi berkompromi dengan data-data akaun (pelanggan), melibatkan sebuah entiti di AS, dan ekoran itu, kami telah mengingatkan pengeluar-pengeluar kad pembayaran berkenaan bahawa beberapa akaun MasterCard berhadapan dengan kemungkinan risiko," kata kenyataan firma itu.

    Pada 2008, Princeton digodam menyebabkan berjuta-juta akaun kad kredit terdedah kepada pengetahuan pihak ketiga.

    Menurut KrebsonSecurity.com, penggodam telah akses kepada sistem pemprosesan data bagi satu tempoh dari 21 Januari hingga 25 Februari lalu.

    Menurut laporan BBC, blog sekuriti KrebsOnSecurity, yang pertama melaporkan perkara itu berkata, sumber-sumber industri percaya lebih 10 juta kad telah diakses oleh pihak tertentu.

    Laporan-laporan juga menyebut kad-kad yang dicuri ditemui di New York.

    Wall Street Journal, yang memetik sumber-sumber keselamatan berkata, firma pemprosesan kad Global Payments adalah antara yang pertama berhadapan dengan masalah sistem keselamatan diceroboh.
    Saham syarikat itu jatuh lebih sembilan peratus semalam.

    Khamis, 29 Mac 2012

    Remove your road tax easily at the end of the year with #MapleCDResource's road tax sticker. No more annoying residue!

    Remove your road tax easily at the end of the year with #MapleCDResource's road tax sticker. No more annoying residue!

    No more sticky residue with a roadtax sticker!

    MAD Deal of the day: Get a set of 3 road tax stickers to prevent leaving stains on the windscreen for RM13 instead of RM20. [35% off]

    Prevent leaving annoying sticky residue on the car windscreen that needs to be scraped off with a knife by using these road tax stickers. Easy to remove means no more cursing while scraping away in an awkward position.

    Get a set of 3 for yourself and your family, and let your friends know. Get rewarded when they buy through your link.

    Try the new Triple Chicken Sensation pizza from #PizzaHutMsia. It’s 3D experience for your taste buds!

    Try the new Triple Chicken Sensation pizza from #PizzaHutMsia. It’s 3D experience for your taste buds!

    3D Experience For Your Taste Buds.

    There are many movies available in 3D, but how about pizza in 3D? Yes! 3D sensation is now available for your taste buds instead of just your eyes. Give your taste buds a 3D treat today!

    Try the new Triple Chicken Sensation from Pizza Hut. Flavourful chicken loaf on a bed of succulent chicken salami, topped with fluffy chicken floss. The best part? You don’t have to wear 3D glasses for this.

    Order a take-out and enjoy 50% off Family Favourite Pizza!

    PROTON PREVE :DRIVE IT TO BELIVE IT!

    Sebelum ini ada kedengaran yang model terbaru Proton dengan kod nama Proton P3-21A bakal diberikan nama Proton Preve. Dan akhirnya hari ini laman Arena Kereta telah berjaya mengeluarkan gambar Proton Preve untuk mengesahkannya. 

    Perbandingan Spesifikasi Proton Preve VS Toyota Vios VS Honda Civic?

    Proton Preve Price Proton PREVE (Sedan)   Nama Sebenar Proton P3 21A!!
    Kredit : Arena Kereta
    Jikalau dibuat perbandingan di antara Proton Preve dengan Toyota Vios dan juga Honda City, tampak Proton Preve berada di kelas tersendiri.  Yang pastiya, harapan kami jika harga Proton Preve ini dapat dikurangkan lagi, ia merupakan bonus kepada pihak Proton juga (daripada aspek membina kepercayaan semula dikalangan pembelinya dan juga aspek pemasaran) di mana peminatnya yang meletakkan harapan yang tinggi sejak bermulanya desas-desus penghasilan Proton Preve ini.
    Cuma bagaimana prestasi sebenarnya, itu kami pulangkan semula kepada anda, anda dan anda semua yang bakal memandu ujinya kelak.
    Apa keistimewaan disebalik nama Proton Preve ini? Sama-sama kita nantikan pengumuman Proton? Atau anda ada maklumat & respon yang mahu dikongsikan di sini?

    FROM:Beritasemasa.com

    Selasa, 27 Mac 2012

    #DiGiWWWOW is back and it bigger and better this time!

    #DiGiWWWOW is back and it bigger and better this time!
     This year, we’re celebrating all the amazing individuals who spark great inspirations on the WorldWideWeb.

    It’s time for you to share your Internet-inspired success story and take your spot amongst the best of the Internet

    Isnin, 26 Mac 2012

    PTPTN DIBATALKAN SERTA MERTA JIKA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH?:CANDU BUAT GOLONGAN MUDA


     salam kepada semua...

    PENULIS SMART GENERATION AGAK TERTARIK DENGAN SATU JANJI DARIPADA PAKATAN RAKYAT BERKENAAN ISU PTPTN...PAKATAN RAKYAT MENJANJIKAN PTPTN AKAN DI BATALKAN SERTA MERTA APABILA MEMERINTAH NANTI..

    NAMUN..ADAKAH KENYATAAN INI SALAH SATU CARA UNTUK MERAIH SOKONGAN DAN MENARIK UNDI GOLONGAN MUDA KEPADA PAKATAN RAKYAT..?...ATAU MEMANG BENAR MAHU DILAKSANAKAN....

    APA YANG PASTI...ISU PTPTN INI ADALAH SALAH SATU CANDU DAN DADAH ISTIMEWA BUAT SETIAP PARTI POLITIK UNTUK MENARIK UNDI GOLONGAN MUDA...

    PARTI MANA YANG MENJUARAI ISU INI PASTI AKAN MENJADI PILIHAN GOLONGAN MUDA..

    BERIKUT ADALAH SATU KENYATAAN VIDEO DARIPADA PENULIS SMART GENERATION MENGENAI ISU PTPTN INI DALAM SESI MEJA BULAT DALAM ASTRO AWANI SEBELUM INI..:-



    PENULIS SMART GENERATION MENYATAKAN SECARA JELAS.JIKA KERAJAAN BARISAN NASIONAL MEMANSUHKAN PTPTN..KERAJAAN BARISAN NASIONAL PASTI AKAN MENANG BESAR PILIHAN RAYA UMUM KE 13.BOLEH LIHAT TERUS PADA MINIT KE 6 VIDEO DI ATAS..



    PORT DICKSON 23 Mac: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibatalkan serta-merta jika Pakatan Rakyat diberi mandat sebagai kerajaan baru Persekutuan pada pilihan raya umum kali ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pembatalan itu katanya selaras dengan agenda Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat seperti digariskan Buku Jingga.
    “Semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang, untung Petronas, lebih RM90 bilion, tapi pelajar kita, baru masuk belajar, sudah berhutang. Belum kerja dah berhutang.
    “Kalau kita diberi mandat memerintah Malaysia, saya beri jaminan, PTPTN akan kita batalkan,” katanya pada majlis ceramah Pakatan Rakyat di Lukut, Negeri Sembilan, 22 Mac lalu.
    Beliau menegaskan, apabila harga minyak turun, secara automatik rakyat mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan.
    “Apa jadi kalau harga minyak turun, pengangkutan awam juga akan turun, harga makan akan turun dan harga barang akan turun.
    “Saya beri jaminan harga minyak boleh diturunkan, saya Menteri Kewangan lapan tahun, saya tahulah caranya,” katanya yang menjawat jawatan itu sejak 1991-1998.
    Beliau turut menempelak Datuk Seri Najib Razak dan Mahathir yang mengatakan pelaksanaan gaji minima akan membankrapkan negara.
    “Kalau tidak mampu laksana gaji minima, sila berundur kerana kami beri jaminan gaji minima RM1,100 akan dilaksana jika kita diberi mandat memerintah. Malaysia ini negara kaya dan ada macam-macam sumber hasil, kita yakin dasar ini boleh dibuat,” tegasnya.
    Beliau memberi contoh Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat bukan sahaja berjanji malah berjaya melaksanakan dasar gaji minima sejak Januari lalu dengan permulaannya kepada syarikat kerajaan negeri.
    Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas dan pimpinan Pakatan Rakyat dari pelbagai peringkat.
    Ceramah yang berlangsung kira-kira tiga jam itu menyaksikan ratusan kenderaan memenuhi perkarangan kawasan tanah lapang itu kira-kira satu kilometer.
    Dua stesyen minyak berhampiran turut menjadi medan tempat meletak kenderaan orang ramai ekoran kawasan sesak dan padat dengan kehadiran ribuan rakyat malam itu.
    Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=28518


    Ahad, 25 Mac 2012

    Looking for a pretty clutch? Try the @hishopmy #Renoma sale, with 60% discounts available!

    Looking for a pretty clutch? Try the @hishopmy #Renoma sale, with 60% discounts available!

    Wallets, clutches and purses are essential accessories to every girl’s wardrobe, so it’s important to find pieces that show off your own unique style. With their stylish and chic, yet affordable range, you’ll definitely find something that catches your eye at Renoma Paris.

    Sabtu, 24 Mac 2012

    BERSIH 3.0 DI DATARAN MERDEKA PADA 28 APRIL 2012:A.SAMAD SAID BAKAL KETUAI..?

    Dataran Merdeka 28 April 2012
    Bersih 3.0 Utk Anak Muda!
    Selamatkan Negara Malaysia!
    Save Malaysia!

    Salam sejahtera kepada semua,
    tidak mengira kita apa agama sekalipun..
    di sini gua ingin menyatakan bahawa
    BERSIH 3.0 akan di adakan pada 28 - 4 - 2012

    bertempat di dataran merdeka, 
    di sinilah bermulanya era kebangkitan..
    di sinilah juga bermulanya era pasca perubahan!
    di sinilah anak anak muda malaysia bakal mencipta sejarah!

    sejarah agung yg tidak akan dapat di lupakan..
    sejarah yg akan memahat nama generasi anak muda masikini
    sebagai pencetus sejarah! pemangkin pembaharuan..
    pemusnah pemerintahan yg zalim dan kejam!


    Pak samad akan mengetuai BERSIH 3.0,
    sasterawan negara, yg banyak berjasa,
    di hormati malah di kenali oleh anak anak muda malaysia!

    yg mana telah jelas SPR tidak mahu berkerjasama dgn rakyat
    utk membersihkan sistem pilihanraya malaysia
    yg sangat kotor lagi jijik sehingga ianya di kenali
    oleh seluruh dunia sebagai salah satu agen BN ini dapat di bersihkan..

    kita sebagai anak anak muda harapan negara malaysia..
    marilah kita sesama kita hasut menghasut kearah kebaikan
    dgn menghasut supaya jutaan anak muda yg teraniaya di luar sana
    turun utk berdemonstrasi kejalanraya sebelum pilihanraya

    ianya penting bagi kita mendidik akal dan fikrah kita 
    sebagai manusia yg punyai hak yg selama ini di nafikan
    hak yg selama ini di perkotak katikan, hak yg di ISA kan..
    oleh pemerintah BN yg sangat angkuh dan mendabik dada..

    utk apa anak anak muda wajib turun kedataran merdaka 
    pada 28 april ini, salah satu sebabnya kerana seorang anak muda
    bakal di penjarakan selama 2 tahun hanya kerana menyebut nama
    menteri yg merogol amah..

    adakah menteri menteri di malaysia ini begitu berkuasa dari rakyat sendiri?

    sedang rakyat dan anak muda yg melantik mereka menjadi pemimpin?
    itu pun dgn segala tipu daya mereka selama 50 tahun utk kekal berkuasa..
    dgn cara menipu undi pos dan menipu segala penipuan undi..
    adakah mereka pernah memikirkan tentang kebajikan kita?

    tidak! 
    tidak sama sekali.. 
    mereka hanya memikirkan diri mereka
    kroni mereka dan keluarga kaum bangsawan mereka..

    apakah anak anak muda masih lagi tidak mahu membuka mata
    dan membuka seluas luasnya pemikiran bersama utk generasi kita?


    yg mana ianya perlu di tamatkan!
    ianya perlu di talkinkan!
    ianya perlu di selamatkan!




    maka dgn itu gua sekali berharap kepada anak muda 
    yg membawa  dan membaca artikal bloger hiway ini supaya..
    bersama kita hasut menghasut dan mempromotekan 
    utk turun pada 28 - 4 - 2012

    di dataran merdeka/tahrir utk membantah pilihanraya negara kita
    yg kotor dan hanyir dan sangat berat sebelah!


    mulai hari ini program hasut menghasut akan bermula!
    sebarkan sebanyak mungkin! hasutlah selagi terdaya!
    utk masa depan generasi anak anak muda malaysia!
    tanggungjawab anak anak muda malaysia bersama!


    ANAK ANAK MUDA MALAYSIA MAMPU MELAKUKANNYA!
    TURUN KEJALANRAYA SEBELUM PILIHANRAYA - Abbs / @tiewnama


    PROJEK HASUT MENGHASUT DI KALANGAN ANAK ANAK MUDA!

    PROJEK ANAK MUDA MALAYSIA MENCIPTA SEJARAH AGUNG!
     PROJEK ANAK MUDA UTK MENCARI SECEBIS KEADILAN!
    PROJEK ANAK MUDA UTK MENYELAMATKAN NEGARA TERCINTA!
    PROJEK YG AKAN DI KENANG HINGGA KE ANAK CUCU..
    PROJEK RAKSASA KEJALANRAYA SEBELUM PILIHANRAYA..
    DAN PROJEK ANAK MUDA UTK MENGUBAH PEMERINTAH YG ADA! 
    DARIPADA BLOG ERA PASCA: BLOG ERA PASCA

    Combine the tea's natural flavours with fruity funky flavours at #CoolBlog. Get 3 for only RM7.50!

    Combine the tea's natural flavours with fruity funky flavours at #CoolBlog. Get 3 for only RM7.50!

    Coolblog is a unique drink which combines the wonderful natural flavours of tea, with a healthy dose of...healthy fruits. Take it on a hot day for that instant satisfying kick!

    KAKITANGAN PERUBATAN WANITA DI TERENGGANU MELAKUKAN SEKS ORAL KEPADA SEORANG REMAJA LELAKI:ANCAMAN ROGOL KEPADA LELAKI MALAYSIA?

     PENULIS SMART GENERATION AGAK TERKEJUT MEMBACA BERITA DARIPADA SINAR HARIAN INI MENGENAI KES SEORANG KAKITANGAN PERUBATAN WANITA DI SEBUAH KLINIK DI TERENGGANU MELAKUKAN SEKS ORAL KEPADA SEORANG PESAKITNYA IAITU REMAJA LELAKI...

    ADAKAH KINI LELAKI JUGA MENJADI MANGSA KEPADA GOLONGAN WANITA...?

    SEKARANG INI DUNIA HANGAT MENGATAKAN BAHAWA LELAKI DI ZIMBABWE MENJADI MANGSA ROGOL KEPADA GOLONGAN WANITA...

    ADAKAH PERKARA YANG SAMA BAKAL BERLAKU DI MALAYSIA..?...

    SEMOGA PERKARA INI TIDAK AKAN BERLAKU...KESIAN KAT REMAJA LELAKI BERKENAAN YANG MENJADI MANGSA GILA SEKS KAKITANGAN PERUBATAN WANITA TERSEBUT....

    APA PANDANGAN ANDA JEJAKA-JEJAKA MALAYA..?

    PAKA – Seorang kakitangan perubatan di salah sebuah klinik dekat sini, dipercayai melakukan seks oral terhadap pesakitnya.
    Kejadian berkenaan dikatakan berlaku beberapa hari lalu di dalam bilik rawatan di klinik terbabit, ketika pesakitnya yang merupakan seorang pelajar lelaki di salah sebuah sekolah menengah berdekatan, datang untuk mendapatkan rawatan setelah mengadu sakit pada bahagian dada.
    Sebaik tiba gilirannya, mangsa dipanggil ke dalam bilik rawatan dan kakitangan perubatan itu melakukan pemeriksaan pada bahagian dada, sebelum mengeluarkan resit agar mangsa mendapatkan ubat.
    Bagaimanapun, pelajar tingkatan empat itu diarahkan masuk semula ke dalam bilik rawatan, sebelum diarah menyelak baju untuk melakukan pemeriksaan semula.
    Mangsa turut diarahkan menanggalkan seluar, sebelum kakitangan perubatan berusia 20-an itu memegang kemaluan pelajar lelaki itu, dan melakukan seks oral selama beberapa minit.
    Selepas itu, pesakit berkenaan yang berasal dari sebuah taman dekat sini diarahkan memakai semula seluarnya dan meninggalkan bilik rawatan itu.
    Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Paka mengenai kejadian itu. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan menerima laporan dan suspek telah ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. – SINAR HARIAN

    Jumaat, 23 Mac 2012

    Khamis, 22 Mac 2012

    Subscribe to the Bagus 5 Pass with your New #HotlinkBagus starter packs for only RM5

    Subscribe to the Bagus 5 Pass with your New #HotlinkBagus starter packs for only RM5

    Life just got Lagi Bagus for you – with the new Hotlink Bagus Starter Pack, you can enjoy more benefits with every top up!

    Hotlink users can now enjoy the best rates on Talk, Text, Surf, IDD and Data Roaming!

    YES! #Agent77 has discovered D.O! Or has he?!

    YES! #Agent77 has discovered D.O! Or has he?!

    Feel like creating your own ending to a story?

    Submit a plot twister to your favourite blogger's storyline and stand the chance to win a Samsung Galaxy Tab 7.7.

    Looking for the broadband plan with most value for money? #P1OnePlan gives you 3 services from RM59 only!

    Looking for the broadband plan with most value for money? #P1OnePlan gives you 3 services from RM59 only!

    Get more value for your money and check out P1's OnePlan so you'll never be without an Internet connection!

    Raja Lawak? Penyanyi&pelakon termasyhur? Itukah impian anda? Begitu juga dgn mereka! Undilah para peserta #bakatJoHaRa segera!

    Raja Lawak? Penyanyi&pelakon termasyhur? Itukah impian anda? Begitu juga dgn mereka! Undilah para peserta #bakatJoHaRa segera!

    Tahukah anda? EraFM telah menganjurkan pertandingan untuk mencungkil bakat-bakat terpendam pendengar mereka dalam bidang seni ini dengan hanya membuat panggilan Live kepada talian EraFM!

    Soalannya, adakah anda sudah mengundi bintang-bintang kegemaran Bakat JoHaRa anda?

    Green and naturally driven! The All-new Honda #JazzHybrid is now on the road.

    Green and naturally driven! The All-new Honda #JazzHybrid is now on the road.

    Wanna be at the grand stand for 2012 Malaysian Grand Prix to experience the thrill? Smell the burning rubber and witness the historic event.

    Go to Malaysia Airlines Facebook page now for more information of the contest. Get your earplugs ready, it is going to be LOUD!

    Experience the thrill of F1 at Sepang with Malaysia Airlines #myA380!

    Experience the thrill of F1 at Sepang with Malaysia Airlines #myA380!

    Wanna be at the grand stand for 2012 Malaysian Grand Prix to experience the thrill? Smell the burning rubber and witness the historic event.

    Go to Malaysia Airlines Facebook page now for more information of the contest. Get your earplugs ready, it is going to be LOUD!

    Take a tour around the Fremantle Prison in #VisitPerth! And tell ur story!

    Take a tour around the Fremantle Prison in #VisitPerth! And tell ur story!

    Get the adrenaline rush going!!

    A concert powered by Superstars @ Twin Towers!

    Nicole Scherzinger, Kelis, Orianthi, Girl’s Generation (SNSD) will be part of those who will sway you into the Formula One Malaysia Grand Prix mood!

    Be a part of TwinTowers@Live 2012 with Malaysia Airlines #myA380!

    Be a part of TwinTowers@Live 2012 with Malaysia Airlines #myA380!

    Get the adrenaline rush going!!

    A concert powered by Superstars @ Twin Towers!

    Nicole Scherzinger, Kelis, Orianthi, Girl’s Generation (SNSD) will be part of those who will sway you into the Formula One Malaysia Grand Prix mood!

    Selasa, 20 Mac 2012

    Guess the song that #hitzSupaHiro messes up correctly and win your share of RM60,000!

    Guess the song that #hitzSupaHiro messes up correctly and win your share of RM60,000!

    Introducing the man behind most of the Hitz.FM announcer’s haircuts, ‘SUPA-HIRO’!

    Can you believe that he thinks that he’s an even greater singer than Bruno Mars, LMFAO & Katy Perry altogether? He also considers himself a ‘chick magnet

    Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2012

    Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan,berpotensi,berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) seperti yang berikut :

    Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP)
    Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
    Mod Kursus : Sepenuh Masa

    KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

    Tarikh Tutup Permohonan : 05 April 2012

    SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2011 ONLINE DAN SMS


    SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2011 ONLINE DAN SMS

    Semakan Keputusan SPM 2011 boleh dibuat, selepas diumum secara rasmi pada 21 Mac 2012 ini. Oleh itu, semua calon SPM 2011 yang ingin mendapatkan keputusan SPM 2011 tersebut, boleh la berbuat demikian di sekolah masing, selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.


    Untuk calon persendirian pula, keputusan SPM 2011 akan dihantar secara pos ke alamat kediaman yang didaftarkan ataupun boleh hubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat semasa mendaftar dahulu.


    Bagi calon SPM 2011, yang ingin membuat Semakan Secara SMS, anda boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888 seperti panduan yang disertakan di sini. Mudah sahaja, hanya perlu taip;


    SPM [No KP] [No Angka Giliran] dan SMS ke 15888

    CONTOH:

    SPM 940209045125 ABC147896321 dan SMS ke 15888


    Calon SPM 2011 juga boleh membuat Semakan Secara Online dengan melayari laman sesawang Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia di www.moe.gov.my. Untuk sebarang bantuan mengenai semakan SPM 2011 ini, calon² boleh menghubungi Talian Bantuan khas, 03-5569 2840 ataupun emel ke careline@15888.my.

    PENULIS SMART GENERATION MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SELURUH ADIK-ADIK YANG BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM SPM 2011 ...JADIKAN KEJAYAAN SPM ADIK-ADIK INI SEBAGAI SATU BATU LONJATAN UNTUK TERUS MELAKAR KEJAYAAN PADA MASA AKAN DATANG....

    BAGI MEREKA YANG TIDAK BERJAYA..JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA...SETIAP KEGAGALAN ITU ADALAH JALAN KEPADA KEJAYAAN....CARILAH PELUANG YANG TERBAIK UNTUK MEMULAKAN MASA DEPAN ANDA...

    TAHNIAH KEPADA SEMUA ADIK-ADIK YANG BERJAYA..:-)

    Ahad, 18 Mac 2012

    MEMBUNUH BASYAR AL-ASAD ADALAH FARDHU AIN KE ATAS SETIAP MUSLIM

    Setiausaha Agung Ikatan Ahlu Sunnah, Dr.Sofwat Hijazi memberikan fatwa supaya Basyar Al-Asad dibunuh bahkan katanya, “Sesiapa yang berpeluang membunuh Basyar tetapi tidak membunuhnya maka dia berdosa.” Hijazi yang juga Ketua Pemegang Amanah Revolusi Mesir itu berkata, “Sesiapa yang dapat membunuh Basyar maka dia akan memperolehi balasan syurga,” katanya dalam pertemuan Khamis lalu anjuran Kesatuan Doktor-Doktor Perubatan dan Ikatan Ahlu Sunnah di bawah tajuk (Peranan Ummah dan Ulama’ Islam Dalam Membantu Syria dan Palestin).

    Kata beliau lagi, “Jika wajah saya tidak dikenali nescaya saya akan pergi membunuhnya (Basyar) dan sesiapa yang mampu membunuhnya maka bunuhlah dia dan aku bertanggungjawab terhadap darahnya.”
    Sofwat Hijazi kemudian menjelaskan bahawa fatwa tersebut bukan dikeluarkan oleh dirinya seorang bahkan ia melibatkan fatwa seratus orang ulama’ dari pelbagai pertubuhan Islam termasuk Ikhwan Muslimin, kumpulan Salafi dan lain-lain seraya menguatkan dengan jelas bahawa “membunuh Basyar merupakan fardhu ain ke atas umat Islam hari ini”.

    BERDOSA BESAR JADI PAK SANGGUP KAHWINI WANITA HAMIL ANAK LUAR NIKAH?

    KUALA LUMPUR: Haram dan berdosa besar bagi lelaki yang mengetahui seorang wanita mengandungkan anak luar nikah jikalau menikahi wanita hamil itu.

    Pernikahan cuma boleh dilangsungkan selepas wanita terbabit melahirkan anak, malah anak yang lahir tidak boleh dibin atau dibintikan lelaki yang menjadi pak sanggup kerana zuriat berkenaan bukan daripada benihnya.

    Dalam Islam, anak yang lahir perlu dibinkan wanita itu sendiri manakala dalam hukum lebih longgar, ia dibolehkan berbin atau binti Abdullah (hamba Allah).

    Pendakwah bebas yang juga Pengarah Urusan Telaga Biru, Dr Zahazan Mohamed, berkata anak berkenaan juga tidak boleh berkahwin dengan lelaki terbabit (pak sanggup) kerana lelaki itu menikahi ibunya.
    “Gadis anak zina adalah mahram dengan bapa tiri tetapi bukan mahram dengan lelaki yang berzina dengan ibunya,” katanya.

    Menurutnya, dalam budaya masyarakat Malaysia, jika seorang wanita hamil anak luar nikah, dia dan teman lelaki yang membuntingkannya dinasihatkan lekas kahwin bagi menutup aib serta menjaga maruah keluarga.
    “Mengikut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anak berusia enam bulan ke bawah ketika dalam kandungan, boleh dibinkan lelaki berkenaan. Ini hukum di sisi manusia bagi menyelamatkan maruah,” katanya.

    Zahazan berkata, hukum di sisi Allah, seorang wanita penzina tidak layak berkahwin melainkan lelaki penzina (ayat 3 surah an-Nur) dan jika wanita itu ingin bertaubat, anak berkenaan dibolehkan berbin atau berbintikan nama wanita terbabit.

    Harian Metro

    Sabtu, 17 Mac 2012

    ISU GAJI AMAH:GAJI MINIMUM RM 5000 SEBULAN KEPADA PEMBANTU RUMAH DI MALAYSIA ADALAH SELAYAKNYA


    salam kepada semua...


    PENULIS SMART GENERATION TERPANGGIL UNTUK MEMBINCANGKAN ISU TERBARU BERHUBUNG GAJI MINIMUM PEMBANTU RUMAH INDONESIA ATAUPUN LEBIH DIKENAILI SEBAGAI AMAH DENGAN SKOP KHUSUS PEKERJAAN...

    APAKAH PERKARA INI DI LIHAT SEBGAI SATU PERTIKAIAN ATAU SATU PERKARA SEPATUTNYA YANG DI BAYAR..

    MUNGKIN KITA RAKYAT MALAYSIA TIDAK BERPUAS HATI  DENGAN PERKARA INI KERANA KITA MENGANGGAP BAHAWA TIDAK PERLU KELEBIHAN DIBERIKAN KEPADA AMAH INDONESIA INI...NAMUN APA YANG PASTI..KITA PASTI MENYOKONG JIKA GAJI SEDEMIKIAN DI BAYAR KEPADA WARGA TEMPATAN YANG MENJADI PEMBANTU RUMAH...

    KALAU GAJINYA BEGINI...BERILAH PELUANG KEPADA RAKYAT TEMPATAN UNTUK MENJADI PEMBANTU RUMAH DI MALAYSIA BAGI MENGURANGKAN KEDAR PENGANGGURAN DAN KEMISKINAN DI NEGARA INI..DARIPADA KITA MEMBAYAR GAJI SEBESAR INI KEPADA RAKYAT LUAR..



    Indonesia mula melatih pembantu rumah untuk dihantar ke Malaysia yang hanya akan melakukan satu tugas khusus sama ada tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah dengan gaji minimum RM700 sebulan.

    Berdasar peraturan itu, jika seorang pembantu rumah diambil untuk menjadi tukang masak, dia akan hanya menjalankan tugas memasak serta tugas berkaitan sebagai tukang masak dan tidak melakukan tugas lain seperti mengasuh bayi.

    Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman, berkata ia adalah antara persetujuan yang dicapai dalam pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta majikan Malaysia.



    Renungilah seketika iklan contoh ini. 
     
    JAWATAN KOSONG
    Pembantu Rumah
    Syarat memohon: Wanita warga Indonesia
    Kelayakan: Sihat, rajin, tabah & sabar
    Gaji pokok: RM450-RM600
    Elaun:Tiada –
    OT (bayaran kerja lebih masa): Tiada –
    Bonus/insentif/caruman tabung pekerja:Tiada –
    Insuran kesihatan: – Tiada –
    Makan minum: Disediakan
    Penginapan: Disediakan
    Waktu kerja: 6 pagi-8 malam
    Jangka kerja: 30 hari sebulan
    Kerja asas: Membersih & mengemas rumah, membasuh kain, memasak dan membuat kerja-kerja dapur, menjaga kanak-kanak
    Kerja sampingan (ikut situasi): Menjaga orang uzur, berkebun, mencuci kereta, dll
    Cuti awam:Tiada –
    Cuti tahunan:Tiada –
    Faedah lain: Tiada –
    Jika berminat, sila hubungi 'Pembaca Akhbar The Star '.

     

    Gaji RM450-RM600 ditawarkan agak tidak setimpal dengan kerja membanting tulang yang dikerah kepada Minah Indon. Memandangkan demikian, saya terpanggil untuk mengkaji semula apakah gaji berpatutan yang secara realistiknya mencerminkan nilai usaha seorang pembantu rumah itu. Mengikut kiraan kasar saya, RM5,925 lebih bertepatan. [Sila lihat Appendix I di bawah]
    Sudah beruntung seorang majikan mendapat pekerja patuh yang tidak mengenal penat lelah serta tidak memerlukan istirehat. Sebenarnya pembantu rumah bersifat serba boleh (multi-tasking) serta ada pelbagai kemahiran (versatile). Namun kelebihan-kelebihan ini masih belum mencukupi bagi sesetengah majikan yang inginkan pembantu rumah ala robot – maka ditegah mereka si Minah Indon berpacaran atau bergaul/beriadah bersama rakan-rakan, atau berborak di telefon sekalipun.
    Ikuti luahan hati para pembaca suratkhabar The Star baru-baru ini (yang saya petik di bawah).
    The Star telah menjalankan tinjauan pendapat sms/perkhidmatan pesanan r ingkas yang mengemukakan soalan berbentuk, haruskah pembantu rumah Indon diberi cuti sehari?
    Pungutan suara Star pada Jun 18 lepas menunjukkan 76.1% peratus daripada 769 sms yang diterima menyatakan tidak perlu ada hari rehat wajib. Atau sekiranya ditanya empat orang, tiga menjawab, 'Pembantu rumah tak payah bagi dia cuti sehari'.
    Maklumbalas kepada akhbar tersebut sedikit sebanyak mengarcakan corak pemikiran di kalangan pembaca Star dan wartawannya .

    Keratan-keratan akhbar Star
    PETIKAN A
    Sepucuk surat kepada pengarang (The Star, Jun 23): The maids are capable of bringing in their boyfriends when employers are not around. They may steal from their employers or even murder them.???
    Penulis surat yang menggelarkan dirinya 'Irritated' ialah seorang ibu berkerjaya, beralamat di Shah Alam. Beliau mencadangkan: “I believe I have a better idea. Build longhouses for them so that they can work for us from 6am to 8pm and then they can even build their families here.???
    PETIKAN B
    Surat kepada pengarang: (The Star, Jun 19) I feel that by giving a weekly day-off to the maid will expose them to unwanted activities such as dating boyfriends and bringing guys back when the bosses are at work.???
    Penulis surat, Noora Mat Rifin dari Kuala Lumpur juga berkata: Simple things like do not let the child pick up food from the floor and eat it has to be repeatedly told before they understand. They are not properly trained to manage a child.???
    PETIKAN C
    Seorang suri rumah Puan Azizah ditemubual oleh Star pada Jun 18. Puan Azizah memberitahu khalayak bahawa pembantu rumah yang digajinya sudah bersama keluarga beliau selama 13 tahun dan tidak pernah pun meminta cuti malah kelihatan cukup gembira untuk bekerja sepanjang masa.
    Where will they go on their own if they get an off day???? tanya Puan Azizah.
    PETIKAN D
    Seorang 'Good employer' menghantar sms berikut kepada The Star (Jun 18): Will d govt give d employer a surety that d maids won’t mk friends on their day-off n opt 2 run away. Coz mine did.???
    (Terjemahan: Adakah kerajaan sanggup memberi jaminan bahawa pembantu-pembantu rumah ini tidak akan bergaul dengan rakan-rakan pada hari cuti mereka, lantas terus menghilang. Pembantu rumah saya udah melarikan diri.)
    Tambah Good Employer lagi:If ministry wants 2 give compulsory day-off 4 maids, then also mk it compulsory for them 2 pay 4 their food and lodging. Dont burden d employer.???
    (Sekiranya Kementerian [Sumber Manusia] mengkehendaki pembantu rumah diberikan hari rehat, maka sarankan juga supaya para pembantu rumah ini membayar sendiri kos makan minum serta sewa bilik mereka. Jangan bebankan majikan.)

    PETIKAN E
    Pada Jun 21, Sunday Star menyiarkan rencana bertajuk 'Indon maids better off than local blue collar workers' dalam ruangan 'Fokus' akhbar itu.

    Wartawan Star tersebut menulis: For a local working in a factory, a room could cost RM200 (and that’s in cheaper lodgings), a month’s food bill could easily cost RM300 or more, soap, toothpaste, toiletries and clothes could come up to another RM100 or so. If an employer provides a maid all of that plus a RM500 salary, her wage would actually come up to about RM1,100. That’s more than some SPM-qualified Malaysians earn.???

    PETIKAN F
    Ketua pengarang kumpulan Star Datuk Seri Wong Chun Wai menulis:It is easy for some self-appointed do-gooders to be critical of Malaysian employers, portraying them as having little respect for human rights. But what about the rights of long-suffering employers???? (Jun 21)

    Wong turut menggesa supaya kita menimbang isu ini tanpa berat sebelah: “From sexually transmitted diseases to eloping with Indonesian construction workers to sex romps in the employers’ rooms, there is no end to such stories if the Indonesian press cares to do balanced reporting.???

    * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
    Nampaknya tidak terlintas fikiran sesetengah orang Malaysia bahawa Minah Indon pun ada hati dan perasaan. Pihak majikanlah yang sering merungut tentang 'janji temu', 'pacar', 'penyakit kelamin' dan 'sex romps' … siapa yang obses sangat ni?!

    Saya sedikit hairan juga kenapa Wong Chun Wai mahu mengungkit perkara memelihara hak-hak majikan – pihak yang digambarkannya sebagai tertekan dan menderita (long-suffering employers). Walhal tak pernah pun saya dengar cerita pembantu rumah di Malaysia diheret ke mahkamah kerana dituduh mendera puan rumah.

    Saya lebih hairan apabila majikan seolah-olahnya mudah percaya bahawa Minah Indon memiliki sahsiah yang begitu buruk, dan dengan itu perlu dikawal rapi setiap saat. Namun begitu, majikan nampaknya masih lagi mengharapkan si pembantu rumah itu mengasuh anak-anak mereka ... peliknya.

    APPENDIX I

    NILAI SUMBANGAN PEMBANTU RUMAH
    (Anggaran kasar)

    Wartawan Star tadi [rujuk Petikan E] menyimpulkan bahawa seorang pembantu rumah sudah cukup bernasib baik sebab mampu berjimat. Tanpa perlu menampung perbelanjaan seharian ataupun membiayai kos hidup, Minah Indon boleh menabung sampai RM500 sebulan, wartawan tersebut menghujah.
    Tapi cuba kita bandingkan gaji kerja khusus dalam sesuatu bidang.
    • Mengikut harga pasaran, gaji seorang tukang masak (junior chef) lebih kurang RM2,000
    • Pembantu dapur punya kerja lain, pencuci pingggan lain, pelayan lain pula – masing-masing tertakluk kepada skala gaji berbeza serta dapat kongsi kutipan 'tip'. Akan tetapi seorang pembantu rumah merangkumi kesemuanya sekali.
    • Caj servis membersih rumah (agensi 'Rent-a-maid') adalah lebih kurang RM50-RM60 satu sesi 2-4 jam. Sebulan: RM50 x 30 hari = RM1,500
    • Gaji pekerja di kedai dobi RM800- RM1,200
    • Gaji pangasuh (babysitter) RM500-RM1,000
    • Yuran taska (nursery) RM150-RM500. Kalau tabika ternama, ada yang mencecah RM1,000.
    • Bayaran bagi pusat penjagaan orang berusia/uzur (nursing home) RM1,000-RM1,500
    • Kos cuci kereta paling kurang RM10. Ianya lagi mahal kalau kereta bersaiz besar/MPV/SUV, dan minta divakum serta dibuat 'wax & polish' sekali; x 30 hari
    • Kos kerja-kerja lain seperti berkebun, mencuci longkang, mengurut dan kerja luar rumah (misalnya membantu di kedai atau di gerai) sukar dianggarkan.
    Lantaran, seorang pembantu rumah patut dibayar gaji sebulan sekurang-kurangnya RM1,500 (kemas rumah) + RM1,400 (masak/kerja dapur & basuh baju/seterika-lipat kain) + RM800 (jaga kanak-kanak dua orang) + RM350 (cuci kereta) = RM4,050

    Maka gajinya sehari ialah RM135 dan gaji sejam RM15.88 (atas andaian satu 'working day' = 8.5 jam) Kalau pembantu rumah bekerja 12 jam sehari (8 pagi-8 ptg), maka ini bermaksud kerja lebih waktunya ialah 3.5 jam sehari. Jadi jumlah 'overtime' bulanannya RM1,445 (itupun kadar biasa, bukan kadar OT; x 26 hari).

    Kerja Ahad dapat triple pay +RM1,080

    Dijumlahkan semua = RM6,575. Andaikan majikan tolak kos sewa bilik RM250, makan minum RM300, barang keperluan harian (sabun, ubat gigi dan sebagainya) RM100, maka gaji bersih pembantu rumah seelok-eloknya RM5,925

    Maklumlah sekarang ini ekonomi gawat, jadi kita beri sahaja rebat. Diskaun 15% = RM888, hatta gaji seorang pembantu rumah sewajar-wajarnya RM5,037

     

    KERETA FERRARI TERBAKAR DI LEBUHRAYA MALAYSIA

    GAMBAR FERRARI TERBAKAR
    SEREMBAN – Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Kilometer 28.2, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin, dekat sini, pagi tadi.
    Bagaimanapun, pemandunya, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 50-an terselamat selepas dia sempat keluar sebelum api menjilat keseluruhan kereta berkenaan.
    Difahamkan lelaki itu, yang dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah lain, sedang dalam perjalanan menghala ke Seremban bertindak memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan apabila mendapati keretanya terbakar.

    GAMBAR FERRARI TERBAKAR
    Sepasukan lima anggota bomba bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran itu sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.21 pagi.
    Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Jayagaren Jaganatha Thevar berkata sejurus tiba lapan minit kemudian, pihaknya mendapati api sudah marak dan memusnahkan keseluruhan kereta Ferrari berkenaan.
    Beliau berkata bomba berjaya mengawal kebakaran kereta mewah itu dalam tempoh beberapa minit.
    “Pemeriksaan lanjut mendapati kira-kira 90 peratus struktur kereta itu musnah dan pemandunya terselamat. Siasatan lanjut masih dijalankan terutama untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.- Bernama

    Record that moment when little baby goes gaga (not Lady!!). Look back in time and remember those moments with #NZTSaujana

    Record that moment when little baby goes gaga (not Lady!!). Look back in time and remember those moments with #NZTSaujana

    Document your baby's first steps!

    MAD Deal of the day: Get a record book for your baby's first year, for RM37.50 instead of RM49.95. [25% off]

    Imagine if your little kiddo, all grown up and asks you "what were my first words?" and you hesitate? Or that time when your spouse asks you for kiddo's first birthday photos, and you realise you haven't seen them in years?

    Store all these precious memories in Baby's First Year Record Book, where you can look back in time some day and remember what a cutie your newborn bundle of joy was.

    Buy this record book for your friends, or get them to buy through your link and be rewarded.

    Add some sparkle to your life with Love Soni Jewelry!

    Shop away for accessories at #lovesoni @hishopmy for up to 70% off!

    Add some sparkle to your life with Love Soni Jewelry!

    HiShop Deal: Add some sparkle to your life with Love Soni Jewellery for up to 70% off from HiShop!

    Love Soni Jewellery is inspired by the mantra 'live to love, love to sparkle', and it’s reflected in the wide range of jewellery they offer. From dainty lockets and exquisite earrings to chunky statement bracelets and rings, Love Soni has got it all.

    Snag yourselves some pretty pieces from Love Soni Jewellery with the sale of up to 70% off from HiShop, and spread the word to your friends too so you get rewarded when they buy through your link!

    Jumaat, 16 Mac 2012

    Get ur cameras ready 4 de @FordRangerMY & snap some #RangersPic to stand a chance to win exclusive merchandises!

    Get ur cameras ready 4 de @FordRangerMY & snap some #RangersPic to stand a chance to win exclusive merchandises!

    campaign image

    Calling All Rangers!

    Have you met a Ford Ranger that is all powerful and rewarding at the same time?

    Feel the power whilst winning exclusive Ford Merchandise. All you need to do is snap a picture when you spot an All-New Ford Ranger.

    Big Hint - these high powered Rangers can be found at road shows all around Malaysia!

    Tag in @FordRangerMY & #RangersPic and you stand a chance to win all kinds of Ford goodies!

    If u haven’t already heard, Samsung is offering u d chance to be part of LMFAO’s #PartyRockinKL entourage. Find out how!

    If u haven’t already heard, Samsung is offering u d chance to be part of LMFAO’s #PartyRockinKL entourage. Find out how!

    campaign image

    Wiggle, wiggle, wiggle as part of LMFAO’s KL entourage!

    Want to win LMFAO concert tickets and hang out with them too?

    Submit a video online through the Goreng Krew online video contest and you could stand the chance to be a part of the LMFAO entourage in KL.

    It's simple; all you have to do in the video is show everybody what you think Red Foo would be like in a Malaysian setting.

    Shuffle away now, don't miss this opportunity!
     

    CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

    Powered by 123ContactForm | Report abuse