Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 6 Disember 2010

PELACUR UNIVERSITI (IPTA/IPTS)

Salam kepada semua...

Penulis Smart Generation sekadar mahu memberikan pandangan bahawa Pelacuran dikalangan Warga IPTA ini mungkin berlaku tertutama mereka yang hidup dalam kesempitan dan kemiskinan.Mereka mahu hidup dalam kemewahan seperti rakan-rakan mereka yang lain menjadikan punca mereka terjebak dengan aktiviti tidak bermoral seperti ini.Kos pengajian yang terlalu tinggi atas sebab desakan hidup mereka terpaksa melakukan perkara ini.Namun,tidak dinafikan terdapat segelintir yang sengaja suka-suka menawarkan diri sebagai Pelcaur atas dasar keseronokan.Kerajaan harus memandang serius perkara yang berlaku ini dan membuat kajian dan penilaian semula berkenaan Yuran Pengajian dan Kos sara hidup yang tinggi di IPTA.

Berikut merupakan Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi berhubung dakwaan ini.:-

Kementerian Pengajian Tinggi hari ini meminta polis dan agensi penguatkuasa lain supaya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terbabit dalam kegiatan pelacuran.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata dipercayai mereka yang terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu hanya segelintir sahaja daripada kira-kira sejuta pelajar yang berada di IPT.Katanya, kegiatan pelacuran merupakan perbuatan yang menyalahi undang-undang tetapi kementerian dan pihak universiti tidak mempunyai badan penguatkuasa untuk menyiasat pergerakan pelajar dan juga mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kolej Komuniti Teluk Intan bernilai RM15 juta di sini hari ini, beliau berkata pihak berkuasa yang bertanggungjawab perlu bertindak tegas membanteras kegiatan itu."Kementerian dan pihak universiti hanya boleh memberi khidmat kaunseling untuk mencari punca kenapa mereka terjebak dalam kegiatan pelacuran,” katanya sambil menambah bahawa sehingga kini, kementerian belum menerima laporan yang membabitkan pelajar IPT dikenakan tindakan undang-undang kerana terbabit dalam kegiatan pelacuran.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang mendakwa ada pelajar IPT di Sabah yang terpaksa menjadi pelacur bagi membiayai kos pengajian mereka seperti yang didakwa Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (Upko), Dr Jaina Sintian, Khamis lepas. - Bernama

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse