Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 19 Disember 2010

LOJI KUASA NUKLEAR DI MALAYSIA




salam kepada semua...

Malaysia bakal  mempunyai Loji Nuklear pada tahun 2021 dan 2022.Dua loji kuasa nuklear yang masing-masing akan menjana 1,000 megawat sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga.Nampaknya Malaysia akan berhadapan dengan satu lagi cabaran besar apabila mempunyai Loji Nuklear ini.Tidak adakah lagi Alternatif lain yang bersifat mesra alam untuk menjanakan tenaga selain daripada Loji Nuklear ini.Kesan pembinaan Loji Nuklear ini serta penyebaran Radioaktif akan menyebabkan Malaysia akan berhadapan dengan pelbagai ancaman penyakit Genetik.Adakah Malaysia sudah bersedia sepenuhnya untuk menjanakan tenaga ini serta bersedia untuk berhadapan dan menghadapi dengan setiap risiko yang berlaku nanti.?.Mungkin Amerika akan mengatakan bahawa Pembinaan Loji Nuklear di Malaysia ni sebagai satu alternatif untuk mencipta Bom Nuklear kan>Mampukah Malaysia nak cipta Bom Nuklear ni?..Apa pun kita mengharapkan kerajaan meneliti segala aspek sebelum memulakan rancangan pembinaan Tenaga Nuklear ini.

Berikut merupakan kenyataan penuh mengenai perkara ini:-

Malaysia merancang untuk membina dua loji kuasa nuklear yang masing-masing akan menjana 1,000 megawat sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga.
Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021 manakala loji kedua, setahun kemudian. 

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin berkata, kerajaan akan mengambil perunding antarabangsa untuk menilai lokasi dan keperluan membina loji berkenaan.Sementara itu, lebih banyak program kesedaran dan pendidikan akan dijalankan bagi memaklumkan kepada rakyat tentang keperluan sedemikian. 

"Diharapkan, menjelang 2013 atau 2014, kami akan dapat menyiapkan penilaian ini. Tentang penawaran tender, kami berharap ia dapat dilakukan menjelang 2016," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara.
Beliau berkata, Malaysia amat bergantung kepada gas dan arang batu bagi bekalan elektriknya kerana memang menjadi dasar kerajaan untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil. – Bernama


Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse