Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 28 Disember 2010

SEKTOR PEMBINAAN AKAN RANCAK PADA TAHUN 2011



salam kepada semua...

Sektor pembinaan negara dijangkakan akan rancak bagi tahun 2011 setelah pembentangan bajet 2011 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.Banyak projek mega akan dijalankan bagi tahun 2011 bagi memastikan Pembangunan di Malaysia semakin maju demi memastikan negara mencapai hasrat Ekonomi Berpendapatan Tinggi menjelang tahun 2020.sebanyak 53 projek kerjasama awam-swasta (PPP) bernilai RM63 bilion diumumkan dalam RMKe-10, yang mana pelaksanaannya dijangkakan meraih momentum tahun depan.projek mega kembali dalam senario dipacu pelaksanaan pelbagai projek dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) serta menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP).Menerusi ETP pula,, inisiatif Greater KL saja boleh menampung kontraktor tempatan untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.
Ia merangkumi projek sistem transit rapid (MRT) yang bernilai RM36 bilion, pembinaan tujuh lebuh raya bertol bernilai RM19 bilion, pembangunan tanah seluas 1,320 hektar milik Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh bernilai RM10 bilion dan dua loji penjanaan kuasa arang batu bernilai RM7 bilion.Sektor pembinaan juga meraih manfaat terbesar dalam Bajet 2011, dengan kejutan terbesar daripada projek Menara Warisan Merdeka bernilai RM5 bilion, manakala pembangunan empat koridor, termasuk Greater KL juga mendapat peruntukan sebanyak RM853 juta.

Setakat ini, katanya, projek bernilai lebih RM4 bilion sudah diberikan kepada kontraktor tempatan, antaranya pakej II pembinaan lapangan terbang tambang murah (LCCT) yang dianugerahkan kepada Gadang bernilai RM291 juta; Kompleks Bersepadu LCCT kepada WCT (RM486 juta); Empangan Hulu Terengganu kepada Loh & Loh-Sinohydro (RM828 juta); dan Empangan Paya Beda kepada JAKS (RM333 juta).
IJM pula dianugerah tiga kontrak iaitu projek penambahan lebuh raya Besraya (RM600 juta); jalan akses Empangan Murum (RM247 juta); dan Lebuh Raya Batu Kawan untuk Jambatan Pulau Pinang Kedua (RM350 juta).

MIDF Investment Research menjangkakan lebih banyak projek akan dianugerahkan pada 2011, termasuk baki pakej pembinaan LCCT baru, laluan tambahan LRT (Kelana Jaya) dan kerja huluan projek air mentah Pahang-Selangor, selain beberapa kerja infrastruktur di Sarawak.Selain itu, katanya, ia adalah tahun pilihan raya di Sarawak dan kebiasaannya saham syarikat berkaitan pembinaan akan mencatat prestasi memberangsangkan, sementara Kerajaan Pusat memberikan tumpuan di negeri itu dengan memberi habuan kerana sokongan padu rakyat negeri itu pada pilihan raya umum sebelum ini.Antara projek infrastruktur di Sarawak ialah pembinaan jalan raya, pelabuhan, serta koridor ekonomi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak.

Penulis Smart Generation mengharapkan pembangunan yang dijalankan ini seiring dengan usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat terus terbela dan terpelihara.Kerajaan seharusnya memastikan sifar kemiskinan tegar di Malaysia dan memastikan keselesaan dan keyakinan rakyat terutama dalam pertumbuhan ekonomi.Diharapkan Projek-projek yang akan dijalankan ini akan dapat di siapkan dalam masa yang telah ditetapkan serta tidak berlaku kontraktor yang menipu dan rasuah sehingga Projek-projek ini akan terbengkalai dan jelas akan merugikan negara.Semoga kontraktor yang di pilih benar-benar dapat memastikan bahawa Projek pembangunan ini dapat di siapkan dalam masa yang telah ditetapkan...

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse