Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 12 Disember 2010

FACEBOOK BAKAL MENGUASAI DUNIA

salam kepada semua...

Pada hari ini Penulis Smart Generation mahu berkongsi sedikit maklumat mengenai facebook yang kini hampir mendominasi medium internet di seluruh dunia.Siapa yang tak tahu medium perhubungan sosial yang paling terkenal ini yang di asaskan oleh Mark Zuckerberg bekas pelajar Harvard University ini yang kini bergelar jutawan.Nampaknya Facebook ini bakal menguasai dunia dan segala maklumat mengenai ahli facebook ini sudah tentu di simpan dan diperhatikan oleh mereka yang mengawal akaun Facebook ini.Nampaknya facebook bakal menguasai dunia dan harus di ingat bahawa pengasas facebook ini berketurunan yahudi.Mungkin ini merupakan salah satu senjata terkuat mereka untuk mendominasi dunia...

berikut merupakan sumber artikel berkaitan Facebook hampir menguasai dunia:-

Jun 2009, ada 17 media sosial di seluruh dunia. Facebook adalah salah satu yang terbesar, namun belum mendominasi. Desember 2010, beberapa media sosial tumbang dikalahkan Facebook.

Vincenzo Cosenza yang melakukan penelitian populariti media sosial sejak Jun 2009 sehingga Desember 2010. Dengan Alexa dan Google Trends, Cosenza menemui Facebook telah hampir menguasai dunia.

Mashable juga menyatakan Facebook pada Jun 2009 mendominasi media sosial di Amerika Syarikat, Britain dan Australia. Desember 2010, Facebook telah mengalahkan Orkut di India dan juga beberapa negara di Amerika Latin.

Friendster yang pada Jun 2009 masih mendominasi di Filipina, namun terus diasak Facebook. Juga Hi5 yang popular di Thailand dan Portugal akhirnya dikalahkan Facebook.

Namun, sejumlah media sosial selain Facebook masih dominan di beberapa negara. Di Rusia, pemain utama adalah V. Kontakte. Orkut juga masih kuat di Brazil. Sementara di China dengan QZone. Cosenza menyatakan, ada 10 media sosial lain yang belum dikalahkan Facebook di beberapa negara.



Sumber :Vivanews
Berikut merupakan sedikit maklumat mengenai Facebook ini:-
Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan daripada sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD 1.5 billion.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

maaf..pembetulan fakta, bukan universiti Oxford..tetapi Harvard..Harap maklum..Sekian..

asri berkata...

terima kasih ats makluman...asri dah tukar..thanks ye..:-)

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse