Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 18 Disember 2010

TENGKU MAHKOTA PAHANG DIMASUKKAN KE HOSPITAL



salam kepada semua...

Penulis Smart Generation mendoakan supaya Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah akan sentiasa sihat dan berada di bawah lindungan dan rahmat Allah s.w.t.Penulis Smart Generation mendapat Khabar bahawa Tengku Mahkota Pahang di masukkan ke Hospitale Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan Jumaat lalu akibat pendarahan hidung, berada dalam keadaan stabil.Bernama memetik Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sehingga hari ini, Tengku Abdullah masih menerima rawatan di Wad Diraja hospital berkenaan.Beliau berkata baginda tidak perlu dibedah namun memerlukan rehat yang cukup sebelum memulakan sebarang tugas rasmi dan harian. ."Saya dimaklumkan oleh Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Rosnah Ismail bahawa baginda dimasukkan ke HTAA selepas mengadu berlaku pendarahan di hidungnya Jumaat lalu, walau bagaimanapun, baginda kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapatkan rawatan," katanya kepada pemberita selepas program bersepadu memperkasakan komuniti di Felda Lurah Bilut di Bentong hari ini. Liow yang akan menziarahi Tengku Abdullah esok, berkata pendarahan itu mungkin berlaku disebabkan kesibukan dan jadual tugasan padat baginda, termasuk di luar negara.Khamis lalu, ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) di Pekan, Tengku Abdullah memaklumkan pemberita bahawa hidung baginda berdarah semasa berada di Guangzhou, China. Baginda turut memaklumkan keadaan itu berlaku mungkin disebabkan perubahan cuaca di sana.

MARILAH SELURUH RAKYAT PAHANG MENDOAKAN KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN BUAT TENGKU MAHKOTA PAHANG. 

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse