Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 22 Disember 2010

10 JANJI PAKATAN RAKYAT JIKA MEMERINTAH MALAYSIA!


Salam kepada semua...

Penulis Smart Generation membawakan kepada anda 10 perkara asas yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat jika berjaya menawan Putrajaya.10 perkara asas ini merupakan agenda terpenting yang akan di lakukan oleh Pakatan Rakyat jika berjaya merampas Kerajaan daripada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.Adakah Pakatan Rakyat berjaya untuk menyakinkan kepada Rakyat 10 perkara Asas yang mereka war-warkan ini akan mendapat sokongan dan kepercayaan daripada rakyat atau sekadar janji manis Politik untuk mendapatkan Tahkta kekuasaan?
Berikut merupakan 10 perkara Asas yang dinyatakan:-

1.Perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek..

2.Menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata merupakan akta zalim dan tidak menepati kehendak Islam

3.Menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

4.Dasar media dengan memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat.

5.Memberikan keutamaan kepada kebajikan kepada warga emas, iaitu dengan menaikkan kadar bantuan kepada golongan warga emas kepada kadar yang boleh melegakan kehidupan mereka berbanding kadar sekarang yang tidak seberapa

6.Memperkenalkan dasar kemudahan kebajikan WiFi kepada seluruh rakyat negara ini secara percuma, bagi membolehkan orang ramai mengakses internet dengan lebih mudah.

7.Mempertingkatkan pendapatan seisi rumah sebanyak RM4,000 sebulan.

8.Memperkukuhkan institusi agama selaras dengan artikel 3 Perlembagaan Persekutuan,

9.Memperbanyakkan dialog-dialog agama bagi mewujudkan persefahaman dan mengelakkan ketegangan agama di antara pelbagai penganut agama di negara ini.

10.Menjadikan polis, SPRM dan SPR sebagai badan yang betul-betul bebas dan tidak berpihak kepada sebarang pihak,

4 ulasan:

Areyoudys berkata...

as salam..
janji..
tak pasti akan dikotakan atau tidak.
wallahu'alam.

Gripen berkata...

itu umno...
u help me,i help u...
pastu hilang lesap...

acap de souza berkata...

blum cuba blum tahu...kna bagi pluang utk melakukan baru tau keberkesanannya...
ni tak..blum2 lg dh ckp PR x boleh mentadbir kononnya sehebat BN..

Belalang hijau Perisik berkata...

semoga janji x tggl janji bila berjaya nanti...

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse