Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 15 Disember 2010

TWITTER DIGODAM



salam kepada semua...

Penggodam Komputer nampaknya telah memulakan serangan siber mereka.Terbaru laman sosial twitter telah diserang dengan menggunakan lebih 1.3 juta kata laluan yang dicuri daripada laman web media, Gawker.
Penggodam-penggodam tersebut menggunakan kata laluan yang dicuri untuk menceroboh ke dalam beribu-ribu akaun pengguna Twitter.Mereka kemudian menghantar mesej sampah promosi minuman buah beri dari akaun-akaun yang digodam itu.Mengulas mengenai serangan siber itu, Twitter menyatakan, pengguna- pengguna yang menggunakan kata laluan untuk laman web Gawker dan Twitter yang sama atau akaun perbankan internet berisiko terkena serangan tersebut.Bilangan sebenar akaun Twitter yang digodam
tidak dapat dipastikan tetapi dalam masa beberapa jam sahaja, beratus-ratus ribu daripada sejumlah 175 juta akaun Twitter telah menyebarkan mesej sampah itu.Motif serangan tersebut mungkin disebabkan laman web Gawker kerap mengkritik sebuah kumpulan penggodam komputer yang dikenali sebagai 4Chan. – Agensi
 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut