Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 21 Disember 2010

LAMAN WEB SARAWAK REPORT DIGODAM!


Salam kepada semua...

Terbaru satu lagi Laman Web di Malaysia telah digodam iaitu Laman Web Sarawak Report iaitu satu laman Web yang mendedahkan kekayaan yang di miliki oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Tan Sri Taib Mahmud.
Menurut salah seorang editor Laman Web ini mereka telah menerima bertalu-talu emel ancaman bunuh jika meneruskan lagi pendedahan dalam Laman Web ini..

Lamanweb ini mendakwa mereka menjadi mangsa serangan 'edaran penolakan perkhidmatan (DDOS), yang mengarahkan laluan besar ke lamanweb tersebut supaya tidak dapat diakses.Tindakan mematikan Laman Web ini dengan menggunakan Hits yang banyak bukan merupakan sesuatu yang mudah,malahan memerlukan kos yang tinggi..
 
Sememangnya sekarang ini beberapa Laman Web di Malaysia telah di godam terutama Laman Web yang banyak menyiarkan artikel dan maklumat yang sensitif dan memalukan pimpinan...
 
Pembaca boleh melihat Laman Web itu di sini http://www.sarawakreport.org/


Berikut merupakan kenyataan penuh mengenai perkara ini:-

Lamanweb Sarawak Report, yang sering menerbitkan dokumen-dokumen yang didakwanya bukti kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud, nampaknya telah digodam.

Menurut satu kenyataan akhbar, yang dikeluarkan melalui seorang ahli politik pembangkang yang tidak mahu namanya disebut, lamanweb itu kini "offline" untuk sementara.

Menurutnya, ini ekoran beberapa ancaman bunuh yang dihantar melalui emel mereka.

Lamanweb ini mendakwa mereka menjadi mangsa serangan 'edaran penolakan perkhidmatan (DDOS), yang mengarahkan laluan besar ke lamanweb tersebut supaya tidak dapat diakses.

Kenyataan itu berkata, tindakan mematikan lamanweb itu dengan menggunakan berjuta-juta hits adalah proses yang sangat mahal, bahkan lebih mahal daripada mendapat khidmat peguam terbaik.

"Jadi ini mengecilkan senarai suspek dalam kes ini terhadap mereka yang sangat kaya dan mempunyai kepentingan langsung untuk menutup (lawanweb) kami, tetapi tidak suka dihadapkan di mahkamah terbuka," katanya.

NONEKenyataan itu juga melampirkan sebuah foto "eksklusif" isteri baru Taib, yang dilaporkan berketurunan Lebanon, yang identitinya masih lagi misteri.

Berasaskan kepada barang kemas yang dipakai pengantin tersebut di majlis perkahwinannya, Report Sarawak mendakwa permata itu "tak ternilai harganya pada saiz berkenaan".

Perkahwinan itu dikatakan berlangsung pada hari Ahad di kediaman mewah peribadi Taib di Demak Laut, Kuching.

Majlis itu dilaporkan dihadiri 200 tetamu eksklusif, yang terdiri daripada tokoh politik Sarawak.

Isteri pertama Taib, Laila, yang berketurunan Polish-Australia, meninggal dunia pada April 2009 kerana kanser.



1 ulasan:

shapoji berkata...

mencari follower ke 200, adakah anda yg saya cari, check it out!!!

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse