Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 6 Disember 2010

KERAJAAN SELANGOR MAHU MEMBELI SEMUA SYARIKAT KONSESI AIR


salam kepada semua...

Penulis Smart Generation berharap konflik perbincangan yang berlaku diantara SYABAS dan Kerajaan Negeri Selangor ini tidak berlarutan kerana akan merugikan rakyat sekirannya tiada penyelesaian tercapai.Terdahulu Penulis Smart Generation membaca berita hari ini berkaitan Kerajaan Selangor dapat kebenaran membeli semua syarikat konsesi air oleh Kerajaan Persekutuan iaitu Kementerian Tenaga,Teknologi Hjiau dan Air.Ketepikan semua fahaman politik sempit demi memastikan kebajikan kepada rakyat.Penulis yakin Kerajaan Persekutuan memerlukan sokongan daripada rakyat selangor untuk merampas kembali Negeri Selangor ini setelah di tawan oleh Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum yang lalu,Seharusnya kerajaan lebih bijak dalam menangani isu ini supaya mendapat perhatian rakyat negeri selangor.

Berikut Merupakan Kenytaan akhbar berhubung isu ini::-

Kerajaan Selangor mendapat kebenaran bertulis pada Jumaat lalu  daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk membeli kesemua empat konsesi syarikat air di negeri itu, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.   Berikutan itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan tawaran terbuka untuk membeli kempat-empat syarikat konsesi air berkenaan bagi melaksanakan plan penstrukturan semula industri bekalan air di negeri itu dalam tempoh tiga minggu mulai sekarang.  "Kita akan kemukakan tawaran terbuka mengikut syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi tujuanpembelian dalam tempoh antara dua atau tiga minggu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.   Empat syarikat konsesi air di Selangor itu ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd (Splash) and Konsortium ABASS.   Abdul Khalid berkata langkah untuk membeli syarikat-syarikat konsesi itu serta pendirian kerajaan negeri berhubung isu air, akan dimaklumkan kepada kementerian berkenaan.   Menurutnya beliau berpendapat keputusan Kerajaan Persekutuan memberi sedikit kelonggaran dalam isu air itu untuk mempercepatkan projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor bagi membekalkan sebanyak 1,890 juta liter air mentah sehari ke Lembah Klang.   Sebelum ini, wujud masalah antara kerajaan Selangor dengan Syabas, yang merupakan syarikat pengurusan air di negeri itu, termasuk pertikaian mengenai kenaikan kadar tarif air.   November lepas, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri mahu menaikkan tarif air sebanyak 15 peratus untuk pengguna air di Selangor menerusi proses penstrukturan industri air di Selangor yang masih dalam rundingan.   Mengikut perjanjian penswastaan industri air Selangor yang ditandatangani oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) pada 2004, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri menetapkan kenaikan tarif air pada kadar 37 peratus pada 2009, 25 peratus pada 2012 dan 20 peratus lagi pada 2015, katanya.   Pada masa ini, kadar tarif air domestik di Selangor ialah 57 sen bagi setiap 20 meter padu pertama, dan berdasarkan perjanjian konsesi itu, tarif air itu akan meningkat sehingga RM1.17 bagi setiap meter padu pada 2015.   Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri tidak bersetuju kadar tarif air dinaikkan kerana mendakwa SYABAS tidak mematuhi syarat-syarat perjanjian konsesi air itu.   Jika konsesi industri air disusun semula, kenaikan tarif air dapat dikurangkan dan harga bekalan itu dapat distabilkan, katanya seperti dilapor- Bernama.

Menurut setiausaha politik menteri besar Selangor, Faekah Husin  lampu hijau itu yang diterima lewat minggu lalu, mungkin ada kaitan dengan penemuan bahawa Selangor memiliki aset bernilai kira-kira RM10.9 bilion yang kini digunakan oleh SYABAS secara percuma.

Aset-aset itu, yang termasuk paip, jentera dan loji penapisan air, katanya, sebelum ini milik Jabatan Bekalan Air, dan pemilikannya tidak pernah dipindahkan kepada syarikat konsesi air itu.

Perkara itu disedari selepas kerajaan Selangor menjalankan semakan aset, yang membabitkan kos RM700,000 dan dilakukan dengan menggunakan khidmat juruaudit bebas.

Ekoran penemuan itu, kata Faekah, kerajaan Selangor kini boleh menawarkan "tidak kurang daripada dua pilihan" kepada SYABAS - kedua-duanya, menurutnya, akan menguntungkan rakyat Selangor.

Katanya, mereka boleh sama ada menerima tawaran RM5.7 bilion, atau menyewa atau membeli aset kerajaan negeri bernilai RM10.9 bilion dan terus menguruskan bekalan air di Selangor, tetapi dengan syarat.

water bill 110608"(SYABAS) menjalankan perniagaan, kami faham mereka perlu dapat
keuntungan, tetapi ia harus terhad dan syarat kenaikan tarif hendaklah dipenuhi.

"Jika (SYABAS) memilih untuk membeli atau menyewa aset, contohnya RM30 juta sebulan, maka ia akan menyelesaikan kos kami untuk meneruskan program bekalan air percuma," katanya.

Faekah berkata, penduduk Kuala Lumpur juga akan mendapat manfaat daripada kawalan kenaikan tarif, walaupun mereka mungkin tidak
menerima bekalan 20 meter padu percuma dari kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, ianya terpulang kepada SYABAS untuk menerima atau menolak tawaran Selangor itu, yang akan terus mengenakan tekanan terhadap syarikat konsesi berkenaan.

Semalam, 48 orang ditangkap selepas kira-kira 7,000 bersama dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan exco kerajaan negeri berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan tarif air kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse