Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 30 Disember 2008

permulaan baru

hari ini permulaan aku memulakan pengajian semester 2 di universiti malaya.permulaan yang masih biasa dan tidak terlalu tertekan.semuanya berjalan dengan baik hari ini.

aku mengharapkan supaya sesi permulaaan ini merupakan satu azam dan tekad baru untuk aku menempa kejayaan dan kecermerlangan di universiti malaya yang tercipta ini.aku mengharapkan supaya aku akan terus tabah berada di sini dan dapat menggengam segulung ijazah yang ku idam-idamkan selama ini.

suasana di kolej ku sudah mula sibuk kerana hampir semua penghuni telah mendaftar.aku tinggal bersama 4 orang teman sebilikku.alhamdullilah mereka semua baik-baik belaka.harap untuk hari esok aku akan jadi lebih baik daripada sebelumnya

Isnin, 29 Disember 2008

kekejaman rejim zionis

rejim zionis ini selagi lagi menunjukkan kepada dunia kekejaman mereka dengan membedil penempatan penduduk di gaza.lebih daripada 250 orang yang disahkan meniggal dunia dan beribu-ribu yang cedera.

mereka memang kejam,membunuh kaum wanita dan kanak2 yang tidak berdosa...menghancurkan penduduk yang tidak berdosa.masihkah lagi boleh kita sebagai umat islam berdiam diri?menunggu sehingga mereka mahu menghancurkan bumi palestin?

amerika yang juga sekutu israil masih menyebelahi pengganas sebenar ini.menyalahkan pimpinan hamas.amerika merupakan pembohong dan pendusta dunia.

sudah jelas di depan mata kekejaman dan keganasan..tapi mereka ini buta tuli dan buka hati...langsung tidak memikirkan tentang kemanusiaan.kononnya memperjuangkan kebebasan dan hak kemanusiaan manusia sejagat....tetapi menyokong tindakan ini...

adakah kita mahu kezaliman ini terus berleluasa..rejim zionis ini harus dan patut dihukum..

ayuhlah seluruh bangsa dan agama yang memperjuangkan keperimanusiaan untuk kita mengutuk ke atas serangan israel di gaza ini.berjuang untuk menghentikan serangan ini...

Sabtu, 27 Disember 2008

isu kuala terengganu

pilihan raya kuala terengganu menjadi pentas dan medan utama untuk calon daripada pakatan rakyat dan barisan nasional untuk membuktikan kehebatan masing-masing walaupun dikhabarkan pentandingan ini akan menjadi lebih sengit di atas 2 lagi kehadiran iaitu AKIM dan BEBAS.....

barisan nasional sudah pun memgemukakan calon yang betul2 layak untuk beradu kehebatan di kuala terengganu manakala di pihak pakatan rakyat iaitu pas akan mengumumkan calonnya 1 januari depan.....

apapun yang berlaku,sekarang kita melihat kedua2 belah pihak telah menggerakkan jentera parti masing2.....untuk menyerang habis-habisan parlimen kuala terengganu ini.....sudah tentu yang beruntungnya rakyat di kuala terengganu....mintak ape saja.....sudah tentu dapat.....kalau yang susah tu nak minta bayarkan bil api dan air pun boleh.......

kegembiraan yang boleh dinikmati sekarang ialah pembayaran balik oleh kerajaan iaitu royalti minyak terengganu...nilainya yang sangat tinggi....harap2 kerajaan negeri akan menggunakan wang itu dengan telus...jika tidak...biar rakyat terengganu sendiri yang menghukum mereka...

apa lagi yang kedengaran untuk kempen di kuala terengganu ini ialah isu hudud....apa yang penting sekarang ni...isu ini bukan isu main2...barisan nasional tidak boleh menggunakan isu ini...kerana hudud adalah tanggungjawab bersama seluruh orang islam....untuk melaksanakanya sudah tentu mengambil masa yang lama....sebelum dilaksanakan ia mesti difahami dahulu oleh seluruh rakyat malaysia....tetapi bagi pendapat saya...hudud ini lebih bagus lagi daripada undang2 ciptaan manusia.....

Khamis, 25 Disember 2008

selamat menyambut krismas

salam.
selamat hari krismas diucapakan kepada seluruh penganut agama kristian di malaysia
semoga krismas tahun ini dapat lagi mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama kita.

Selasa, 23 Disember 2008

kembali

salam
asri sudah pun berada di um sekarang.kalau ikutkan masih belum mula belajar lagi.tetapi atas sebab urusan kerja terpaksalah datang seminggu awal.asri buat latihan untuk manifestasi puisi dan merupakan ajk protokol MANDETA`09 kolej ungku aziz.MANDETA ni projek dinner kolej ungku aziz.

kalau kat rumah asri ada hobi yang baru iaitu berkebun.asri merumput dan mencangkul untuk mengeluarkan peluh.itu juga merupakan senaman yang sangat efektif.asri menanam jagung,nenas dan ubi kayu.harap-harap adalah hasilnya nanti.

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse