Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 31 Disember 2010

SOLAT HAJAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR TOLAK MOHD KUSRIN SEBAGAI SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR




salam kepada semua...

Nampaknya Kerajaan Selangor benar-benar tidak mahu Mohd Kusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor apabila kerajaan Negeri Selangor menganjurkan Solat Hajat Perdana di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam.program malam ini adalah bertujuan memohon kesejahteraan, kebenaran dan keadillan kepada kerajaan dan rakyat negeri itu.

Perlantikan Khusrin itu bagaimanapun dipertikai kerajaan negeri kerana mendakwa tidak dimaklumkan kepada pihak Menteri Besar.Isu tersebut terus menjadi polemik pada masa ini apatah lagi turut melibatkan pihak istana negeri Selangor.Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin dalam satu kenyataan semalam tidak menolak kemungkinan ianya didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik pihak tertentu.Kerajaan negeri juga menurut beliau memohon rakyat Selangor bertenang dan tidak mengeluarkan kenyataan provokasi yang tidak akan membantu dalam mencari penyelesaian terbaik.
Mereka turut menggalakkan persatuan dan pertubuhan masyarakat mengadakan solat hajat di seluruh negeri bagi memberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada DYMM Sultan Selangor dan pemimpin Negeri dalam menangani salah faham ini.

Sememangnya memang satu bala kepada Mohd Kusrin jika menerima Lantikan tersebut,Selepas ini bermcam-macam lagi akan Kerajaan Selangor lakukan bagi memastikan Mohd Kusrin disingkirkan daripada Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ini....

Persoalannya adalah..:-

KENAPA KERAJAAN SELANGOR TERLALU TAKUT DENGAN PERLANTIKAN MOHD KUSRIN SEBAGAI SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR INI?

ADAKAH KERAJAAN PUSAT MERUPAKAN DALANG UTAMA DALAM PERLANTIKAN MOHD KUSRIN INI?
MOHD KUSRIN MAMPU MENUMBANGKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR?


ISTANA SELANGOR MEMANG MAHU MOHD KUSRIN SEBAGAI SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI....?

JAWAPAN PENULIS SMART GENERATION ADALAH SEBAB POLITIK!!!!!!




Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse