Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 8 Disember 2010

Stesen TV ALHIJRAH.COM



salam kepada semua...

Penulis Smart Generation mengucapkan Tahniah kepada kerajaan kerana telah mewujudkan satu lagi siaran Televisyen  yang berbentuk islamik dan rohani.Penulis Smart Generation melihat seharusnya masyarakat memberikan sokongan kepada medium alternatif baru ini yang akan memberikan banyak maklumat dan input berguna kepada masyarakat.Stesen televisyen tempatan baru, AlHijrah mendokong usaha-usaha murni iaitu dengan memaparkan bahan-bahan siaran di televisyen seperti membabitkan aspek-aspek sosial, politik dan ekonomi yang disampaikan mengikut syariat-syariat Islam. dan pada masa sama terpaksa bersaing dengan stesen-stesen lain yang sedia ada.Stesen Tv Al-Hijrah ini juga menyampaikan mesej kepada umum, penyiaran merupakan jalur yang cukup berkesan dalam memainkan peranan penting bukan sahaja dari segi mesej ucapan malah, berbentuk gambar.Stesen penyiaran yang baru bertapak, TV AlHijrah akan menjadi medium baru buat seluruh rakyat Malaysia.Usaha stesen TV berkenaan ialah menyampaikan mesej yang mengangkat nilai Islam secara universal dan kontemporari terus kepada penonton setia mereka.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada sidang akhbar yang berlangsung di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur baru-baru ini memberitahu, TV Al-Hijrah merupakan inisiatif kerajaan dalam mewujudkan sebuah stesen yang berlandaskan Islam.Pelaburan yang dibuat sebanyak RM60 juta katanya, meliputi perangkaan dan penyusunan program-program bersesuaian dari dalam dan luar negara bersesuaian dengan konsep TV Al-Hijrah itu sendiri.Ia juga meliputi kerja-kerja penyiapan pembinaan pusat penyiaran digital TV Al-Hijrah yang bakal beroperasi di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur yang terletak berhampiran dengan Masjid Negara dan Muzium kesenian Islam.


TV Al Hijrah memberi perhatian kepada isi kandungan yang menetapi nilai-nilai Islam tetapi bersifat progresif. Ini bukan bermakna siarannya dipenuhi dengan ceramah agama, khutbah dan lagu-lagu nasyid sahaja. Pada peringkat awal, Al Hijrah perlu memberikan penerangan yang jelas kepada syarikat-syarikat produksi yang akan membuat program untuk stesen ini.Dalam program-program stesen lain, misalnya sebuah drama yang menyeru ke arah kebaikan, terdapat banyak paparan adegan yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Ada adegan tari-menari, lelaki perempuan berpeluk-pelukan, sementara satu bahagian lagi menyeru kepada nilai-nilai Islam. Apa yang difahami tentang ‘isi kandungan’ adalah keseluruhan produk itu tidak dimuatkan dengan nilai bercanggah.Watak yang buruk misalnya tidaklah boleh dihalalkan melanggar larangan agama semasa berlakon. Al Hijrah mesti memastikan tidak ada lagi alasan dungu dan lapuk, ‘apa nak buat... kehendak skrip’. Filem-filem dan drama di televisyen Iran boleh melakukannya tanpa sebarang masalah, khususnya tidak mengekang dari sudut kreatif. 

Datuk Seri Najib Tun Razak yakin TV Al-Hijrah mampu memupuk nilai-nilai murni dalam usaha mendidik masyarakat negara ini.Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran stesen itu di Pusat Penyiaran Digital TV Al-Hijrah, Pusat Islam di sini malam Selasa.Tujuh program terbitan TV Al-Hijrah yang akan ke udara pada bulan ini ialah Ejen Halal, Majalah Islam, Bicara, Nota Al-Zahra, Assalamualaikum, Menu Alam dan Berita Al-Hijrah.Kata beliau, bagi masyarakat bukan Islam, stesen itu diharap dapat memperkenalkan ajaran Islam yang betul, harmoni yang membawa kesejahteraan."Saya harap Al-Hijrah menjadi wahana perpaduan ummah negara."Bagi seluruh umat Islam negara ini, terimalah stesen ini sebagai media pendidikan tidak formal untuk mereka," kata beliau.Stesen yang boleh ditonton secara percuma ini akan bersiaran secara penuh hari ini bermula pukul 3 petang hingga 12 tengah malam pada hari Isnin hingga Khamis manakala hari Jumaat hingga Ahad pula bermula pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.
Ia merupakan stesen televisyen pertama di Malaysia yang menawarkan program-program televisyen berdasarkan perspektif Islam yang menyasarkan golongan belia Islam sebagai penonton utamanya.
Saluran televisyen itu juga adalah inisiatif kerajaan untuk mewujudkan sebuah stesen televisyen yang mampu menjadi sumber ilmu bukan sahaja kepada umat Islam, bahkan kepada orang bukan Islam bagi membantu mereka mengenali dengan lebih dekat agama itu.Studio televisyen berkenaan mengadaptasikan konsep terbuka dengan masyarakat dapat melihat secara langsung bagaimana warga kerja TV Al-Hijrah menjalankan tugas ketika mereka melawat studio tersebut.Orang ramai boleh mendapatkan siarannya yang dipancarkan melalui saluran UHF melalui butang kawalan frekuensi pada set televisyen masing-masing. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tvalhijrah.com.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse