Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 19 Disember 2010

HINDRAF GERTAK ATAU BERI KATA DUA PADA PAKATAN RAKYAT?


salam kepada semua..

Penulis Smart Generation membawakan satu lagi berita panas yang berkaitan dengan politik Tanah air Hindraf-Parti Hak Asasi Manusia (HRP) telah memberi kata dua kepada Pakatan Rakyat supaya memberi laluan kepada parti kaum India itu bertanding satu lawan satu dengan BN di 15 kerusi parlimen dan 38 kerusi negeri dalam pilihanraya umum akan datang.jika Pakatan tidak memenuhi permintaan parti itu, gabungan itu akan berdepan dengan pertandingan tiga penjuru di kawasan berkenaan.Wah..Nampaknya Hindraf begitu berani mengertak Pakatan Rakyat untuk mengikut dan memenuhi tuntutan dan calon yang mereka sediakan untuk Pilihan Raya Umum 13 nanti.Berani sungguh HINDRAF ni..Pakatan akan ikut ke dan turuti ke Permintaan Hindraf ni?..Wah...HINDRAF ni mesti nak tuntut janji mereka ni..Memang betul-betul beri kata dua kepada Pakatan Rakyat..Kalau Pakatan Rakyat tak ikut kehendak mereka mesti akan menghadapi masalah pada PRU-13...Kerusi Parlimen Lembah Pantai pun HINDRAF nak tuntut ke?..

. Berikut merupakan kenyataan Penuh mengenai perkara ini:-

Hindraf-Parti Hak Asasi Manusia (HRP) telah memberi kata dua kepada Pakatan Rakyat supaya memberi laluan kepada parti kaum India itu bertanding satu lawan satu dengan BN di 15 kerusi parlimen dan 38 kerusi negeri dalam pilihanraya umum akan datang.

hindraf book launch 191210 uthayakumar with recent letter to PKRDalam surat yang dihantar hari ini kepada ketua umum PKR Datuk Seri
Anwar Ibrahim, penasihat DAP Lim Kit Siang dan presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, setiausaha agung penaja HRP, P Uthayakumar berkata jika Pakatan tidak memenuhi permintaan parti itu, gabungan itu akan berdepan dengan pertandingan tiga penjuru di kawasan berkenaan.

Sebagai ganjaran tidak bertanding, menjanji sokongan dan menyediakan bantuan jentera kepada HRP, Pakatan akan mendapatkan "sokongan tidak berbelah bagi dan kerjasama di semua 207 kerusi parlimen dan 538 kerusi DUN untuk memenangi semula sokongan pengundi India.

Beliau berkata, pihaknya telah menyokong (Pakatan) dalam pilihanraya umum ke-12, dan sekarang "kami meminta anda membalas budi itu."

Uthayakumar berkata, pihak berharap Pakatan tidak akan meletak calon di kawasan berkenaan sehingga menyebabkan berlakunya pertandingan tinga penjuru "menentang musuh politik bersama kita (Umno-BN).

Dikehendaki: Ijok, Lembah Pantai, Padang Serai


Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat HRP di di Bangsar, Kuala Lumpur, Uthayakumar berkata bahawa kerusi yang dipilih itu mempunyai jumlah besar pengundi India, termasuk kerusi yang kini diwakili wakil rakyat PKR seperti Padang Serai di Kedah, Ipoh di Perak Barat, Kota Raja di Selangor dan Lembah Pantai di Kuala Lumpur.

ijok revisit 220807 school boyMereka juga berminat dengan kerusi parlimen Sungei Siput, Perak, yang
kini diwakili oleh anggota jawatankuasa pusat PSM, Dr D Jeyakumar.

Uthayakumar berkata, 15 aktivis setia Hindraf telah disenarai-pendekkan sebagai calon.

"Mereka telah teruji, telah menjadi sebahagian daripada Hindraf sejak hari pertama, tidak akan melompat ke parti lain dan sama kuat dengan calon PAS," katanya.

Ditanya mengapa HRP memilih untuk tidak menyokong calon Pakatan di kawasan pilihan raya berkenaan, Uthayakumar berkata, ia kerana isu yang dihadapi oleh masyarakat miskin India di situ tidak di bawa ke Parlimen.

Bagaimanapun, HRP tidak menolak kemungkinan bertanding di bawah tiket Pakatan jika mereka gagal mendaftarkannya sebagai parti

politik dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menjelang pilihan raya umum akan datang.

Uthayakumar berkata, pihaknya telah mengemukakan semua dokumen yang diperlukan oleh ROS pada 25 November.

Menurutnya sama ada didaftar atau tidak, mereka akan bertanding, termasuk sebagai calon Bebas.

Kerusi parlimen yang dituntut bahawa HRP ialah:

1. Padang Serai (Penyandang: PKR-N Gobalakrishnan)
2. Batu Kawan (DAP-P Ramasamy)
3. Sungei Siput (PSM-Dr D Jeyakumar)
4. Ipoh Barat (DAP-N Kulasegaran)
5. Bagan Datoh (Datuk Zahid Hamidi BN-Ahmad)
6. Cameron Highlands (BN-SK Devamany)
7. Hulu Selangor (BN-P Kamalanathan)
8. Kuala Selangor (PAS-Dzulkefy Ahmad)
9. Klang (DAP-Charles Santiago)
10. Kota Raja (PAS-Siti Mariah Mahmud)
11. Rasah (DAP-Anthony Loke)
12. Teluk Kemang (PKR-Kamarul Baharin Abbas)
13. Alor Gajah (BN-Fong Chan Onn)
14. Tebrau (BN-Teng Boon Soon)
15. Lembah Pantai (PKR-Nurul Izzah Anwar)

HRP kamunting replicaMalam ini, Uthayakumar juga akan dilancarkan buku kedua yang
ditulisnya ketika 514 hari berada dalam tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Berjudul '25 November Hindraf Rally 2007 ", buku setebal 400 halaman itu merupakan catatan peribadinya mengenai peristiwa yang membawa kepada perhimpunan bersejarah yang disertai oleh 30,000 kerana memprotes diskriminasi terhadap kaum India, dan pengalamannya di bawah ISA.


Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse