Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 17 Disember 2010

ROSMAH BUAT CADANGAN TERBAIK UNTUK GOLONGAN ISTIMEWA


salam kepada semua...

Penulis Smart Generation sekadar mahu berkongsi sesuatu dengan pembaca sekalian mengenai satu berita yang baru Penulis baca iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansur mencadangkan supaya diadakan Penganjuran Tilawah Istimewa Al-Quran peringkat Antarabangsa.Wah..menarik juga ni kan..First Lady Kat Malaysia ni memang banyak cadangan kepada masyarakat.Kita ucapakan terima kasih kepada beliau kerana sangat mengambil berat mengenai perkembangan kanak-kanak di negara ini dalam usaha membentuk generasi kanak-kanak yang cemerlang dengan mengunakan Medium Permata Negara.Usaha yang dilakukan oleh Datin Paduka Seri Rosmah mansur ini patut mendapat sokongan kerana beliau benar-benar prihatin dengan masyarakat.Namun,kita berdoa semoga Datin Paduka Seri Rosmah Mansur akan sentiasa mendapat hidayah daripada Allah s.w.t untuk mengamalkan ajaran islam secara keseluruhannya.Dengan sikap dan keprihatinan beliau ini seharusnya suaut usaha yang patut di sokong oleh masyarakat.Kita berharap supaya Datin Paduka Seri Rosmah Mansur akan lebih sensitif terutama yang melibatkan sensitivit umat islam.Elakkan isu-isu yang boleh mencemarkan nama beliau di mata masyarakat dan jadilah isteri pimpinan yang benar-benar menjadi semangat dan kekuatan kepada suami seperti isteri Rasullulah s.a.w iaitu Siti Khadijah.
Berikut merupakan kenyataan mengenai perkara ini:

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mencadangkan penganjuran tilawah istimewa membaca Al-Quran di peringkat antarabangsa bagi mengiktiraf golongan cacat penglihatan.Beliau berkata usaha itu mampu mengangkat peranan Malaysia sebagai negara Islam yang dinamik dan progresif.

Rosmah mengutarakan cadangan itu pada Majlis Kasih Sejuta Harapan yang bertemakan "Menjana Transformasi Ummah Berwawasan Melalui Al-Quran" di sini malam Jumaat.Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan Al-Quran dalam bentuk tulisan braille kepada 200 penerima cacat penglihatan.Rosmah berkata usaha pertubuhan bukan kerajaan menghasilkan Al-Quran sedemikian, yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), adalah sangat membanggakan.

"Mereka (NGO) bukan sahaja mengajar tetapi juga menghasilkan Al-Quran braille," katanya yang berharap lebih banyak kelas pengajian Al-Quran dalam bentuk braille dibuka bagi memberi peluang kepada golongan cacat penglihatan mendalami ilmu Al-Quran. - BERNAMA

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse