Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 3 Disember 2010

KETUANAN MELAYU VS KETUANAN RAKYAT VS KETUANAN ISLAM=?



salam kepada semua..


Ketuanan Melayu,Ketuanan Rakyat atau Ketuanan Islam?

Dersawasa ini banyak perbincangan yang berkisar berkenaan dengan siapa Tuan di negara ini?Masing-masing mempunyai pandangan dan pendapat siapa selayaknya menjadi Tuan di negara Malaysia ini.Tidak kira daripada Ahli akademik,Sejarawan,Ahli politik,NGO dan masyarakat secara keseluruhannya masing-masing mempunyai hujah dan pendirian berkenaan konsep ketuanan ini.Ketuanan Melayu?Ketuanan Rakyat?dan Ketuanan Islam?.Sudah tentu perkara ini dibincangkan bukan kerana mahu menentukan siapa selayaknya yang harus memiliki Ketuanan ini.Adakah Melayu semata-mata atau Rakyat keseluruhannya ataupun Orang islam semata-mata.Kalau kita mencari penentuan kepada siapa yang selayaknya,sudah tentu isu ini tidak akan selesai sampai bila-bila dan akan berlarutan malahan bakal mencetuskan satu polemik permusuhan antara bangsa,kaum dan Agama.

Sebelum kita pergi kepada perbincangan selanjutnya,harus kita ketahui Apakah maksud di sebalik setiap konsep Ketuanan ini.Mungkin maksud yang diberikan dalam penulisan ini bukanlah tepat tetapi adalah sebagai satu penjelasan kepada masyarakat berkenaan konsep ketuanan yang mahu dibawakan ini.

Ketuanan Melayu ialah suatu kontrak sosial yang mendakwa bahawa orang melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu(sekarang) Malaysia. Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu sekarang Malaysia. Persetujuan timbal balik  atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak sosial. Dapat disimpulkan di sini bahawa Konsep ketuanan Melayu ini adalah mengiktiraf melayu sebagai tuan dan penguada di Tanah air ini dan diberikan keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Ketuanan Rakyat pula adalah berlawanan dengan ketuanan Melayu yang lebih bersifat universal atau secara menyeluruh iaitu tidak kira daripada bangsa apa pun Melayu,cina,india,kadazan,dusun dan sebagainya dengan syarat merupakan warganegara Malaysia yang berhak mendapat keistimewaan dan pembelaan tanpa ada sebarang prasangka kepada kaum lain.Ketuanan Rakyat ini memberikan sepenuhnya kuasa kepada rakyat untuk menentukan kehendak dan pandangan mereka.Ketuanan Rakyat ini memberikan harapan dan sinar baru kepada rakyat untuk bangkit dan mempertahankan tanah air ini secara bersama dan bersama-sama dalam memajukan Tanah air ini.

Ketuanan Islam adalah meletakkan bahawa Agama Islam itu sendiri sebagai tunjang utama yang mana Islam itu sendiri bersifat universal yang mampu membawa kesejahteraan kepada selurh alam ini tidak kira daripada bangsa apa sekalipun.Justeru Islam adalah agama Allah tuhan yang mencipta manusia dan seluruh alam ini.  Allah swt , tuhan yang namanya mahu digunakan oleh seluruh agama samawi dalam negara kita.Islam adalah agama bukan untuk Melayu semata-mata bahkan masyarakat dan kaum cina dan india adalah golongan terawal yang telah menerima islam dan islam adalah agama yang mampu membawa keadilan dengan sebenarnya.Islam dirujuk kepada kitab suci al Quranul Karim dan termasuk non muslim mula memetiknya untuk berhujjah justeru ia satu pengiktirafan kepada kebenaran yang dibawa oleh Islam . Islam adalah satu agama yang lengkap merangkumi semua persoalan hidup termasuk perkara yang melibatkan hubungan sesama manusia seperti ekonomi , sosial , politik dan undang - undang , juga hubungan manusia dengan tuhan  seperti ibadah.Negara dan dunia serta seluruh isinya memerlukan islam tetapi islam tidak memaksa manusia untuk menganutnya . Menerima bukan semestinya menganut Islam . Ahli zimmah [ non muslim yang tidak menentang Islam ] boleh menerima sistem dan dasar kepimpinan serta pemerintahan Islam sementara mereka kekal dengan agama dan kepercayaan mereka

Ketuanan Melayu,Ketuanan Rakyat dan Ketuanan Islam masing-masing mempunyai definisi dan maksudnya yang tersendiri malahan semakin ramai yang membincangkan isu ini semakin ramai yang akan memberikan maksud dan definisi konsep mereka berkenaan konsep ketuanan ini.Bukanlah istilah dan definisi yang mahu kita cari dan pertahankan tetapi perbincangan mengenai konsep ketuanan ini adalah suatu keperluan demi memahamkan dan menjelaskan kepada masyarakat mengenai kebenaran di sebalik konsep ketuanan ini. 
Pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata  istilah Ketuanan Melayu tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam perlembagaan negara,. Beliau berkata dalam aspek sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja. "Sebelum ini tidak pernah disebut 'Ketuanan Melayu' dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan cuma 'Ketuanan Raja' iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. "Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan,"

Ketuanan Melayu atau Rakyat sebenarnya dicetuskan oleh ahli-ahli politik untuk tujuan politik dan kepentingan parti politik tersebut.Perkara ini dibangkitkan demi untuk mendapatkan sokongan dan juga perhatian daripada rakyat.Kalau dilihat dalam konsep ketuanan melayu ini sebenarnya melayu tidak pernah menjadi tuan.Orang melayu sejak dahulu lagi telah lama ketinggalan berbanding dengan kaum lain dari segi ekonomi.Sekarang ini orang cina dan bangsa lain mendominasi 70 % ekonomi di negara ini manakala orang melayu hanyalah 30 %.Melayu hanya menjadi tuan pada nama dan kenyataan sahaja tetapi tidak pernah menjadi juara dalam segala aspek.Namun,konsep ketuanan ini diperlagakan untuk memastikan bahawa orang-orang melayu di negara ini terus mempersoalkan hak dan keistimewaan mereka manakala kaum lain terus mencari periuk nasi mereka dan terus kehadapan berbanding bangsa melayu.Yang akan rugi dan ketinggalan hanyalah bangsa melayu yang menganggap diri mereka sebagai tuan.Ahli-ahli politik melayu bergaduh dan bertikam lidah mengenai perkara ini.Mereka sebenarnya tidak tahu bahawa yang akan rugi adalah bangsa Melayu sendiri dan rakyat melayu sendiri.Sebab itu alternatifnya adalah ketuanan Islam.Tidak kira bangsa apa pun tetapi seharusnya bertuankan kepada islam.Ketuanan Islam lebih relevan kepada rakyat.Namun ketuanan ini sudah tentu akan ditolak oleh Agama lain yang tidak faham akan konsep ketuanan islam ini.

Sememangnya konsep ketuanan ini adalah sesuatu yang berbentu abstrak,Tidak perlu dilaung-laungkan bahawa aku adalah tuan di negara ini.Perkara ini bukan sekadar sorakan atau tempikan di bibir tetapi perkara ini adalah bentuk perlaksanaan yang perlu dihidangkan di depan mata dengan kejayaan.Tidak kira Ketuanan Melayu,Ketuanan Rakyat atau Ketuanan Islam kunci utamanya adalah penyatuan dan kesatuan demi untuk sama-sama membartabatkan negara dan tanah air tercinta ini.

sekian..

MOHD ASRI ZULKIFLI,
PELAJAR TAHUN AKHIR UNIVERSITI MALAYA
PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UM(SPKUM)















3 ulasan:

Gadisses berkata...

personally, mmg x patut ada ketuanan Melayu, Islam lah yg sepatutnya diletakkan sbg asa pemerintahan negara. kita masuk syurga bkn guna hukum Melayu tp guna hukum agama. Apa kita nk jawab d akhirat nnt bila dtnya apa hak kita menafikan hak org bukan Melayu sdgkan kita SEMUA hanyalah MENUMPANG d bumi tuhan,kalo menumpang buat lah cara menumpang, manusia hnya pemegang amanah ok. =)

Tanpa Nama berkata...

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Taksubsainspuncasejarahdipinggir/Article/index_html

Taksub sains punca sejarah dipinggir
Oleh Zanariah Abd Mutalib

2010/08/25

Sejarawan, Profesor Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, berkata Penyata Razak yang dikeluarkan pada 1956 sudah menggariskan bahawa objektif utama sistem pelajaran adalah perpaduan, namun perkara itu tidak dapat dilihat dalam sistem pendidikan hari ini yang menuntut pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Disebabkan itu, katanya, gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sukar difahami generasi hari ini, malah ada yang menyamakannya dengan slogan Malaysian Malaysia oleh DAP yang menuntut kesaksamaan antara semua kaum, sedangkan keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

..................

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0917&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_21.htm

Kuan Yew terdesak, risau pengaruh Malaysia

KUALA LUMPUR 16 Sept.
.... Pakar bahasa dan perpaduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Teo Kok Seong pula berkata, Kuan Yew tidak layak untuk memburukkan nama Malaysia kerana pemimpin republik itu hanya menjaga sebuah negara pulau yang majoriti rakyatnya berketurunan Cina.

Dengan keadaan demografi sebegitu, kata beliau, sudah tentu usaha pembinaan negara bangsa yang dilalui oleh Singapura amat mudah dan berbeza sekali dengan pengalaman yang perlu dilalui Malaysia selama ini.

Kok Seong yang juga Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) UKM menjelaskan, Kuan Yew selain itu dilihat cuba menghidupkan kembali sentimen 'Malaysian Malaysia' yang tidak berjaya diperjuangkan beliau sehingga Singapura 'dihalau' keluar oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra.

"Kuan Yew memang berusaha menghapuskan Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan untuk memakai hanya Artikel 8 sejak sebelum Singapura disuruh keluar dari Malaysia.

"Setelah lebih 50 tahun gagal, beliau nampaknya cuba membangkitkan isu itu sekali lagi, namun saya harap tiada rakyat Malaysia yang terpengaruh dengannya. Artikel 8 perlu dibaca sekali dengan 153, tiada kompromi," katanya.

Kok Seong berpendapat, kenyataan Kuan Yew itu ada kaitan dengan cubaan sesetengah pihak di negara ini yang berusaha menghapuskan peruntukan Artikel 153 dalam perlembagaan negara.

Tanpa Nama berkata...

"It is not in dispute that since 1978 in accordance with the provisions of Article 153 of the Federal Constitution bumiputras were granted favoured access to the then established universities in the country. As regards Mr. Beloff’s argument regarding Article 152, he accepts the position of bahasa as the national and official language. He does not attack the official policy of giving preference to bumiputra admission into university".

Per Tun Suffian LP (delivering the majority Judgment of the Court) Merdeka University [a Company] v Govt of Malaysia [6 JULY 1982]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut