Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 28 April 2011

VIDEO PENULIS SMART GENERATION BERSAMA PERDANA MENTERI CHINA WEN JIABOA TANAM POKOK DI UNIVERSITI MALAYA

salam kepada semua...


Video Di Bawah ini merupakan Kenangan Penulis Smart Generation menanam pokok bersama-sama Perdana Menteri China,Wen Jiaboa di Universiti Malaya.Pokok yang di tanam ini adalah Pokok Kapur atau nama saintifiknya (Dryabalanops aromatica ).Pokok ini akan terus menjadi kenangan buat warga Universiti Malaya sempena Lawatan Perdana Menteri China ini ke Universiti Malaya


KESILAPAN TERJEMAHAN CEMARI SAMBUTAN PERDANA MENTERI CHINA DAN MEMALUKAN KERAJAAN MALAYSIA..!



salam kepada semua...


Benarkah dakwaan ini ....????....Kesilapan Tatabahasa Cina di Papan Utama sempena menyambut Perdana Menteri China Wen Jiaboa..Walaupun perkara ini di anggap remeh..Namun boleh memalukan Kerajaan Malaysia kerana tetamu yang hadir ini adalah Delegasi daripada Negara China dan Perdana Menteri China sendiri.Tidak seharusnya kerajaan Malaysia melakukan kesilapan kecil seperti ini yang akan membawa nama buruk kerajaan sendiri.Seharusnya pemantauan dan protokol yang serius harus diberikan bagi memastikan Negara kita terus dihormati oleh pihak luar.Walaupun nampak kecil..Tetapi kunjungan Perdana Menteri China ini terlebih dahulu ke Universiti Malaya untuk merasmikan pusat bahasa cina di Universiti Malaya...Di harapkan pihak kerajaan menitik beratkan mengenai perkara ini walaupun nampak kecil....


Berikut merupakan berita mengenai perkara ini :-


Perdana Menteri China Wen Jiabao dan rombongannya pasti dalam kebingungan jika mereka mengesan perkataan Cina yang dicetak pada latar belakang pentas majlis sambutan rasmi baginya di Putrajaya pagi ini.

NONEPerkataan berkenaan adalah terjemahan langsung daripada perkataan Melayu yang berbunyi: "Istiadat Sambutan Rasmi Sempena Lawatan Rasmi TYT Wen Jiabao Ke Malaysia"

Namun terjemahan dalam bahasa Cina itu mempunyai kesilapan struktur ayat dan tatabahasa yang serius dan memalukan.

Terjemahan langsung itu berbunyi: "Majlis sambutan rasmi, dengan dia, Yang Terutama, Wen Jiabao ke Malaysia dengan rasmi”.

Latar belakang yang memalukan di podium hadapan Pejabat Perdana Menteri itu didirikan bagi upacara sambutan rasmi perdana menteri China itu.

Ia juga memaparkan bendera China dan Malaysia dengan gambar Tembok Besar Cina dan Menara Berkembar Petronas berserta gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang bersalaman dengan Wen.

Wartawan dan tetamu yang faham bahasa Cina terkejut melihat latar belakang itu. Begitu juga dengan beberapa menteri Malaysia yang berbangsa Cina tetapi sudah terlambat untuk membuat sesuatu.
Pada sidang media bersama selepas itu, Najib berkata Malaysia dan China bersetuju bekerjasama lebih rapat khususnya dalam bidang pengajian tinggi, pelancongan dan perubatan tradisional Cina.

NONEIa dicapai hasil rundingan antara kedua-dua pemimpin berkenaan hari ini.

"Perbincangan sangat produktif serta berhasil, dan kita mencapai persetujuan meluas selaras dengan pelan tindakan bersama mengenai kerjasama strategik yang ditandatangani pada 2009," kata Najib.
Wen berada di Malaysia untuk lawatan dua hari bagi membalas kunjungan Najib ke China dua tahun lalu.

Ia adalah lawatan kedua Wen ke Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang Kemuncak ASEAN-China pada 2005.

GAMBAR KENANGAN PENYERAHAN TABUNG BENCANA KEMANUSIAAN JEPUN OLEH WARGA UNIVERSITI MALAYA


salam kepada semua...


Gambar Kenangan Penulis Smart Generation menyerahkan Wang kutipan sempena Tabung Bencana Kemanusiaan Jepun Oleh Mahasiswa Universiti Malaya kepada Prof Datuk Dr .Rohana Yusof Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Malaya .Sebanyak RM 5,000.00 hasil kutipan derma daripada seluruh Mahasiswa Universiti Malaya telah diserahkan kepada Pihak Pentadbiran untuk diberikan Kepada Mangsa Tsunami di Jepun..Penulis Smart Generation mengucapkan jutaan terima kasih kepada Warga Universiti Malaya yang prihatin untuk menghulurkan sumbangan untuk Tabung Bencana Kemanusiaan Jepun ini..






PERDANA MENTERI CHINA WEN JIABOA KE UNIVERSITI MALAYA :SATU PENGHARGAAN BUAT WARGA UNIVERSITI MALAYA


salam kepada semua....

Pada 27 April 2011 Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah melawat ke Universiti Malaya sempena lawatan dua hari beliau ke Malaysia.Universiti Malaya merupakan tempat pertama beliau lawati sejurus tiba di Malaysia. Kehadiran Jiabao dan pegawainya disambut lebih 2,000 pelajar, pensyarah, pakar akademik, kakitangan UM dan orang awam sambil mengibar bendera China dan Malaysia.
Dalam lawatan itu, Perdana Menteri China menerima Gambus sebagai cenderamata daripada UM dan turut menyempurnakan upacara menanam pokok kapur yang menjadi tanda hubungan kukuh UM dengan rakyat China.Jiabao berkata, beliau mengagumi usaha UM menubuhkan Institut Pengajian China dan Institut Kong Zi (IPCIKZ).

Penulis Smart Generation merasa sungguh bertuah kerana menjadi salah seorang Mahasiswa yang terpilih untuk menanam Pokok Bersama Perdana Menteri China ini di Universiti Malaya.Walaupun hujan,tetapi Perdana Menteri China ini tetap menyodok tanah sebagai simbolik penanaman pokok kapur sebagai tanda kenangan dan ingatan kedatangan beliau ke Universiti Malaya.Sejurus selepas itu Penulis Smart Generation berjabat tangan dengan beliau dan mengucapkan terima Kasih.Sememangnya kehadiran Perdana Menteri China di Universiti Malaya akan menjadi kenangan buat penulis kerana dapat bertemu dengan Pemimpin Nombor satu Negara China ini...

Ini adalah Pokok Kapur yang telah di tanam oleh Beliau :-


 Berikut merupakan Gambar kedatangan beliau ke Universiti Malaya:-















Pizza's? Pepsi? Chicken Wings? Creamy soup? Garden Salad? Sound familiar? Pizza Hut is offering 50% discount!!

Pizza's? Pepsi? Chicken Wings? Creamy soup? Garden Salad? Sound familiar? Pizza Hut is offering 50% discount!!


50% off Pizza Hut meals!

Pizza Hut WOW Savers 50% discount! All day!

Now you have more reasons to go to Pizza Hut with your friends & family.

Get 50% discount on your favorites dishes from Mondays to Fridays.

Quick fill your tummy with yummy food now!

Mother's day is around the corner. Show ur appreciation with a bouquet of flowers from #FlorestaFloral . #MilkADeal

Mother's day is around the corner. Show ur appreciation with a bouquet of flowers from #FlorestaFloral . #MilkADeal


MAD - RM72 for a Bouquet of Flowers and Ferrero Rocher Chocolates from Floresta Floral & Gift

MAD Deal of the Day: RM72 instead of RM150 for a Bouquet of Flowers and Ferrero Rocher Chocolates from Floresta Floral & Gift, The Weld.

Mother's day is around the corner. Show your appreciation with a bouquet, but do remember to follow up with a lot more 'good offspring' deeds.

Or you could get a fresh spring outlook in your house with a bouquet of flowers!

Tell your friends about this and be rewarded with every purchase they make through your link!

Rabu, 27 April 2011

VIDEO SEKS TERBARU DI INTERNET.....?????


Klip video yang dipercayai mirip pemimpin pembangkang disiarkan menerusi laman youtube petang Rabu.
PETALING JAYA: Video seks bahagian kedua yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang tersebar di internet petang Rabu termasuk di blog www.papagomo.com.
Klip video berdurasi 1 minit 47 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun youtube 'wakparjosudorno'.
Rakaman video hitam putih berkenaan memaparkan aksi seseorang lelaki bertuala dan seorang wanita tanpa seurat benang dalam sebuah bilik dipercayai selepas melakukan aksi seks.
Bagaimanapun sekitar pukul 6 petang tadi, video berkenaan telah ditarik balik dari laman youtube mahupun di blog www.papagomo.com.
Lelaki berkenaan kemudian pada minit ke 39 dilihat menanggalkan tualanya di hujung katil sebelah kiri video sebelum berjalan dalam keadaan bogel mengambil baju dalam nipis yang terdapat di atas katil.
Individu yang mempunyai fizikal perut buncit berkenaan kemudiannya dilihat mengambil seluar dalamnya dan membongkokkan badan pada durasi 1 minit 9 saat sehingga melihatkan wajahnya di hadapan kamera.
Sebelum itu, sekitar pukul 11.30 pagi Selasa, poster yang memaparkan aksi dalam klip video yang sama ditampal di sebuah perhentian bas di Jalan Genting Klang di sini.
Poster tersebut dipaparkan dengan dibuat pembandingan antara pelaku dalam video seks dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di bahagian atas poster itu terdapat keterangan gambar bertulis “Tak perlu jadi pakar jika ingin buktikan sesuatu!”.
Isu rakaman video seks itu tercetus apabila sekumpulan wartawan dijemput oleh sekumpulan individu menamakan mereka sebagai `Datuk T' untuk menonton tayangan video seks hitam putih di Hotel Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lalu.
Rakaman video berdurasi selama 22 minit bermula pada pukul 10.23 malam 21 Februari lalu itu didakwa berlaku di sebuah apartmen di Ampang.
Sehari selepas rakaman itu dipertontonkan kepada wartawan, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menafikan pembabitannya sebagai pelaku dalam rakaman video seks tersebut.
Identiti `Datuk T' yang mendedahkan rakaman itu terbongkar apabila bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, bekas Bendahari Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuaib Lazim dan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah muncul membuat pengakuan bahawa mereka merupakan trio `Datuk T'.-MSTAR

Pameran Solo Prof Madya Dr. Abdul Jalil Othman ALAM SAMUDERA













salam kepada semua...


Penulis Smart Generation mengucapkan syabas dan Tahniah kepada Ayahnda Prof Madya Dr Abdul Jalil Othman kerana telah berjaya mengadakan Pameran Solo Lukisan beliau yang di beri nama Alam Samudera.Beliau adalah seorang pensyarah di Jabatan Pendidikan  Bahasa dan Literasi ,Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.Minat beliau dalam bidang seni lukis bermula sejak beliau di bangku sekolah lagi sehinggalah sekarang.Beliau meminati bidang lukisan berbentuk abstrak.Sebanyak 63 buah lukisan hasil karya unggul beliau telah dihasilkan untuk pameran solo beliau di Muzium Seni Asia,Universiti Malaya yang akan berakhir pada 20 mei ini.Lukisan beliau kebanyakannya menggunakan canvas dan media acrylic.


Pameran solo beliau telah dirasmikan oleh D.Y.T.M RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN RAJA DR NAZRIN SHAH pada hari semalam iaitu 26 April 2011.Sejurus selepas itu,Tuanku berkenan untuk melihat sendiri setiap hasil karya yang telah beliau hasilkan.Tahniah dan Syabas sekali lagi Penulis ucapkan kepada Ayahnda Prof Madya Dr Abd Jalil Othman.


Berikut merupakan Nukilan Apresiasi Seni Beliau....:


Desirmu umpama syurga
Mmembisik lembut di jiwaku
Nadi mu isyarat jiwa
Melahirkan ilham seniku
Aku insan yang terdampar
Melakarkan rahsiamu
Tanpa jemu membongkar
Alam dan Samuderamu
Kedamaian di lautanmu
Dengan segala khazanah ikan-ikan mu
Menjadi sumber ilham seniku
Untukku bawa hidup
Seribu tahun akan datang

Kau kasih isyarat jiwa
Di dadamu mengalir gelora darah biru
Membuat aku lebih insaf
Akan kebesaranmu tuhan
Dalam mencari sebuah ketenangan
Aku bagaikan pejuang
Yang tiba-tiba menyelami rahsia di dadamu
Dalam mencari cinta sebenar
Dari sejuta wajah yang ada..

Seribu tahun geloramu
Tak kan mungkin hilang
Dari matamu
Aku sebenarnya
Sudah lama tenggelam
di lautan kasih mu...


A.Jalil Othman,Universiti Malaya..




CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse