Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 28 Disember 2010

TAHNIAH PEMUDA PAS ATAS KESUNGGUHAN MENAWAN PUTRAJAYA!!


salam kepada semua..

Pemuda Pas tampaknya begitu menyerlah dalam memastikan Parti itu dapat diterima oleh seluruh lapisan rakyat di Malaysia ketika Pilihan Raya Umum yang akan datang yang mana mereka akan menjalankan Jelajah Tawan Putrajaya.Pemuda PAS begitu komited dalam memastikan Parti ini dapat menjadi penyumbang terbesar undi rakyat bagi memastikan hasrat Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya akan terlaksana.Tahniah diucapkan kepada Pemuda PAS kerana begitu bersungguh-sungguh dan berkerja keras bagi memenangkan Pakatan Rakyat dan Parti itu.Siri jelajah ini bagi memastikan rakyat dan seluruh Masyarakat negara ini faham dan benar-benar hadam akan perubahan yang akan Parti ini bawakan apabila berjaya memerintah negara pada masa hadapan..
Berikut merupakan berita penuh mengenai kenyataan ini:-

Pembuka tirai 2011 menyaksikan PAS akan mengadakan siri jelajah seluruh negara untuk memberi kesedaran supaya menilai perubahan yang ingin dibawa oleh parti itu dalam rangka menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Siri jelajah itu, dinamakan Projek 2011: Masa untuk berubah - PAS Sedia Gantikan Umno, dijadual berlangsung antara Januari hingga Mac 2011.

NONEKetua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan (kiri) berkata segala persiapan sedang dipergiatkan dan diatur melibatkan seluruh anggota Pemudanya dalam program tiga bulan itu.

"Kami juga telah mengeluarkan arahan untuk menggerakan jentera di setiap peringkat kawasan dan negeri,' katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Dalam siri jelajah yang akan bermula di Pahang dan berakhir di Terengganu itu, rombongan Pemuda PAS dijadual mengadakan sesi dialog dengan Pemuda negeri serta taklimat khas daripada Nasrudin.

Di sebelah malamnya pula akan diadakan ceramah perdana, dinamakan Pentas Pemuda.

Nasrudin berkata, setiap jentera Pemuda terlibat menyelesaikan culaan undi, daftar pemilik dan jumlah semak semasa berada di lapangan.

NONEDitanya bilangan anggota PAS akan turut serta, katanya, itu semua bergantung kepada keluasan sesuatu kawasan.

"Kita tidak meletakkan jumlah kapasiti, jumlah tenaga (ahli) bukan berada di atas kertas tetapi di lapangan kelak," ujarnya.

Nasrudin berkata, siri jelajah mencapai kemuncaknya pada 19 Februari, dijangka 30,000 Pemuda PAS Kedah akan menghadiri program tersebut.

Ditanya sama ada sudah memohon permit polis, Nasrudin memberitahu telah memohon permit daripada pihak berkuasa untuk kesemua siri jelajahnya.

"Ada negeri dah serah borang permohonan dua minggu lebih awal untuk mohon permit," kata beliau yang menjangka tiada masalah akan timbul dalam program sulung mereka untuk tahun depan itu

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse