Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 15 Disember 2010

PARTI KITA-SEJAUH MANA PERJALANAN ZAID IBRAHIM?


salam kepada semua...

Penulis Smart Generation ingin membuat sedikit ulasan ringkas berkaitan Parti Baru yang disertai oleh Datuk Seri Zahid Ibrahim selepas beliau meninggalkan Parti PKR baru-baru ini.Tampaknya kemasukan dalam Parti AKIM yang kini dikenali sebagai KITA (Kesejahteraan Insan Tanah Air) merupakan peluang baik buat beliau dalam meneruskan agenda dan perjuangannya.Beliau mengambil langkah bijak dan mudah dalam usaha untuk menubuhkan Parti baru dan mendapat kelulusan yang begitu cepat.

Parti KITA ini akan menjadi lagi satu Parti tarikan di negara ini,Namun bagi Penulis Smart Generation parti ini memerlukan sokongan daripada Parti-parti yang telah lama wujud dan berada di bawah satu naungan jika mahu terus kekal kukuh.Adakah Parti ini akan berada di Pihak Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat masih lagi menjadi tanda tanya dan persoalan?

Apa yang patut dilakukan oleh Parti KITA ini adalah memastikan bahawa mereka adalah kumpulan baru yang juga bakal membawa masa depan politik tanah air ini.Mungkin dalam kehangatan perbalahan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Parti KITA ini akan menggunakan peluang ini dengan sebaiknya bagi menarik sokongan masyarakat sebagai pilihan Alternatif.Semua ini bergantung kepada ahli-ahli Parti yang komited dan berpegang teguh dengan perjuangan ini.

Parti KITA akan dijadikan sebagai Parti Nasional yang akan disertai oleh setiap lapisan masyarakat dan kaum di negara ini.Namun,Penulis Smart Generation masih lagi menimbulkan persoalan adakah Datuk Zaid Ibrahim ini memerlukan kuasa tertinggi dan mahukan jawatan Presiden?Adakah beliau mahu menjadi penguasa kepada sesebuah parti dan tidak mahu hanya menjadi sebagai golongan yang membantu dalam membawa perubahan kepada Parti.Apakah sebab utama beliau meninggalkan PKR sebelum ini?Adakah kerana beliau tahu bahawa memang beliau tidak akan menang dalam Pemilihan Timbalan Presiden PKR yang lalu?

Selain Zaid, tiga lagi pemimpin KITA dipilih dalam mesyuarat hari ini iaitu Rashid Azad Khan sebagai bendahari pusat serta dua anggota jawatankuasa eksekutif pusat iaitu Muhammad Firdaus Abdullah dan Abdul Malek Shamsuddin.Jawatan lain dalam parti itu akan diumumkan dalam satu lagi mesyuarat parti itu pada 19 Januari depan, kata Zaid dalam ucapan penangguhannya.Lambang dan matlamat parti itu juga akan didedahkan pada tarikh berkenaan, katanya lagi.Dalam mesyuarat yang dihadiri seramai kira-kira 150 orang perwakilan itu, beliau turut memberi jaminan bahawa KITA akan menjadi parti yang berpengaruh dalam masa yang singkat.AKIM merupakan sebuah parti yang kecil dan parti itu juga baru ditubuhkan semenjak tahun 1994.

Penulis Smart Generation membuat andaian ringkas,jika Zaid Ibrahim gagal dalam menjadi Kapten dan Nakhoda kepada Parti baru ini dan gagal membawa kemenangan dalam Parti KITA ini,adakah beliau akan turut melepaskan jawatan sebagai Presiden Parti ini dan meninggalkan Parti ini?Jika Zaid Ibrahim mampu membawa perubahan kepada Parti Politik ini dan memberikan nafas dan peluang baru buat rakyat,Mungkin Zaid Ibrahim bakal merubah landskap Politik negara ini.


Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse