Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 9 Disember 2010

TARIKH SEBENAR KERAJAAN MELAYU MELAKA

salam kepada semua..

 Penulis Smart Generation membawakan satu lagi berita dan maklumat yang kita ketahui berkaitan sejarah di Negara ini iaitu Tarikh Sebenar kewujudan kerajaan Melayu Melaka.Seperti yang kita ketahui sebelum ini Kerajaan Melayu melaka di asaskan pada 1400,Namun satu kajian dan penyelidikan yang dijalankan telah menyebut bahawa Tarikh Kerajaan Melayu Melaka adalah lebih awal daripada itu.Seharusnya Tarikh yang benar-benar tepat harus digunakan terutama yang melibatkan Sejarah yang di ajar kepada para pelajar sekolah yang telah menggunakan Buku Teks Sejarah yang sedia ada sekarang ini.Sejarah adalah sesuatu fakta dan terbukti kebenarannya.Mulai Tahun depan Matapelajaran sejarah menjadi Matapelajaran Wajib lulus kepada semua pelajar yang menduduki SPM.Ketepatan Tarikh sebenar kerajaan Melayu Melaka ini harus dinyatakan.

Beikut merupakan kenyataan Penuh berhubung isu ini:-

Isu penemuan tarikh baru kerajaan Melayu Melaka yang dikatakan diasaskan pada tahun 1262 dan bukannya 1400, perlu diselesaikan segera sebelum mata pelajaran Sejarah dijadikan subjek wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman berkata ia penting bagi mengelakkan sebarang kekeliruan timbul di kemudian hari.

Katanya, ketika ini kajian penemuan tarikh terbaru itu sedang dijalankan oleh agensi kerajaan negeri Melaka, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) dan difahamkan banyak persoalan timbul hasil daripada penemuan tersebut yang belum terjawab."Saya juga ada terlibat dalam jawatankuasa itu, tetapi bukan sebagai penyelidik dan didapati banyak persoalan yang timbul untuk menentukan tarikh mana yang betul."Kalau hendak dilihat berdasarkan pada tarikh dalam konteks kubur-kubur yang kita lihat pada zaman kerajaan Johor-Riau-Lingga itu, kita harus lihat bagaimana kita hendak sesuaikan tarikh baru dengan data tersebut," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau yang juga pakar arkeologi berkata demikian selepas membentangkan kertas kerja bertajuk "Hubungan Kerajaan-kerajaan Awal di Malaysia Sebelum 1400 Masihi" sempena Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi Ke-23 di Jabatn Arkib Negara.Majlis itu yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Arkib Negara, Dr Samsiah Muhamad, menyaksikan hampir 100 orang dari persatuan sejarah negeri, pensyarah serta mahasiswa menyertai majlis itu anjuran jabatan berkenaan.

Pada 31 Mei lepas, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengumumkan bahawa sepasukan penyelidik yang dilantik kerajaan negeri menemui tarikh baru kerajaan Melayu Melaka diasaskan iaitu pada tahun 1262, yang sekaligus menolak tarikh yang diumumkan sebelum ini iaitu 1278 oleh pasukan penyelidik itu pada bulan lepas dan juga menolak pendapat penulis terdahulu yang menyatakan Melaka diasaskan pada tahun 1400.

Nik Hassan Shuhaimi berkata biarpun penemuan tarikh terbaru itu diperakui oleh kerajaan Melaka, namun dalam bentuk akademik ia perlu dibincangkan secara jitu bagi memastikan kesahihan tarikh tersebut agar ia dapat digunakan oleh generasi akan datang."Justeru, saya rasakan 'dialog' antara pakar arkeologi, masyarakat, amat penting untuk dipraktikkan serta diperbanyakkan selepas sesuatu penemuan terbaru bagi memastikan semua pihak berpuas hati kerana sejarah berasaskan kepada konsep kebenaran."Selalunya, apabila ahli arkeologi menemui sesuatu, mereka akan terus mengumumkannya tanpa mengadakan "dialog" dan saya lihat situasi ini perlu diubah kerana kadangkala kesimpulan yang mereka ambil hasil daripada penemuan itu dipengaruhi oleh pemikiran, mazhab dan kepercayaan mereka," katanya. - BERNAMA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Kebenaran dalam ketuanan Melayu
Oleh NORALI NORDIN

Apakah kandungan Perlembagaan Persekutuan? Di antara asas penting Perlembagaan Persekutuan ialah di bawah Perkara 3, bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Di bawah Perkara 32 (1) bahawa Kepala Utama Persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agong yang dilantik di antara Sultan-Sultan yang menganggotai Majlis Raja-Raja.

Di bawah Perkara 152, bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi Malaysia. Dan, di bawah Perkara 153, bahawa orang-orang Melayu di beri hak keistimewaan berbanding bangsa Cina dan India. Di samping itu, di bawah Perkara 89, terdapat peruntukan mengenai tanah Rezab Melayu dan lain-lain peruntukan yang melindungi orang-orang Melayu.
Jika diperhatikan kesemua Perkara-perkara yang membentuk teras Perlembagaan seperti yang tersebut di atas adalah bertunjangkan bangsa Melayu. Ia tidak boleh dipinda walaupun dengan undi 2/3 Parlimen kerana menurut Perkara 159 (5) ia memerlukan kebenaran Majlis Raja-Raja Melayu.

Mengapakah terdapat peruntukan yang bertujuan untuk melindungi hak-hak Melayu? Perkara ini terjadi kerana semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu (sebelum ditukar nama kepada Malaysia), Suruhanjaya Reid iaitu pihak yang bertanggungjawab menulis Perlembagaan Persekutuan, mengakui bahawa Semenanjung Tanah Melayu adalah milik bangsa Melayu. Kerana itulah juga namanya disebut sebagai Semenanjung Tanah Melayu. Keseluruhan perkara-perkara yang diperincikan oleh Suruhanjaya Reid melalui Perlembagaan Persekutuan bagi melindungi orang-orang Melayu sebenarnya adalah sebagai timbal balas kepada kesanggupan Raja-Raja Melayu memberikan kewarganegaraan secara jus soli kepada sejuta orang bangsa Cina dan India yang diambil sebagai pekerja oleh pihak British.

Secara dasarnya, para pekerja ini apabila habis kontrak bekerja maka mereka wajib dibawa balik oleh British ke negara masing-masing.... .Sepatutnya, pihak British membawa kesemua pekerja ini ke England dan memberi kerakyatan British.....

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse