Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 9 Disember 2010

ROGOL:SELANGOR PALING TINGGI

Salam kepada semua..

Penulis Smart Generation pada hari ini ingin mendedahkan statistik yang telah dikeluarkan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Hisyamuddin Tun Hussin mengenai jenayah rogol yang berlaku dalam negara kita dalam tahun 2010 ini.Kes Rogol ini masih berleluasa di dalam negara.Diharapkan kepada golongan wanita yang sering kali menjadi mangsa supaya lebih berhati dan berwaspada dengan situasi dan keadaan yang berlaku di sekeliling.Pencegahan haruslah diutamakan terutama janganlah memakai pakaian yang menjolok mata dan seksi kerana perkara ini adalah faktor utama gejala seperti ini berlaku.Islam menggariskan langkah pencegahan yang paling utama iaitu menutup aurat.
Berikut merupakan kenyataan yang telah dikeluarkan..:-

Selangor mencatat jumlah kes jenayah rogol tertinggi dari Januari hingga Ogos tahun ini dengan 456 kes daripada keseluruhan 2,426 kes yang dilaporkan di seluruh negara.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bilangan terendah pula dicatatkan di Perlis iaitu 18 kes."Kes jenayah seksual seperti rogol, sumbang mahram dan mencabul kehormatan adalah satu jenayah yang tidak berperikemanusiaan."Pihak polis memandang serius kes-kes seumpama ini kerana majoriti mangsa yang terlibat adalah dari kalangan kanak-kanak yang masih mentah dan lemah," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) di Dewan Rakyat, Khamis.

Kok meminta kementerian menyatakan pecahan laporan kes rogol, sumbang mahram dan pencabulan seksual yang diterima oleh polis di setiap negeri dan jumlah kes yang telah didakwa di mahkamah.Hishammuddin berkata, bagi kes jenayah sumbang mahram pula, jumlah tertinggi dilaporkan di Johor iaitu 43 kes daripada keseluruhan 289 kes, manakala kes terendah dicatatkan di Perlis iaitu satu kes.Jumlah kes mencabul kehormatan yang dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Ogos 2010 adalah 1,441 kes.
Jumlah kes tertinggi dilaporkan di Johor iaitu 216 kes manakala kes terendah adalah di Perlis iaitu sebanyak 20 kes.

Hishammuddin berkata, bagi tempoh itu juga sebanyak 119 kes (lima peratus)daripada 2,426 kes melibatkan jenayah rogol dan sumbang mahram telah dibawa ke mahkamah manakala bagi kes mencabul kehormatan, sebanyak 73 kes (lima peratus)daripada 1,441 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama telah dihadapkan ke muka pengadilan.Kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pula, Hishammuddin berkata, sehingga 31 Julai lepas jumlah anggota polis di seluruh negara ialah 106,530 orang."Daripada jumlah tersebut, 84,523 orang (79.34 peratus) adalah Melayu, 2,210 (2.07 peratus) kaum Cina, 3,624 (3.4 peratus) kaum India dan 15,886 (14.91 peratus) kaum-kaum lain.Bagi Jabatan Imigresen pula, terdapat 11,017 kakitangan terdiri 9,598 (87.12 peratus) Melayu, 322 (2.92 peratus) kaum India, 208 (1.87 peratus) kaum Cina, 813 (7.38 peratus) kaum Bumiputera (Sabah dan Sarawak) dan 76 (0.69 peratus) kaum-kaum lain. - BERNAMA

1 ulasan:

.. berkata...

prangai cm sial.. sorry to say..

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse