Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 4 Disember 2010

MAHA INTERNATIONAL 2010



salam kepada semua..

Pada hari ini Penulis Smart Generation berkesempatan untuk pergi ke Pameran MAHA INTERNATIONAL 2010 atau nama penuhnya Malaysia Agriculture,Horticulture and Agrotourism International Show 2010 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang(MAEPS).

Pameran ini di buka kepada Umum daripada 26 November sehingga 5 desember 2010 ini bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.Pameran MAHA 2010 ini merupakan Pameran yang terbesar di Malaysia dan pernah dicatatkan di dalam Malaysia Book Of Record pada penganjurannya yang lalu iaitu pada tahun 2008.

Penulis Smart Generation merasa teruja berkunjung ke Pameran MAHA 2010 pada tahun ini kerana ini merupakan kali pertama Penulis mendapat peluang untuk menjejakkan kaki ke tapak Pameran paling berprestij di Malaysia ini.Sebenarnya banyak perkara yang boleh di lihat melalui Pameran MAHA ini terutama dari segi ekonomi orang melayu sendiri.Kalau di lihat daripada penyertaan dalam Pameran MAHA ini hampir 90 % adalah daripada Bumiputra Melayu.Sememangnya orang melayu mempunyai potensi untuk berjaya dalam bidang berasaskan perniagaan ini.Namun,Penulis merasakan mungkin sikap orang melayu yang mudah berpuas hati dengan pencapaian dan hasad dengki sesama sendiri menyebabkan perniagaan orang melayu ini sedikit ketinggalan.Namun apa yang lebih penting adalah Masyarakat mula sedar akan bertapa besarnya sumbangan ekonomi daripada Bidan Pertanian dan perternakan ini.

Berikut Penulis terangkan sedikit sebanyak mengenai Pameran MAHA 2010 yang sedang berlangsung sekarang ini:


Siri pameran dwitahunan MAHA Antarabangsa 2010 merupakan pameran pertanian yang terulung di Malaysia. Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA. Ia merupakan pameran yang terbesar dan paling komprehensif di rantau ini dan mungkin di Asia. MAHA Antarabangsa 2010 akan diadakan daripada 26 November 2010 dan berlanjutan selama 10 hari sehingga 5 Disember 2010. Ia dijangka akan berasakan kepada kejayaan MAHA 2008 yang merupakan pameran terbesar dan telah tercatat di dalam Malaysia Book of Records. Adalah menjadi satu kepastian untuk semua industri yang berkaitan akan mengambil bahagian. Pameran tahunan ini menjanjikan teknologi terkini dengan demonstrasi yang lebih menarik dan tepat dengan juga aktiviti perdagangan yang akan menarik para pengunjung perdagangan tempatan dan luar negeri. Ia merupakan pameran para pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia. MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Lebih daripada 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil sederhana akan mengambil bahagian. MAHA Antarabangsa 2010 akan mempamerkan produk pertanian daripada 28 negara.

Tema MAHA Antarabangsa 2010 “Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan” memberi tanda permulaan era inovasi pertanian dan industri berasaskan pertanian daripada rantau ini.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse