Salam kepada semua..
Tahun 2011 bukan sahaja memberikan semangat dan azam baru buat di ri kita,tetapi Parti Politik di Negara ini turut sama membuat azam bagi tahun 2011 ini.Terbaru Slogan "Umno Dahulukan Rakyat" akan diperkasakan pada 2011 bagi memberi mesej jelas bahawa Umno sentiasa mahu melakukan yang terbaik dalam hal pembangunan rakyat dan negara.Sememangnya UMNO akan terus memperkasakan parti ini untuk terus mendapat mandat daripada Rakyat untuk Pilihan Raya Umum yang akan datang.Penerangan dan pemahaman kepada rakyat merupakan salah satu kunci dan faktor terbesar dalam membantu kemenangan pada Pilihan Raya Umum.Untuk era baru dalam Politik Negara,Rakyat sudah bijak untuk memilih pemimpin mereka.Kalau dahulu sesiapa sahaja yang mewakili Parti menjadi Calon Pilihan Raya yang disokong oleh rakyat akan menang,tetapi sekarang ini Pilihan Calon menjadi kritria utama iaitu Calon yang boleh diterima oleh rakyat di kawasannya dan menjadi juara rakyat.Tetapi mungkin anggapan ini hanya berlaku di kawasan desa dan pendalaman sahaja dan berbeza daripada Calon Pilihan Raya di kawasan Bandar.Tahun 2011 akan menjadi penentu kepada Hala tuju Parti Politik di Negara ini sama ada terus menjadi Pilihan Rakyat atau terus di Tolak oleh rakyat.
Berikut merupakan kenyataan mengenai perkara ini:-
Slogan "Umno Dahulukan Rakyat" akan diperkasakan pada 2011 bagi memberi mesej jelas bahawa Umno sentiasa mahu melakukan yang terbaik dalam hal pembangunan rakyat dan negara, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Pelaksanaannya akan digiatkan melalui program Juara Rakyat yang akan dianjurkan sepanjang tahun dan disuntik dengan "gaya baru" dengan tema berbeza setiap bulan, katanya.
"Tema (program Juara Rakyat) untuk bulan Januari ialah pendidikan dan program ini akan bemula dengan gaya baru dengan mengadakan ceramah juara rakyat ketika aktiviti sedang berjalan.
"Ianya tidak seperti biasa yang hanya melibatkan pameran dan lawatan sahaja seperti sebelum ini dan ini dilakukan bagi memberikan penerangan yang jelas kepada peringkat akar umbi," katanya ketika dihubungi Bernama.
Program Juara Rakyat pada bulan Februari akan membawa tema "kebajikan" sebelum diteruskan dengan tema-tema lain selepas itu, katanya.
"Kita sasarkan minimum kita akan adakan satu program Juara Rakyat di semua bahagian bermula tahun ini," katanya.
Tahun lepas, Umno berjaya menganjurkan 2,000 program Juara Rakyat di seluruh negara, katanya.
Ahmad berkata Umno juga mahu memberikan mesej yang jelas kepada rakyat bahawa parti itu dan Barisan Nasional (BN) sentiasa mahu menjadi pilihan utama mereka untuk pembangunan ekonomi dan sosial.
"Kita akan jelaskan misi kita untuk menjadi juara di hati rakyat, sedia berbakti di barisan hadapan demi rakyat dan sentiasa mencari yang terbaik untuk diberikan kepada mereka," katanya.
--Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan