Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 23 Januari 2011

TAHNIAH DATUK KERANA JUARA TERBUKA MALAYSIA 7 KALI...!!!!!!!!


salam kepada semua...



TAHNIAH LEE CHONG WEI JUARA TERBUKA MALAYSIA SEBANYAK 7 KALI...!!!!!!
PEMAIN NOMBOR SATU NEGARA INI BERAKSI CEMERLANG UNTUK MENJUARAI TERBUKA MALAYSIA MENGALAHKAN TAUFIK HIDAYAT DARIPADA INDONESIA......



PENULIS SMART GENERATION MEMANG SUKA MENONTON PERLAWANAN BADMINTON KALAU CHONG WEI MAIN DI FINAL NI......



BAGI PENULIS...KALAU CHONG WEI MENANG DENGAN LIN DAN..DAN DAPAT KALAHKAN LIN DAN....BARULAH KEMENANGAN ITU PALING BERMAKNA....




HARAP CHONG WEI DAPAT BUKTIKAN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA AKAN MENANG DENGAN LIN DAN PADA PERINGKAT AKHIR SELEPAS INI....




Berikut merupakan berita penuh mengenai perkara ini :-


Jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei, meraih gelaran ketujuh Terbuka Malaysia selepas mudah menewaskan pemain Indonesia, Taufik Hidayat, 21-8, 21-17 di Stadium Putra, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Chong Wei hanya mengambil masa 36 minit untuk memenangi perlawanan yang merangkul hadiah AS$30,000 (RM91,800).

Kali pertama Chong Wei memenangi kejohanan itu ialah pada 2004 dan hanya sekali gelaran terlucut daripada genggamannya pada 2007.

Pemain nombor satu dunia itu semakin menghampiri rekod bekas pemain negara, Wong Peng Soon yang menjuarai kejohanan itu sebanyak lapan kali sejak diperkenalkan pada 1937.

Sebelum ini Taufik terlebih dulu menempah tiket ke final menerusi kemenangan 21-15, 21-19 ke atas rakan senegaranya, Simon Santoso dalam tempoh 49 minit.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut