Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 19 Januari 2011

JANGAN FITNAH PEMIMPIN PAS........!!!!!!!!!!


salam kepada semua....


Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) mengakui tiada pemimpin PAS yang sempurna, mereka boleh ditegur mengikut cara yang betul tetapi jangan sampai membuat fitnah bukan-bukan kerana pereka cerita fitnah tidak akan selamat di dunia dan akhirat.

Dalam pada itu, beliau sangat menghargai kesanggupan semua pemimpin PAS dan ahli walaupun memegang berbagai gelaran hieraki ilmu seperti MA dan PhD yang sanggup terjun dalam perjuangan Islam di negara ini bersama dengan PAS.

Menurutnya, jika pemimpin itu ingin hidup senang dan selesa, mereka hanya perlu terus berkhidmat dengan pihak berwajib misalnya dengan gaji RM15 ribu sebagai seorang profesor.Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah pemegang ijazah sarjana MA pada 1960-an di ketika itu UKM pun belum wujud lagi di negara ini, begitu juga dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi yang mempunyai MA pada tahun 1970-an.

Menurutnya, jika diikut logik berfikir, agak mustahil mereka ingin membawa PAS menyertai BN setelah mereka menghabiskan sebahagian besar dari umur hayat mereka di dalam perjuangan Islam ini dan di hujung usia ingin pula bersama dengan BN.

Beliau menegaskan tugas sebagai pemimpin sangat berat dan besar tanggungjawabnya . Allah SWT hanya menilai amalan takwa yang dilakukan oleh mana-mana individu termasuk pemimpin dan ahli biasa parti, jelasnya.

Beliau berkata demikian di dalam kuliah tarbiah bulanan yang diadakan setiap Selasa minggu ketiga bermula 9.30 malam di Seksyen 18, dekat sini yang sudah berjalan sejak 10 tahun lalu membicarakan buku Fiqh Harakah karangan Ustaz Abdul Hadi.

Dalam pada itu, beliau berkata, tiada pemimpin PAS secara individu boleh membawa parti menyertai atau menjadi parti komponen mana-mana parti lain seperti BN tanpa mendapat mandat daripada muktamar penuh.
Kerana itu, tiada sebab untuk sesiapa sahaja meragui atau bimbang dengan perjalanan parti apatah lagi menyertai BN sebab PAS mempunyai perlembagaan kukuh dan mantap yang digubal oleh mereka berpengalaman.

Ustaz Idris menambah, jika pemimpin itu ingin menyertai BN dengan tidak mendapat mandat daripada muktamar, hanya individu itu sahaja yang boleh berbuat demikian.Mereka, jelasnya, tidak boleh membawa parti secara keseluruhannya untuk sama-sama mengikut mereka dan telah jelas selama ini, mereka yang menyertai Umno BN akan 'mati' begitu sahaja.

"PAS ini bukan parti milik mana-mana individu," tegasnya yang meminta mereka yang masih sangsi agar melihat semula semua isi kandungan buku perlembagaan PAS yang jelas memaktubkan bagaimana caranya untuk sesuatu keputusan besar.Mereka, jelasnya, tidak boleh membawa parti secara keseluruhannya untuk sama-sama mengikut mereka dan telah jelas selama ini, mereka yang menyertai Umno BN akan 'mati' begitu sahaja.

"PAS ini bukan parti milik mana-mana individu," tegasnya yang meminta mereka yang masih sangsi agar melihat semula semua isi kandungan buku perlembagaan PAS yang jelas memaktubkan bagaimana caranya untuk sesuatu keputusan besar.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut