Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 10 Januari 2011

PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT HANYA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK...!!!!!!!!!



DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK HARI INI MEMBIDAS PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT SEBAGAI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN POPULIS....


PERKARA INI ADALAH KERANA PROGRAM 100 HARI INI TIDAK BERPAKSI KEPADA KENYATAAN  DAN TIDAK JELAS DARI SEGI SUMBER KEWANGANNYA.....


ADAKAH PROGRAM INI MERUPAKAN SATU STRATEGI PAKATAN RAKYAT UNTUK MEMENANGI PILIHAN RAYA UMUM SEMATA-MATA..???



KALAU PROGRAM INI DILAKSANAKAN TANPA MENGIRA PENDAPATAN NEGARA...APAKAH JAMINAN MASA DEPAN KEPADA ANAK CUCU RAKYAT MALAYSIA BENAR-BENAR TERJAMIN ATAU NEGARA AKAN MENUJU KEPADA SATU KRISIS YANG TERUK KERANA PROGRAM INI,...????



WALAU APA PUN...RAKYAT MEMANG SUKA KALAU KEBAJIKAN MEREKA TERJAMIN....


RAKYAT AKAN SOKONG PARTI YANG MEMPERJUANGKAN KEBAJIKAN MEREKA....



TETAPI SEKADAR JANJI POLITIK RAKYAT TIDAK BODOH...!!!!!!!




PENUHI SEGALA MANIFESTO PILIHAN RAYA UMUM KE-12 LALU TERUTAMA DI NEGERI-NEGERI YANG PAKATAN RAKYAT KUASAI....



KALAU BENAR-BENAR BERJAYA..BARU RAKYAT AKAN SOKONG SEPENUHNYA....!!!!!!!



Berikut merupakan kenyataan penuh mengenai perkara ini :-


Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas pelan 100 hari yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang bulan lalu, yang disifatkannya sebagai populis dan tidak bertanggungjawab.

prime minister najib razak at bn meeting press conference 2Perdana Menteri berkata selepas dikaji pelan itu, ia sebenarnya tidak berpaksi kepada kenyataan kerana tidak ada pembentangan dari segi punca kewangannya.

"Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadaikan masa depan negara. Kita tidak boleh begitu, tidak bertanggungjawab sama sekali sehingga anak dan cucu kita merana nanti.

"Malah, tak perlu tunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja, mengikut perkiraan kita, jika janji itu dilaksanakan tanpa mengambil kira kemampuan negara," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.
Hapuskan tol

Bulan lalu, Pakatan Rakyat mengemukakan tawaran dalam Program 100 hari yang mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.

plus highway sg besi 180205 aerial view 02 close upAntaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

FeldaSambil mengingatkan rakyat mengenai bidalan Melayu lama "jangan kerana menang sorak, kampung tergadai", Najib percaya sebagai penjawat awam yang amat berpengetahuan, mereka boleh membuat penilaian sendiri.

"Saya selalu berpegang kepada ungkapan, jika ia begitu baik, sudah pasti ia tidak benar.

"Jadi, jika kita percaya sesuatu yang begitu baik sekali, tetapi tidak berpegang atau berpijak pada bumi yang nyata, bahawa kita menipu diri kita sendiri dan jika kita percaya ia adalah kesilapan kita sendiri," katanya.

NONEBeliau juga berkata ia ibarat individu yang mengidamkan kereta dan rumah yang lebih besar dan segala kemudahan lain yang tentunya perlu berdasarkan kemampuan sendiri.

Katanya beliau hairan dan berasa aneh kerana segala langkah yang dibentangkan dalam pelan tersebut yang bersifat populis itu tidak disebut langsung dari segi punca kewangannya.

"Jadi, kalau begitu, bagaimana segala yang dijanjikan kepada rakyat boleh dilaksanakan dan ditunaikan," katanya.

Kerajaan BN bertanggungjawab
Sehubungan itu, Najib berkata beliau mahu penjawat awam mempertingkatkan momentum pada tahun ini untuk melaksanakan segala agenda dan dasar utama negara.

Katanya ini kerana apa yang telah dibentangkan dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan, merupakan kerajaan yang bertanggungjawab, iaitu tidak membuat janji yang tidak boleh ditunaikan, yang bertentangan dengan pelan 100 hari Pakatan Rakyat.

azlanKatanya beliau juga mahu tahun ini dapat mengulangi kejayaan tahun lalu, iaitu berjaya membawa negara melepasi kesan buruk krisis global yang telah melanda dunia dan berjaya membentangkan agenda utama kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), Model Baru Ekonomi dengan lapan strategik, pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan bajet 2011.

NONEKatanya penjawat awam dan institusi perkhidmatan awam adalah kumpulan yang sangat penting untuk menentukan segala yang telah dirancang dan dibentangkan sebagai agenda dan dasar utama negara agar dapat dilaksanakan dan kesannya dapat disampaikan kepada kumpulan sasar dan rakyat keseluruhannya.

"Sebagai penjawat awam, saya berharap segala yang perlu dilaksanakan, setelah semua tatacara peraturan kewangan dipatuhi, dilaksanakan secepat mungkin, jika kita hendak negara terus maju dan mencapai kejayaan, agar segalanya dapat dirasai dampaknya dan hasilnya kepada rakyat," katanya.

- Bernama









Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse