Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 5 Januari 2011

GERHANA MATAHARI DI ASIA BARAT DAN EROPAH TAHUN 2011


salam kepada semua...

Gerhana Matahri diberitakan berlaku pada hari semalam di beberapa Negara Eropah,Asia dan Asia Barat......

Allah telah mengajar kita melalui firmanNYA dalam surah Yaasin ayat 38-40 yang bermaksud:

“Dan matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.”

Gerhana matahari yang berlaku adalah perintah Allah untuk mengingatkan manusia supaya bertaubat, memohon ampun dan sentiasa membesarkannya.

Perbuatan solat gerhana matahari dan bulan serta khutbah adalah sunat muakkad kerana Rasulullah SAW pernah melakukannya ketika berlaku gerhana matahari.

Apabila terjadinya gerhana matahari, baginda SAW bergegas ke masjid menyeru kaum muslimin untuk bersama solat gerhana matahari.

Selesai daripada solat, baginda SAW naik ke mimbar menyampaikan khutbah yang mengandungi nasihat yang sangat penting.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abi Bakrah r.a yang bermaksud:

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya bertakbirlah, berdoalah kepada Allah, bersolatlah dan bersedekahlah. Wahai umat Muhammad, tidak ada yang lebih cemburu (marah) mengatasi kemarahan Allah atas perbuatan zina di kalangan hamba-Nya sama ada lelaki atau perempuan. Wahai Umat Muhammad, demi Allah, jika kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis”. (Hadith riwayat Muslim)

Antara intisari nasihat baginda ini ialah pertama, meningkatkan keimanan dan ketaqwaan serta berserah diri hanya kepada Allah; kedua, banyak merenung rahsia ciptaan Allah supaya memperoleh rasa cinta yang tinggi; ketiga, berwaspada menghadapi fitnah zina; dan keempat, kemuncak taqwa ialah kurangkan keseronokan dan banyakkan keinsafan.

Umat Islam perlu menyedari dan meyakini bahawa kejadian gerhana ini bukanlah semata-mata kerana kejadian alam dan putaran biasa alam, bahkan yang paling besar, gerhana matahari adalah tanda kekuasaan Allah, amaran Allah supaya menjauhi maksiat dan peringatan Allah sebelum berlakunya hari kiamat.

Sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud :

“Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.”

Hadith ini keluar daripada mulut Rasulullah  pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana.

Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Adalah sebaik-baiknya memulakan solat gerhana matahari berjemaah di surau atau masjid di tempat anda kerana dapat mendengar khutbah yang bakal dibacakan oleh khatib.

Hukum khutbah dan solat gerhana adalah sunat muakad(yang dituntut).


BAGAIMANA GERHANA MATAHARI BERLAKU..????

Gerhana Matahari menurut ilmu Astronomi

(Gambar: kedudukan matahari, bulan dan bumi semasa gerhana matahari)

Menurut astronomi, gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari, ia menutup cahaya matahari sama ada separa atau sepenuhnya.

Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

Gerhana matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana anulus.

Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana anulus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.

Gerhana matahari tidak berlaku setiap bulan kerana satah bulan tidak betul-betul berada di satah ekliptik (jalan yang dilalui bumi) kerana satah bulan condong sebanyak 5 darjah.

Satah ekliptik dan satah bulan hanya bertemu pada 2 titik pertemuan sahaja.

Hanya di titik ini atau sangat berdekatan dengan titik ini saja, gerhana akan berlaku. Sekiranya bulan 0.5° di atas atau di bawah matahari, maka ia akan melaluinya tanpa menghalang cakera matahari dari sampai ke bumi dan tidak akan berlaku gerhana.
Berikut merupakan berita mengenai perkara ini:-

Langit musim sejuk bertukar menjadi gelap di Switzerland kerana fenomena gerhana matahari separa yang bermula di Asia Barat dan melitupi hampir seluruh Eropah pada pagi semalam.Sebuah akhbar melaporkan, keadaan di bandar raya ini menjadi gelap seperti senja semasa orang ramai berpusu-pusu keluar dari tren dan bas untuk ke tempat kerja.

Gerhana itu dapat dilihat dengan jelas di Geneva dan beberapa kota lain di Switzerland menjelang pertengahan waktu pagi sebelum langit beransur cerah.Gerhana itu buat pertama kalinya dilihat adalah di langit Baitulmuqaddis manakala gerhana matahari paling jelas berlaku di Sweden apabila hampir 85 peratus matahari berada di belakang bulan.

"Kerana jajaran kedudukan bulan dengan matahari, gerhana kali ini kelihatan kecil," kata seorang ketua balai cerap, Tycho Brahe di selatan Sweden.Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada di antara matahari dan bumi menyebabkan bayang bulan dapat dilihat dari bumi manakala dalam gerhana separa hanya sebahagian matahari terhalang oleh bulan.Sementara itu, penduduk di pedalaman Rusia, Kazakhstan, Mongolia dan barat daya China dapat melihat gerhana matahari itu pada waktu senja.
- Agensi

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse