Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 6 Januari 2011

ADAKAH TAN SRI KHALID IBRAHIM AKAN MOHON DERHAKA DENGAN SULTAN SELANGOR??????


salam kepada semua...


TAN SRI KHALID IBRAHIM HARI INI BERSAMA BARISAN EXCO KERAJAAN SELANGOR KE MAJLIS ANGKAT SUMPAH SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR YANG BARU DATUK MOHD KUSRIN SEBAGAI TANDA MENGHORMATI DAN TAAT SETIA KEPADA SULTAN SELANGOR.........
SULTAN SELANGOR SEBELUM INI DALAM TITAH UCAPANNYA BERKATA SUPAYA SEMUA PIHAK MENERIMA PERLANTIKAN SUK KERAJAAN BARU INI DAN MEMBERIKAN KERJASAMA YANG BAIK KEPADA MOHD KUSRIN.....


SULTAN SELANGOR TIDAK MAHU ISU PERLANTIKAN SUK KERAJAAN SELANGOR INI DIPOLITIKKAN.......

ADAKAH TAN SRI KAHLID IBRAHIM BENAR-BENAR BOLEH MENERIMA NASIHAT SULTAN SELANGOR INI..?????


ADAKAH TAN SRI KHALID IBRAHIM AKAN MOHON UNTUK DERHAKA KEPADA SULTAN SELANGOR BAGI MEMBANTAH PERLANTIKAN MOHD KUSRIN YANG TELAH DILANTIK SECARA SAH OLEH BAGINDA TUANKU..?????


KITA TUNGGU DAN LIHAT........


Berikut merupakan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim:-


KENYATAAN MEDIA 6 JANUARI 2011

Kerajaan Negeri Selangor telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) dan menyatakan rasa terkilan Negeri Selangor dalam isu pelantikan SUK. Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

Kerajaan Negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai.Pentadbiran Negeri Selangor telah memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor beberapa perkembangan hasil dari pertemuan pada 3 Januari, termasuk cadangan memulakan proses penyelesaian dengan SPA.

Pentadbiran Kerajaan Negeri kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan berkepentingan dalam soal ini. Media perdana pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara Istana dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.Justeru itu, kehadiran seluruh Exco Kerajaan Negeri hari ini di dalam majlis penuh istiadat iaitu Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran Dato’ Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah ( S.S.I.S ) Darjah kelas Pertama Kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, SPMS; Raja Muda Selangor. sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor.

Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Dato’ Khusrin, kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana.

Kita juga telah memberi maklum kepada DYMM Sultan bahawa Pentadbiran Kerajaan Negeri akan mengadakan Sidang Dewan Negeri Selangor dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri. Tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh kami menderhaka dengan Sultan dan Kerajaan negeri Selangor sebaliknya kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR









1 ulasan:

Ahmad berkata...

ADAKAH TAN SRI KHALID IBRAHIM AKAN MOHON UNTUK DERHAKA KEPADA SULTAN SELANGOR BAGI MEMBANTAH PERLANTIKAN MOHD KUSRIN YANG TELAH DILANTIK SECARA SAH OLEH BAGINDA TUANKU..?????

hahahaha lawak2.
bile Sultan Selangor lantik si Kusrin jd s/u kerajaan Selangor?

Mentaliti seperti pelajar tadika.

Yang lantik adalah kerajaan pusat.
Sultan cuma menerima dan si kusrin perlu mengadap Sultan dan Mb untuk sumpah rahsia.

Nama mahasiswa tapi xtahu beza anbtara melantik dan menerima pelantikan.

Kuasa melantik atau menolak perlantikan tiada pada sultan sebab kuasa itu telah dibubarkan oleh si derhaka (parti Umno).

Pi study law lah.

Baik pi tadika belajar tatabahasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut