Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 10 Januari 2011

TUN MAHATHIR MENGHARAPKAN KERAJAAN MEMBANGUNKAN SEMULA KAMPUNG BARU..!!!!!!


salam  kepada semua....


TUN MAHATHIR MOHAMAD MENGAKUI GAGAL MENYELESAIKAN ISU PEMBANGUNAN DAN PEMULIHAN KAMPUNG BARU..SEPANJANG 22 TAHUN BELIAU MENJADI PERDANA MENTERI...JARANG ADA PEMIMPIN YANG BERANI MENGAKUI KELEMAHAN MEREKA..APA PUN TUN MAHATHIR TELAH MENUNJUKKAN KEPADA KITA SALAH SATU CIRI DALAM KEPIMPINAN IAITU MENGAKUI KESILAPAN KITA.....
MASALAH YANG BERLAKU DI KAMPUNG BARU INI JUGA ADALAH KERANA PEMILIKAN DAN HARGA TANAH AKIBAT PENGHIJRAHAN PENDUDUK DAN SUKAR MENGENALPASTI PEWARIS.....



TUAN TANAH KAMPUNG  BARU MELETAKKAN HARGA TANAH YANG TERLALU TINGGI..DAN INI MENYEBABKAN PENIAGA DAN PELABUR MELAYU TIDAK MAMPU DENGAN KOS YANG TERLALU TINGGI......MUNGKIN RAMAI DIKALANGAN PENIAGA BUKAN MELAYU YANG MAMPU...DAN DIKHUATIRI NANTI AKAN HILANG SEJARAH KAMPUNG MELAYU INI KERANA SEMUANYA TELAH DI BELI OLEH ORANG BUKAN MELAYU........




TUN MAHATHIR MENGHARAPKAN SUPAYA PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK DAPAT MENGANGKAT MARTABAT WARGA MELAYU DI KAWASAN ITU DENGAN MEMBANGUNKAN KEMBALI KAWASAN MAJORITI MELAYU DI TENGAH-TENGAH PEMBANGUNAN DAN KEPESATAN KEMAJUAN KUALA LUMPUR.......






Berikut merupakan kenyataan Tun Mahathir Mohammad dalam Blog beliau..:-

1. Di antara kegagalan saya semasa menjadi Perdana Menteri ialah pemulihan dan pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

2. Setelah mengumumkan rancangan Kerajaan untuk membangunkan Kampung Baru KL, beberapa masalah timbul berkenaan dengan pemilikan tanah dan harga tanah.

3. Ramai penduduk Kampung Baru yang asal telah pun pindah dari situ kerana mereka setelah mencapai kemajuan mendapati Kampung Baru sudah tidak lagi selesa bagi mereka.

4. Di masa yang sama ramai tuan tanah telah meninggal dunia dan siapa pewaris mereka sukar dikesan.

5. Tuntutan harga oleh tuan tanah yang dikesan adalah terlalu tinggi dan ini akan menyebabkan kos pembangunan juga amat tinggi. Dengan ini orang Melayu tidak mungkin dapat membeli kedai atau ruang untuk kediaman apabila dibina. Mungkin orang bukan Melayu sahaja yang mampu.

6. Jika harta yang dibangunkan dijual kepada bukan Melayu maka akan hilanglah Kampung Baru sebagai kawasan Melayu di KL.

7. Untuk menentukan penduduk Kampung Baru terus berada di situ maka satu syarat yang telah dikenakan kepada pemaju ialah penduduk Kampung Baru bukan sahaja dibayar harga tanah tetapi mereka akan diberi tempat perniagaan dan kediaman di bangunan yang akan didirikan. Syarat ini boleh menjamin orang Melayu yang sekarang berada di situ akan terus berada di situ. Mereka tidak akan terusir keluar.

8. Tetapi sekali lagi syarat in akan menaikkan kos pembanguan. Pemaju Melayu mungkin tidak berminat. Bukan Melayu juga mungkin tidak berminat kerana kemampuan Melayu membeli amat rendah. Hari ini pun banyaklah tempat kediaman dan kedai yang diperuntuk kepada orang Melayu tidak dapat dibeli oleh mereka.

9. Oleh sebab ini pembangunan Kampung Baru KL gagal dilaksanakan semasa saya menjadi Perdana Menteri.

10. Saya berdoa Kerajaan kini akan berjaya membangunkan semula Kampung Baru supaya pelawat ke Kuala Lumpur tidak akan lihat kedaifan orang Melayu di negara mereka sendiri. Di tengah-tengah ibu kota yang penuh dengan bangunan pencakar langit, yang moden dan mewah terdapat kampung setinggan Melayu dengan rumah kayu berbumbung zink karat.








Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut