Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 11 Januari 2011

PERDANA MENTERI DENGAR PERMASALAHAN RAKYAT DI FACEBOOK DAN TWITTER...!!!!!!!!


salam kepada semua...



PENULIS SMART GENERATION MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK KERANA TELAH MENGGUNAKAN LAMAN SOSIAL IAITU FACEBOOK DAN TWITTER BELIAU DALAM USAHA BELIAU MENDENGAR PERMASALAHAN RAKYAT MELALUI MEDIA ELEKTRONIK........
DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK TELAH MEMBUKA LAMAN BELIAU SELAMA SEJAM BERMULA PADA JAM 4.30 PETANG HARI INI...


KERANA MENDAPAT SAMBUTAN YANG SANGAT MENGGALAKKAN DARIPADA RAKYAT,DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK TELAH MEMBUKA RUANG #tanyanajib INI SEHINGGA JAM 6 PETANG UNTUK MENJAWAB SOALAN-SOALAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH RAKYAT KEPADA BELIAU...
LABEL #tanyanajib MUNCUL DALAM 10 TREND TWITTER PALING POPULAR....


WAH..RAKYAT SEHARUSNYA MENGGUNAKAN PELUANG YANG BAIK INI UNTUK TERUS MENGAJUKAN PERMASALAHAN KEPADA PEMIMPIN NEGARA..LANGKAH INI SANGAT BAIK DAN SEMOGA DIADAKAN KERAP KALI SELEPAS INI UNTUK KERAJAAN MENDENGAR PERMASALAHAN RAKYAT......



Berikut merupakan kenyataan mengenai perkara ini  :-



Banyak gembar-gembur isu, suara kekecewaan, malah tidak kurang juga tulisan yang menggelikan hati yang timbul hari ini di Twitterjaya - nama jolokan untuk komuniti blog mikro Twitter di Malaysia.

Tulisan berkenaan timbul berikutan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membuka ruang selama sejam untuk menerima soalan-soalan ke laman berkenaan bermula jam 4.30 petang ini.

NONENajib meminta pengguna Twitter mengemukakan soalan itu melalui label (hashtag) #tanyanajib dan akan "mengambil kira" semua soalan yang diajukan.

Selain Twitter, Najib juga membuka ruang sama di laman sosial Facebook beliau.

Berikutan itu, Najib menerima soalan bertalu-talu daripada para pengguna laman sosial berkenaan sehingga beliau melanjutkan masa untuk menerima soalan yang diajukan.

"Memandangkan respon yang menggalakkan, saya memanjangkan masa #tanyanajib hingga ke 6ptg, supaya anda semua boleh mengajukan soalan," kata Najib kepada lebih 57,000 pengikutnya di laman tersebut.

Langkahnya itu juga membolehkan label #tanyanajib muncul dalam senarai sepuluh trend Twitter paling popular.

rosmah mansorPopulariti itu bagaimanapun masih belum mengatasi rekod tulisan Twitter untuk penjaga gol kebangsaan Fahmi Che Mat yang menjadi tersohor ketika perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 bulan lalu.

Bagaimanapun, ramai di kalangan pengguna Twitter mengambil peluang hari ini untuk menjadikan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai bahan jenaka.

Ada yang menimbulkan isu gaya rambut Rosmah, dan tidak kurang juga yang menimbulkan persoalan berhubung kematian tragis wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Pengguna yang lebih serius pula ada di kalangannya yang menimbulkan isu kos sara hidup, undang-undang yang menindas serta tahap perkhidmatan pengangkutan awam dan pendidikan.

Menurut pejabat perdana menteri, Najib akan menjawab soalan terpilih melalui satu siaran video di laman YouTube.


Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse