Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 4 Januari 2011

PEMUDA PAKATAN RAKYAT SERAH MEMORANDUM BANTAHAN KEPADA KETUA SETIAUSAHA NEGARA










Gambar ehsan malaysiakini
 
 
Salam Kepada Semua......
TEKANAN TERHADAP SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR DATUK MOHD KUSRIN MUNAWI  SEMAKIN HEBAT HARI INI APABILA PEMUDA PAKATAN RAKYAT MENYERAHKAN MEMORANDUM KEPADA KETUA SETIAUSAHA NEGARA MEMBANTAH PERLANTIKAN MOHD KUSRIN SEBAGAI SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI.....


KETUA SAYAP PEMUDA DARIPADA PAS,PKR DAN DAP HARI INI BERSAMA-SAMA MENYERAHKAN MEMORANDUM TERSEBUT.....

APAKAH TINDAKAN YANG AKAN DIAMBIL OLEH MEREKA SELEPAS INI?????


APAKAH TINDAKAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA YANG MEMPUNYAI KUASA.?????


SELANGOR SEMAKIN BERGOLAK SEKARANG INI DENGAN SATU ISU PANAS IAITU PERLANTIKAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI YANG SEKARANG INI DIKAITKAN DENGAN PELBAGAI ISU LAIN.....


ADAKAH PERLANTIKAN MOHD KUSRIN INI SEBAGAI SATU PETANDA BAHAWA KERAJAAN BARISAN NASIONAL MAHU MERAMPAS KEMBALI SELANGOR DARIPADA PAKATAN RAKYAT..????


BILAKAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT MAHU MERAMPAS NEGERI-NEGERI YANG DIKUASAI OLEH BARISAN NASIONAL SEBAGAI SERANGAN BALAS?????



POLITIK TANAH AIR TAHUN 2011 SEMAKIN BERGELORA PETANDA PILIHAN RAYA UMUM SEMAKIN MENGHAMPIRI..RAKYAT AKAN TENTUKAN SEGALANYA....



INGAT UNDI,.......INGATLAH RAKYAT..!!!!!!!!!


Berikut merupakan kenyataan mengenai penyerahan memorandum oleh Pemuda Pakatan Rakyat..:-
 
Pemuda Pakatan Rakyat Selangor hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan berhubung pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri — didakwa membelakangi peranan Menteri Besar.

Kira-kira 60 orang terdiri daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK), Pemuda DAP (DAPSY) dan Pemuda PAS hadir menyerahkan memorandum kepada KSN.

Mereka terlebih dahulu berkumpul di hadapan Masjid Putra sebelum berarak ke Pejabat Perdana Menteri sambil melaungkan “Tolak-tolak, tolak Khusrin”, “Hormat-hormat, hormat rakyat” dan “Hormat-hormat, hormat di negeri”.

Kumpulan itu diketua tiga ketua sayap pemuda iaitu Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, Ketua DAPSY Selangor Janice Lee dan Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Mohd Ridwan.

Hanya ketua sayap Pemuda dibenarkan masuk ke pejabat KSN untuk menyerahkan memorandum tersebut, yang diterima wakil kepada Setiausaha Sulit Kanan KSN, Rosli Laji.

Selain menyerahkan memorandum kepada KSN, sayap Pemuda Pakatan Rakyat itu turut menyerahkan “hadiah” berupa senaskhah buku Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

“Kami Pemuda Pakatan Rakyat Selangor dengan ini membantah sekeras-kerasnya pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru seperti yang diumumkan KSN minggu lalu.

“Bantahan ini bukan sahaja merujuk kepada proses pelantikan yang telah dijalankan malahan juga kelayakan calon yang telah dipilih.

“Kami ingin tegaskan bahawa tindakan KSN yang membelakangi kerajaan negeri dalam proses pelantikan SUK ini jelas mencabuli semangat federalisme yang merupakan teras pembentukan negara kita,” kata Khairul Anuar pada sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada KSN.

Beliau berkata tindakan KSN membelakangkan kerajaan negeri seolah-olah menafikan hak rakyat dan bertentangan dengan amalan demokrasi.

“Kami ingin tegaskan bahawa proses pelantikan yang dijalankan KSN telah mengabaikan proses pemilihan mengikut Nota Amalan Perkhidmatan Awam seperti yang dijelaskan Menteri Besar.

“Kami juga ingin menegaskan bahawa pemilihan calon SUK berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman adalah sangat penting bagi mempertingkatkan pentadbiran kerajaan,” kata Khairul Anuar sambil berkata ada ramai calon lain yang berkelayakan untuk memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Justeru, Khairul Anuar berharap supaya KSN akan mengambil kira pandangan pemuda Pakatan Rakyat berhubung pelantikan Khusrin dan meminta supaya KSN mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Kita sudah serahkan memorandum dan kita harap pihak KSN segera menyelesaikan isu pelantikan ini dengan tidak menggadaikan prinsip-prinsip profesionalisma sebagai ketua penjawat awam,” katanya.

Sementara itu, Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai berkata tindakan KSN melantik Khusrin adalah satu usaha Barisan Nasional (BN) untuk mensabotaj pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

“Ini satu lagi projek sabotaj BN terhadap kerajaan negeri (Selangor), niat untuk sabotaj sistem pentadbiran kerajaan negeri.

“Kalau nak lawan, lawanlah dalam pilihan raya bukan dengan sabotaj pentadbiran kita. Apa-apa pun kita akan tetap mempertahankan usaha yang kita lakukan selama ini,” katanya. -TMI

 

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse