Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 4 Januari 2011

BUAT SELURUH RAKAN-RAKAN PRO-MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA




salam kepada semua semua mahasiswa Universiti Malaya....


1.Pada Malam 3 Januari 2011 saya mendapat makluman bahawa pihak Pro-Mahasiswa telah mengadakan ``Ziarah Mesra Pro-M di Kolej Kediaman Universiti Malaya.`` di Kolej Kediaman ke-3 dan ke-9.Saya selaku Presiden Kolej-Kolej Kediaman Universiti Malaya (SPKUM) menyambut baik usaha yang telah dijalankan oleh  rakan-rakan dan sahabat-sahabat saya daripada pimpinan dan ahli Pro-Mahasiswa dalam usaha untuk mendekati warga Kampus terutama di Kolej-kolej kediaman.Sememangnya ini merupakan salah satu tuntutan sebagai Manusia untuk saling berkasih sayang dan hormat menghormati sesama yang lain selain merapatkan Ukhuwah dan talian persahabatan sesama Mahasiswa.

2.Namun begitu saya mendapat laporan dan rasa tidak puas hati Warga kolej kediaman tersebut kerana mereka terasa seperti diganggu dan ketenteraman mereka di Kolej kediaman tidak dihormati.Buat seluruh Pimpinan Pro-Mahasiswa Um,Kolej Kediaman merupakan rumah bagi Mahasiswa yang tinggal di Kolej Kediaman.Sebagai menghormati nilai dan norma masyarakat,sebelum kita memasuki rumah orang yang lain atau saudara kita,hendaklah memberi salam terlebih dahulu dan memohon kebenaran untuk masuk ke dalam rumah tersebut.Jika Tuan punya rumah tidak membenarkan kita masuk ke dalam rumahnya bermakna memang kita tidak boleh masuk sesuka hati dan perkara itu lagi salah jika kita masuk ke rumah itu sesuka hati.Saya menyarankan kepada Pimpinan Pro-Mahasiswa untuk mendapatkan kebenaran daripada Pihak Pentadbiran Kolej terlebih dahulu sebelum menjalankan aktiviti di Kolej Kediaman.


3.Saya selaku Presiden Kolej-kolej Kediaman UM (SPKUM) dan rakan-rakan Presiden setiap Kolej Kediaman juga diwajibkan untuk memohon kebenaran daripada Pihak Pentadbiran Kolej untuk menjalankan aktiviti dan juga Program bersama Pelajar Kolej Kediaman kerana itu merupakan satu Prosuder yang telah ditetapkan di setiap kolej-kolej Kediaman Universiti Malaya.Malahan,jika kami tidak mengikut prosuder yang telah ditetapkan program dan aktiviti kami di batalkan oleh Pihak Pentadbiran Kolej Kediaman.Apa yang mahu saya sampaikan di sini buat seluruh Pimpinan Pro-Mahasiswa kita adalah Mahasiswa dan sama-sama memperjuangkan nasib Mahasiswa.Saya mohon supaya Pihak Pro-Mahasiswa menghormati Kolej Kediaman sebagai rumah rakan-rakan dan sahabat-sahabat Mahasiswa sendiri.Pihak Kolej Kediaman tidak menjadi masalah jika Pihak Pro-Mahasiswa mengikut saluran yang betul dan menghormati hak warga kolej kediaman.

4.Saya menyambut baik Program Ziarah Mahasiswa ini sebagai satu Platform untuk memperkuatkan ikatan Ukhuwah sesama Mahasiswa tetapi bagi saya Pihak Pro -Mahasiswa boleh menjalankan program ziarah ini di kolej-kolej Kediaman pada bila-bila masa sahaja terutama di kafetaria atau kawasan yang terbuka di Kolej Kediaman tanpa datang secara berkumpulan atau beramai-ramai yang mana akan menimbulkan rasa tidak senang dan selesa kepadaWarga Kolej Kediaman.Disamping itu,saya mendapat Makluman bahawa Pihak Pro-Mahasiswa memakai Baju Oren lambang Pro-Mahasiswa ini untuk menziarahi warga kolej disamping mengedarkan risalah mengenai Pro-Mahasiswa ke bilik-bilik Mahasiswa di Kolej Kediaman.Saya berharap rakan-rakan Pro-Mahasiswa tidak menganggu sehingga ke bilik-bilik Mahasiswa di kolej Kediaman kerana bilik mahasiswa adalah tempat peribadi Mahasiswa berkenaan.Bagi saya,Pihak Pro-Mahasiswa boleh datang bila-bila masa sahaja untuk menziarahi kawan-kawan di kolej Kediaman tanpa memakai baju lambang Pro-Mahasiswa dan program ziarah itu akan lebih berjaya jika mahasiswa didekati dengan cara yang benar-benar dituntut oleh Islam untuk menziarahi sesama saudara.Yakin dan percayalah bahawa Ukhuwah itu bukan lahir daripada Baju Politik tetapi ukhuwah itu lahir daripada sifat dan perasaan Kasih Sayang sesama Manusia.

5.Kesimpulannya,Saya dan seluruh rakan-rakan Presiden Kolej-kolej Kediaman akan menyambut baik usaha dan Program ini jika pihak Pro-Mahasiswa menghormati kami sebagai warga Kolej Kediaman dan memohon kebenaran daripada Pihak Pentadbiran Kolej.Kami sentiasa terbuka menerima kedatangan anda jika Pihak Pentadbiran telah memberikan kebenaran atas nama sebagai sahabat dan rakan-rakan Mahasiswa seperjuangan.Semoga ikatan Mahasiswa dan perpaduan Mahasiswa sesama kita akan terus kukuh dan terbina diatas satu landasan yang kukuh demi memastikan bahawa Generasi Mahasiswa merupakan genaeasi Pemangkin Masa depan negara.


WE ARE LOVE UM...ALL FOR UM.....UNITE FOR UM......


Sekian,

MOHD ASRI B ZULKIFLI
PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA



14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

slama ini slalu je ada roadshow pmkum dan prsatuan ank2 negeri yg lain d kolej2 kediaman..xd pula mereka minx izin..sbb kta warga um..ckp um is one..xkn msk kolej atau kampus sndri nk minx izin kot..xtau la pula klu roadshow pro-m shj yg kne minx izin kn..adeii..ni dy pmikiran mereka yg trlalu fanatik dgn kepartian..ikut kata hati, mati..mmg xprofesional lngsung tndakan yg diambil..mcm2..ckp pemimpin..buatlah scra profesional dan telus..bkn brdasarkan hawa nafsu brbntuk kepartian..hancurr..renung2kanlah brsma..

Tanpa Nama berkata...

prosedur.......bahasa jiwa bangsa...

Tanpa Nama berkata...

mgkn tujuan yg d bawa itu yg mnimbulkan isu..klu anak negeri kn konfirm2 isu ttg kebajikan ank negeri..cme ble sbut pro-m @ aspirasi @ mne2 parti, matlamat politik 2 ade..kte hrp kn politik bersih tp yg mengotorkn nya adalah kte..org atasan nk yg baik tp yg memburukknnye adalah org bawahn yg pegang perjuang sembrono..

Insan berkata...

Kenapa Pro M kena minta kebenaran tetapi pmkum tak pun minta kebenaran masa bt roadshow.
Kalau nak tegur pro M tak minta kebenaran.Aspirasi/Gerakan ada minta kebenaran ke sebelom ke kolej kediaman?

Tanpa Nama berkata...

hahahaha...kita tengok gerak nnti ada kbenaran k xde...cnfrm xde punya..haha

Tanpa Nama berkata...

memang patot kna ada kebenaran...
saya tak menyebelahi mana2 pihak..
kalo tiba2 datang mcm smalam kat 3rd..
tgh2 org makan..rasa mcm x selesa laa wei..
hope korg lbey peka k..
xsmua org ska dgnggu waktu2 macam tu..
just nk bg pandangan je..hehe..

p/s:sya maakan kat 3rs smlm..:)

Tanpa Nama berkata...

Pro Mahasiswa UM masuk umah orang tak bagi salam....! Macam ni perjuang Islam? Macam ni cermin mahasiswa masa depan? Terpekik sana sini. Terjerit sana sini macam kena sawan.... Macam ni bangsa Malaysia? Ingat ! Klau kurang ILMU jangan main politik.. Tu BODOH namanya...!

Tanpa Nama berkata...

diorg beri salam laa..tnye lah pintu2 bilik yg diketuk..hahha..sapaan hallo n salam dulu..b4 pilihan nk or tak nk bukk pintu tu..huhu..kalo xde jeritan penceroboh2 tu, ak yg brada dlm bilik anggap biasa je pkara tu.. ni tiba2 ada 'suara lantang' yg memekik..takut, cuak lah budak..ape laahh...xde keje cari keje..huahua,,

mmmm..kenyataan 'kacau' or mengganggu tu...bg ak, xde lah pulok...hai,brape saat or minit lah diorg depan pintu tu.. =p tnye org yg berada dtempat kejadian r...ish3

Tanpa Nama berkata...

sem lepas xde pon nak buat ziarah..siapa lbh bsifat kepartian?..baik ada makna...dah tu datang ramai2..x ke menceroboh tu..

aqil berkata...

salam,,sedikit pembetulan untuk road show PMKUM,sya Aqil-exco kesenian dan kebudayaan PMKUm sesi 2010/2011...untuk makluman sahabat2 sekalaian,,road show kami di kolej2 kediaman adalah mendapat kebenaran daripada pengetua dan kerjasamA yg baik daripada presiden2 kolej2 tertentu...kolej2 yg kami(pmkum) diberi keizinan sahaja yg kami berkumpul untuk sesi ta`ruf Pimpinan PMKUM :) kolej2 yg tak izinkan kami tak masuk...harap perbetulkan kenyataan di atas,,..terima kasih...Salam Perpaduan PMKUM "CAKNO BLAKO PUOK KITO" - `aQiL NaWi

zai KK11 berkata...

masuk dulu, baru kebenaran... baru cara..!haha

Tanpa Nama berkata...

2 pn nak jd isu...yg pntg kebajikan 2 jaga..bkn tau ckp je..bkn tau kondem org!!

Tanpa Nama berkata...

salam.. boleh saya tahu apa motif kolej yang menggantung bannr n bunting "Awas kawasan GERAK" dalam kolej kediaman.. boleh saudara jelaskan perkataan "demokrasi"??? if itu yang mereka buat??? sape yang gantung bnnr n bunting tu??? di mana demokrasi???? it's fair???

Tanpa Nama berkata...

aku tgk sama je ngn bdk GERAK pon...msuk kolej org selambe jgk..hahaha..bek tgur org bwh korg dulu,bru tegur org len..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut