Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 5 Januari 2011

KARPAL SINGH TAHU BUKTI SALAH LAKU SEKS ANWAR IBRAHIM TAHUN 1997...


salam kepada semua....


BERITA TAHUN 1997 KEMBALI DIBONGKARKAN...!!!!!!!
KARPAL SINGH PERNAH MENYATAKAN BAHAWA BELIAU MEMPUNYAI BUKTI MENGENAI SALAH LAKU ANWAR IBRAHIM..?????


PERKARA INI DIBANGKITKAN OLEH KARPAL DI PARLIMEN KETIKA PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT PADA TAHUN 1997....


22 OKTOBER 1997 KARPAL MEMBERITAHU PARLIMEN BELIAU MEMPUNYAI AKUAN BERSUMPAH SAKSI YANG TELAH DI LIWAT ANWAR IBRAHIM....DAN MINTA PARLIMEN MENYIASAT KETIKA ITU.....?????


KENAPA SEKARANG INI KARPAL SINGH MEMBELA ANWAR IBRAHIM DAN SANGGUP MEMPERTAHANKAN ANWAR IBRAHIM...?????

ADAKAH ANWAR IBRAHIM MEMANG TIDAK BERSALAH PADA KETIKA ITU...DAN KARPAL SINGH TELAH MENUDUH ANWAR IBRAHIM...?????


SEKARANG KARPAL SINGH ADALAH KETUA PEGUAM BELA ANWAR IBRAHIM.....



DALAM POLITIK MACAM-MACAM BOLEH BERLAKU...KAWAN JADI LAWAN..MUSUH  JADI  KAWAN.....MACAM-MACAM PERANGAI....MANUSIA ITU SENDIRI YANG MENCORAKKAN RENTAK POLITIK........


Berikut merupakan berita penuh mengenai kenyataan ini:-

Pengerusi DAP, Karpal Singh wajar disiasat berkaitan pengakuannya pada 1997 bahawa beliau mempunyai bukti mengenai salah laku seks Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Presiden Persatuan Peguam Malaysia (PPMM), Zainul Rijal Abu Bakar berkata, siasatan lanjut harus dibuat terhadap dakwaan Karpal itu bagi menjamin keadilan sebenar dapat ditegakkan.

"Bagi pihak persatuan bila timbul isu seperti ini kita berpandangan ia perlu disiasat. Dalam kes jenayah tidak ada tempoh waktu untuk lakukan siasatan seperti kes sivil di mana siasatan hanya boleh dilakukan dalam tempoh enam tahun," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas entri laman blog anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim semalam.

Zahrain dalam kenyataannya mendesak Peguam Negara untuk memanggil Karpal bagi memberi keterangan sebagai Saksi Pendakwa atas dakwaan Karpal mempunyai maklumat-maklumat penting berhubung kes itu, sepertimana yang dibangkitkannya di persidangan Dewan Rakyat pada 1997.Mengikut lapuran Hansard Parlimen bertarikh 22 Oktober 1997, Karpal yang merupakan Pengerusi DAP sejak 1997 telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar, dan Karpal seterusnya mendesak supaya kerajaan menyiasat sepenuhnya kes liwat tersebut.

Zahrain merupakan orang keempat yang membangkitkan isu pengakuan Karpal itu, selain Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong, Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin, yang turut mempersoalkan 'motif' Karpal untuk menjadi peguam bela Anwar dalam kes liwat terbaru.

Wee telah membangkitkan isu tersebut semasa membahas usul menggantung Anwar dari persidangan Dewan Rakyat pada Disember lepas, dan selain mendakwa Karpal sebagai Ahli Parlimen 'flip-flop' kerana sering menukar pandangan berhubung isu Anwar.Zaid pula melabelkan Karpal sebagai 'ular' yang mencengkam Anwar berdasarkan perubahan sikap Karpal yang pernah menggesa kerajaan mempercepatkan siasatan terhadap Anwar atas tuduhan liwat pada tahun 1997, tetapi kini bersikap kontras apabila menjadi Ketua Peguam Bela Kes Liwat II Anwar.

Persoalan yang sama turut dibangkitkan oleh Zulkifli dalam blognya pada 16 Disember lepas yang mempertikaikan 'motif' Karpal untuk membela Anwar selepas mendakwa Karpal mempunyai bukti mengenai salah laku Anwar.Menjelaskan lebih lanjut, Zainul Rijal berkata, bagaimanapun keputusan untuk memanggil saksi adalah terpulang kepada pihak pendakwa raya, dalam kes ini Peguam Negara sekiranya merasakan ia boleh membantu dalam kes berkenaan. Selain itu siasatan ke atas Karpal wajar dilakukan bagi melihat sejauh mana kebenaran dakwaan beliau yang dibuat di Dewan Rakyat pada tahun 1997 itu, katanya.

"Kalau dakwaan itu tidak benar, Karpal mungkin boleh dikenakan tindakan kerana mengelirukan dewan," tambahnya.Karpal kini bertindak selaku peguam utama dalam kes liwat kedua Anwar berikutan dakwaan Mohd Saiful Bahari Azlan yang merupakan bekas pembantu Anwar.Zainul Rijal turut mempersoalkan tindakan Karpal yang disifatkan telah melanggar etika peguam kerana bertindak mewakili Ketua Pembangkang itu walaupun mempunyai bukti mengenai salah laku beliau.

"Karpal tidak sepatutnya menjadi peguam bela utama Anwar jika melihat ada potensi untuk beliau menjadi saksi kes...etika ini semua peguam tahu," katanya.Selain itu Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Datuk S. Nallakaruppan pula menyifatkan Anwar tidak layak menjadi pemimpin negara kerana akan mudah dipergunakan sebagai alat untuk mencapai keuntungan politik oleh pihak-pihak yang mempunyai bukti rahsia peribadi beliau.
"Anwar mempunyai banyak rahsia peribadi yang kotor dan jijik. Anwar pasti jadi mangsa peras ugut. Bagi pihak yang ada bukti mengenai rahsia kotor Anwar, pihak ini akan peras ugut dan pergunakan Anwar sebagai alat untuk mencapai keuntungan politik dan lain-lain," dakwanya dalam khidmat pesanan ringkas kepda Bernama di sini hari ini.

Nallakaruppan yang sebelum ini dikatakan rakan baik Anwar turut mengakui "apa yang didakwa oleh Karpal Singh pada 1997 itu (mengenai Anwar) memang benar."Sementara itu, Karpal dalam kenyataan hari ini berkata beliau tidak nampak bagaimana beliau boleh memberikan keterangan penting dalam perbicaraan liwat Anwar sekarang membabitkan Mohd Saiful kerana Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan daripada pertuduhan liwat melibatkan Azizan Abu Bakar pada 2 Sept, 2004, apabila panel tiga hakim mengubah sabitan pertuduhan liwat itu melalui keputusan 2 - 1, mendapati wujud percanggahan dalam kes pendakwaan.

Karpal bagaimanapun mengakui bahawa pada 1997 beliau telah menggesa supaya Anwar disiasat berikutan dakwaan Azizan yang Anwar meliwatnya sesama bertemu di pejabatnya di Kuala Lumpur.
"Malahan saya telah disapina sebagai saksi pendakwa dalam perbicaraan itu, yang saya pada awalnya membela Sukma (Darmawan Sasmitaatmadja - adik angkat Anwar)," kata Karpal dan menurutnya beliau kemudiannya telah dipelawa oleh Anwar untuk menyertai pasukan peguam bela Anwar pada perbicaraan itu, yang mana beliau telah menerimanya. - BERNAMA


Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse